Boros Di Aralom: beli barang online
Memaparkan catatan dengan label beli barang online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beli barang online. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Januari 2014

5 jenis Samsung Galaxy yang kini berharga kurang dari RM400 online

Berikut adalah 5 jenis telefon jenama Samsung Galaxy yang berharga kurang dari RM400 dan anda boleh beli secara online di Lazada Malaysia.

3" screen
Android 4.1
2MP rear camera
4GB internal / 512MB RAM
WiFi & Bluetooth
microSD up to 32GB
Current Promo Price:
RM 241.90
Before RM 299.00 , You save 19%
*Price Subject to changes




Capacity: 4GB
Type: Smartphone
Cellular Band: GSM 850/900/1800/1900 (Quadband) HSDPA 900/2100
Style: Bar
Screen Size: 2.8 in
Operating System: Android 2.3
Display Technology: TFT LCD
Current Price:
RM 290.00
*Price Subject to changes



Capacity: 4GB
850 MHz Processor
2.8 Inch Display
Dual SIM Support
Micro SD Slot
2 MP Camera
Bluetooth
4GB On-Board Storage
WiFi
Current Price:
RM 340.00
*Price Subject to changes




Capacity: 4GB
2G Network: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network: HSDPA 900 / 2100
SIM: Mini-SIM
OS Android OS; v4.0.4 (Ice Cream Sandwich); upgradable to v4.1.2 (Jelly Bean)
CPU 850 MHz Cortex-A9
Sensors Accelerometer; proximity; compass
Current Price:
RM 360.00
*Price Subject to changes



Capacity: 160MB
2G Network: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - GT-S6310 / GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - GT-S6312 (SIM 1 & SIM 2)
3G Network: HSDPA 900 / 2100
SIM: Optional Dual SIM (Mini-SIM; dual stand-by)
OS: Android OS; v4.1.2 (Jelly Bean)
CPU: 1 GHz Cortex-A5
Current Price:
RM 375.00
*Price Subject to changes

Samsung Galaxy | Samsung Galaxy Y | Samsung Galaxy Y Duos | Samsung GalaxyPocket | Samsung Galaxy Music | Samsung Galaxy Neo | Buy samsung galaxy online | buy samsung galaxy online malaysia | buy samsung galaxy malaysia

(Sumber: Buy Samsung Galaxy Online Malaysia)

Jumaat, 14 Disember 2012

Sekarang dah boleh beli iPhone 5 di ShaShinKi.com secara online

Bagi orang-orang yang memang gemar dengan telefon pintar, sudah semestinya tidak lepas pandang terhadap model terbaru smartphone Apple iaitu Apple iPhone 5 yang memang high tech. Kalau dah cuba iPhone 1-4, mesti nak cuba yang terbaru ini pulak. Kalau ada bajet lebih, apa salahnya mencuba. Bukan kah kerajaan juga menawarkan rebate RM200 untuk beli benda spesis ni??
Apple iPhone 5 16GB (GSM) Unlocked - Black
Oh ya, untuk pengetahuan umum, Apple iPhone 5 ini juga boleh dibeli di laman web ShaShinKi.com pada harga sekitar RM2200 hingga RM2800. Adei..ada terpikir nak beli satu tapi apakan daya, bajet kurang. Pinjaman pengajian pun belum lunas. Ni nak tambah hutang lagi. Tapi kalau korang anak tokey atau memang dah lama kumpul duit untuk beli Apple iPhone 5 ni, dipersilakan. 

Antara ciri-ciri menarik Apple iPhone 5 termasuklah:
4-Inch (Diagonal) Widescreen Multi-Touch Retina Display
1136-by-640-Pixel Resolution At 326 PPI
Fingerprint-Resistant Oleophobic Coating On Front
8-Megapixel iSight Camera
Video Recording, HD (1080p)
Talk Time: Up To 8 Hours On 3G
Standby Time: Up To 225 Hours

Dengan reka bentuk terbarunya, Apple iPhone 5 ini sememangnya akan memberikan pengalaman berbeza kepada penggemar telefon pintar. Ia mempunyai paparan yang lebih besar, chip yang lebih laju, wireless pun superb, kamera 8MP serta lebih nipis dan ringan.  So, kalau berminat nak beli satu, boleh kunjungi Shashinki.com. Kalau stakat nak cuci mata pun boleh juga..

Lagi satu, kalau tak minat Apple iPhone 5, boleh cuba tengok Samsung Galaxy S III S3 i9300 kat shashinki.com tu. Harganya sekitar RM1800 sekarang.

P/S: Shashinki ini merupakan laman web yang terkenal dengan kamera dan peralatan tetapi kini   juga banyak barangan elektronik selain kamera yang ditawarkan. 


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Khamis, 13 Disember 2012

Sampai juga Sony Ericsson Xperia X10 Mini kat rumah..

Sony Xperia X10 Mini

Sekitar dua minggu yang lalu, gua ada membeli handphone Sony Ericsson Xperia X10 mini secara online di sebuah laman jual beli yang agak popular juga. Biasalah, masa tu mereka sedang buat promosi dan banyak barang yang murah harganya. Pasal tak mahu terlepas peluang, terbeli jugak sebiji handphone Sony Xperia tu. Lagipun handphone gua sudah uzur..konon lah nak tukar baru..macam je banyak duit.. ;p

Selepas menunggu dengan sabar selama dua minggu, sampai juga Sony Xperia tu. Nasib baik tak kena tahan kat kastam. Biasanya, barangan berjenama dan bernilai tinggi dari luar negara ini kena held sekejap kat kastam. Maklumlah, pasal tax punya pasal. Nasib baik beli satu je. Kalau beli banyak, silap haribulan kena bayar tax yang berkali-kali ganda lebih mahal dari harga asal..'oh my kucing' la jadinya..

Saiz Xperia Mini yang kecil ini memang comel..mudah nak bawa..tapi senang hilang
Bila bukak..olololooo comel...keciknya Xperia mini ini. Dulu masa beli memang dah expect saiznya kecil. Screen hanya sebesar 2.5 inci je..lepas tu bila 'ON' keluar pulak bahasa yang gua sendiri pun tak pernah blajar seumur hidup gua..payah juga cari setting language handphone tu..hampir setengah jam cari..then lepas tu biasalah kan..kalau dapat barang baru, maka jadilah 'sakai' sikit. Tekan sana, tekan sini..check itu ini, mana tau ada yang tak kena. Tapi nasib baik la..semua okay. Sepatutnya, sebelum buat semua tu kena charge bateri sampai penuh dulu. Kata orang, untuk mengelakkan kerosakan bateri supaya handphone tahan lama..tapi, biasalah kalau dah 'sakai'..huhu

So, sedikit pasal spesifikasi Sony Experia X10 Mini ini adalah seperti berikut..

Network: 3G/3G
Weight: 88 gram
Internal Memory: 128MB
Data: EDGE/GPRS/ WLAN/Bluetooth/ USB
Camera: 5MP
Operation System: Android
Standby: up to 360hours
Features: SMS, HTML browser, radio, GPS, Java, video, dsbg

Pakage dia termasuklah USB cable, charger kereta dan wall, headphone, dan memory card 4GB. Kalau banding harga dengan kualiti Sony Xperia ini memang berbaloi la..original gitu. Kalau tak original boleh mintak balik duit 3 kali ganda dari harga asal..agak puas hati juga. Cuma, saiz dia saja yang kecil sangat..Ya la, dah namanya Xperia Mini, memanglah kecil..

Walaupun Sony Xperia ini bukan lah jenis yang high tech sangat macam iPhone dan Samsung Galaxy SIII tapi cukup la buat saya yang tak berapa mahir guna smartphone. Stakat boleh call orang dan SMS, kira ok lah..lagi pun kalau balik kat kampung bukannya ada line 3G pun..huhu..tunggu dulu la harga iphone tu jatuh merudum. Baru beli..biar orang kata ketinggalan zaman. Jangan saja jadi macam katak di bawah tempurung..tak tahu apa-apa pasal teknologi..Anyway, bersyukur dengan apa yang ada sekarang, hargai yang lama, terokai yang baru...

P/S: Suka beli barang masa promosi. Harga murah-murah belaka..kualiti tetap sama. :)



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Khamis, 22 November 2012

Pengalaman membeli kamera di vstore.my


Salam sejahtera, salam bahagia dan salam satu Malaysia. Sebelum ini saya ada buat satu entri mengenai Bagaimana membeli secara online dengan selamat? dan sebenarnya memang dari dulu saya praktikan cara itu untuk membeli barangan di atas talian. Bukan atas tali kerbau, tali nylon, atau taliban ya.

So, hari ini, saya nak kongsi pula pengalaman membeli kamera di sebuah kedai online yang memang pun berfokus kepada penjualan kamera dan peralatan kamera iaitu vstore.my. Kalau kita lihat laman web ini, nampak macam masih baru tetapi sudah banyak jualan yang dibuat. Itulah dia, kelebihan perniagaan online. Punyai dimensi prospek pelanggan yang luas.

Saya beli kamera jenis NIKON COOLPIX L310 di vstore.my dan saya memang sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Sebelum ni pun dah beratus kali saya beli barang secara online tetapi setakat ini, layanan dari vstore.my juga yang terbaik. Bukan saja dapat beli barang yang berkualiti, tapi dapat beli pada harga yang memang murah. Kemera ini saya beli dengan harga RM568 saja selepas diskaun dan redeem kupon free penghantaran. Kalau tanpa diskaun agaknya harga dia dalam linkungan RM600 gitu. Barang baru tu beb, bukan secondhand apalagi thirdhand. Kalau beli kat Sabah ini, entah ada ke tak. 

Penghantaran. Cakap pasal penghantaran, saya memang puas hati. Beli pada hari Jumaat lalu (16 Nov 2012) dan dapat pada hari Rabu (21 Nov 2012). Kalau potong hari Sabtu Ahad, kira dalam masa 3 hari saja, dah sampai. Tapi kalau korang yang duk kat sekitar KL, Selangor, dan yang sewaktu dengannya, dalam 1 hari saja pun dah boleh sampai agaknya. Biasalah, saya ni duk kat Sabah. Delivery pun lambat skit. Pihak vstore.my pun agak fleksible. Dorang akan hantar ikut courier yang korang nak. Tapi tertakluk kepada keadaan la. Saya mintak mereka poskan guna Pos Laju sebab kat area saya ini hanya ada Pos Malaysia dan ABX saja yang dekat. Lagi pun saya mintak hantarkan di alamat PO Box. Pernah dulu, masa beli barang online dari China, penjual kirim guna FEDEX. Apalagi, terpaksalah buat temujanji dengan si penghantar logistik untuk ambik barang. Nasib baik tiada bayaran tambahan untuk remote area fees.

Pakej barangan. NIKON COOLPIX L310 ini saya istilahkan sebagai 'cukup sifat' la. Tak payah beli apa-apa aksesori tambahan lagi. Siap dengan 4 bijik bateri, 8GB memory card, camera bag, neck strap, lense cover, bag strap, manual book, cd, service warranty, dan tentunya resit pembelian. Jangan pulak hilangkan resit dan service warranty tu. Ni dia rupa bentuk kamera nikon ini. Korang tengok la kat bawah.
Nikon COOLPIX L310 - Click Image to Close
Nikon COOLPIX L310 - Click Image to Close
Nikon COOLPIX L310 - Click Image to Close
Whoa..cantik kan. Ala-ala DSLR. Tapi ia sebenarnya bukan DSLR. Nikon ini jenis yang point and shoot gitu. Pasal kualiti gambar, tak payah risau la. Memang cool punya. 14.1 Megapixel dengan 21x optical zoom. Lobang hidung penceramah kat dewan pun korang boleh shoot. Huhu. Tapi tak kan lah nak gambar benda tu pula kan. Sebenarnya nak juga upload gambar yang dah diambil dari kamera ini tapi lain kali saja la. Tunggu saja pada entri yang akan datang. Rasanya boleh saya katakan yang kamera ini sangat sesuai untuk kaum wanita. 

Sebenarnya saya nak beli kamera yang advance sikit, macam  Canon EOS 5D MK III atau Nikon D5200 yang memang cool habis tu. Tapi apakan daya, harga pun memang 'cantik', bajet tak mengizinkan. Cukup la dengan ang ada sekarang. Lagi pun saya ini baru berjinak-jinak dengan dunia fotograpi. Kalau kamera secanggih mana sekalipun tapi tak tau guna fungsi-fungsi yang ada, membazir duit pula. :(

So, demikian lah serba sedikit pengalaman terbaru beli kamera secara online di vstore.my. Lepas ini, memang dah target dah nak beli kamera yang satu lagi kat sana, tapi tunggu cukup bajet la dulu. Akhir skali, thanks to Mr. Tan yang memang mesra pengguna dan juga kepada Virtous Trading. Kalau korang nak beli kamera yang 'brand new', sila lah pergi kat vstore.my.