Bagaimana shopping secara online dengan selamat? | Boros Di Aralom

Sabtu, 17 November 2012

Bagaimana shopping secara online dengan selamat?

Adakah anda pernah memberli secara online? rasanya zaman sekarang dah tak menghairankan kalau ramai yang menjadikan online sebagai medium mebeli-belah. Bukan sahaja penjual malah ia juga sebenarnya banyak memberi manfaat kepada si pembeli. Bukan sahaja mempunyai banyak pilihan malah harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan berbanding barangan yang dibeli secara offline. Namun demikian, risiko penipuan juga adalah tinggi. Biasanya tipu menipu ini banyak berlaku dalam pernigaan pelaburan online (emas, perak, forex) dan multi level marketing. Nak harap mulut manis saja tapi habuk pun tak dak. 
So, back to the topic, bagaimana nak shopping online secara selamat?
1. Membeli dari peniaga online yang dikenali, dipercayai atau diiktiraf. Untuk mengetahui sama ada peniaga itu sahih atau tidak, periksa lah laman webnya, Baca bahagian 'About Us' atau 'Term & Condition' yang menerangkan tentang si peniaga (asal, lesen, alamat, perhubungan), jaminan barangan, waranti dan maklumat pemulangan semula barangan. Kalau laman web tersebut tidak mempunyai T&C atau maklumat perniagaan maka eloklah dielakkan. Kalau boleh, contact la dulu si penjual itu mengenai barangan yang nak dibeli.

2. Lihat tanda-tanda keselamatan dalam laman web. Tanda-tanda seperti unbroken lock or keys, URL yang bermula dari https:// dan SSL (Secure Socket Layer) bermaksud bahawa hanya si pembeli dan penjual sahaja yang akan mendapat akses untuk melihat maklumat pembayaran tanpa penglibatan pihak ketiga. Kalau di Malaysia, biasanya banyak yang menggunakan pihak ketiga seperti bank CIMB, MAYBANK, dan sebagainya sebagai cara pembayaran. Ini perlu lebih hati-hati, kang nanti lesap pula duit tu entah ke mana.

3. Lihat statemant privacy. Ambil la masa untuk belek-belek bahagian 'privacy' dalam sesebuah laman web jualan itu. Bacalah bagaimana pihak penjual akan menggunakan maklumat sulit anda pada masa kelak. Biasanya mereka akan mengambil maklumat peribadi pembeli seperti nama dan asal untuk digunakan sebagai testimoni pengguna pada masa akan datang. Biasanya kalau anda membeli di laman web mereka, secara automatik anda perlu bersetuju menjadi testimoni barangan mereka. Free-free je jadi model iklan mereka. Jadi femes la korang nanti. Ketara guna produk tu..huhu.

4. Bayar guna COD dan kredit kad. Cod ini dah biasa bagi mereka yang suka shoping kat zolora.com. Cash on delivery gitu, dapat barang baru bayar. Kalau tak puas hati, boleh terus pulang kan balik. Memang tak disangkal lagi bahawa COD adalah kaedah pembayaran yang paling selamat bagi si pembeli tetapi merupakan kaedah yang paling payah bagi si penjual. Kalau guna Pos Malaysia, terpaksa lah si penjual ni ulang alik pergi kat pejabat pos. Kalau si pembeli tak da di rumah masa delivery? pening jadinya. Kredit kad pun selamat juga. Kalau saya, biasa guna prepaid kad dari Tune2big. Bleh guna kat Paypal. Kalau tak dapat barang atau expected kena tipu, boleh terus buat dispute. Pembeli dapat balik duit, penjual pula gulung tikar. huhu...tapi jangan lah terus buat dispute sebelum bincang dengan penjual. Mana tau barang korang tu kena tahan kat kastam.

5. Last but not least, simpanlah maklumat transaksi belian. Kalau payah nak print, buat screenshot saja pun dah memadai terutama jika ia melibatkan pembayaran menerusi perbankan internet. Nanti kalau si penjual claim belum dapat bayaran, korang kasi tunjuk la buktinya. Jangan saja buat photoshop sudahlah, tak baik, berdosa gitu. Yang penting, resit transaksi tu kena ada.

So, tak kira anda adalah pembeli atau penjual, kedua-dua pihak kena ada rasa tanggungjawab dan boleh dipercayai. Kalau nak berniaga, berniagalah betul-betul, take risks, avoid mistakes, and serve your customers well. Untuk si pembeli, kena hati-hati, communicate with the seller and give full cooperation if ada yang korang tak puas hati.

P/s: Ni ada sedikit tips lagi. Kalau nak cari penjual yang sahih dan terjamin keselamatannya kat Malaysia, pergi lah kat Lelong.my atau kat eBay.com.my. Kat Mudah.my, ermmmm, sy tak sarankan sangat tapi boleh lah juga pergi kalau stakat nak cuci mata.

Tiada ulasan: