PENGKALAN KUBOR: Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa tidak mudah untuk menjadi calon PAS.
Menurutnya, untuk menjadi calon PAS, calon tersebut perlu ditapis serta melepasi lima tahap. “Tahap yang pertama, calon tersebut perlu lulus di peringkat cawangan, seterusnya perlu lulus di peringkat kawasan, kemudiannya di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat syura.
“Di peringkat syura pula, ahli Majlis Syura akan meneliti latar belakang calon tersebut, termasuk kehidupannya, latar belakang isteri dan keluarganya. Kesemuanya kita akan lihat,” ujarnya dalam ceramah umum malam tadi.
Jelasnya, calon perlu lulus semua syarat yang ditetapkan baru layak menjadi calon PAS.
“Kalau isterinya tidak memakai tudung, kita tidak akan ambil calon tersebut sebagai calon PAS. Kalau isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang tidak layak menjadi calon PAS,” katanya.
Tambah Tuan Ibrahim lagi, ada yang menyatakan bahawa calon Umno memakai serban dan berjubah lengkap, tetapi beliau telah memilih landasan yang tidak betul.
“Sebab itu kita kena pilih yang betul. Dulu sewaktu PAS memenangi negeri Kelantan, kita ubah semua benda yang tidak betul, kita ubah sistem kewangan Islam dan pelbagai lagi,” katanya.
Jelasnya lagi, Kelantan menjadi pencetus kepada kebanyakkan sistem di Malaysia. Tambahnya lagi, ini merupakan musim Umno memberikan pelbagai kesenangan.
“Ada yang bagi peti sejuk, beras, televisyen, dan pelbagai lagi. Bahkan kalau kita minta sungai pada waktu ini mungkin BN akan bagi.
“Tetapi apabila masuk ke bilik mengundi, hanya Allah yang akan menjadi saksi siapa pilihan kita.” ujarnya, Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyelar tindakan pihak lawan yang mempamerkan ‘banner’ yang bersifat provaktif.
“Banyak banner-banner yang mengarut, dan banyak yang ditulis macam-macam dan kita bimbang ia akan menjadi semakin tidak terkawal,” katanya.
Kira-kira lebih 500 orang penonton hadir bagi mendengar ‘taklimat’ akhir pemimpin PAS. Walaubagaimanapun, pemimpin-pemimpin dari PKR dan DAP tidak hadir ke ceramah tersebut. - FMT
Menurutnya, untuk menjadi calon PAS, calon tersebut perlu ditapis serta melepasi lima tahap. “Tahap yang pertama, calon tersebut perlu lulus di peringkat cawangan, seterusnya perlu lulus di peringkat kawasan, kemudiannya di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat syura.
“Di peringkat syura pula, ahli Majlis Syura akan meneliti latar belakang calon tersebut, termasuk kehidupannya, latar belakang isteri dan keluarganya. Kesemuanya kita akan lihat,” ujarnya dalam ceramah umum malam tadi.
Jelasnya, calon perlu lulus semua syarat yang ditetapkan baru layak menjadi calon PAS.
Najib dan Rosmah |
Tambah Tuan Ibrahim lagi, ada yang menyatakan bahawa calon Umno memakai serban dan berjubah lengkap, tetapi beliau telah memilih landasan yang tidak betul.
“Sebab itu kita kena pilih yang betul. Dulu sewaktu PAS memenangi negeri Kelantan, kita ubah semua benda yang tidak betul, kita ubah sistem kewangan Islam dan pelbagai lagi,” katanya.
Jelasnya lagi, Kelantan menjadi pencetus kepada kebanyakkan sistem di Malaysia. Tambahnya lagi, ini merupakan musim Umno memberikan pelbagai kesenangan.
“Ada yang bagi peti sejuk, beras, televisyen, dan pelbagai lagi. Bahkan kalau kita minta sungai pada waktu ini mungkin BN akan bagi.
“Tetapi apabila masuk ke bilik mengundi, hanya Allah yang akan menjadi saksi siapa pilihan kita.” ujarnya, Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyelar tindakan pihak lawan yang mempamerkan ‘banner’ yang bersifat provaktif.
“Banyak banner-banner yang mengarut, dan banyak yang ditulis macam-macam dan kita bimbang ia akan menjadi semakin tidak terkawal,” katanya.
Kira-kira lebih 500 orang penonton hadir bagi mendengar ‘taklimat’ akhir pemimpin PAS. Walaubagaimanapun, pemimpin-pemimpin dari PKR dan DAP tidak hadir ke ceramah tersebut. - FMT
Lagi Info Menarik:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan