Amaran! Inilah yang berlaku jika anda suka makan rambut | Boros Di Aralom

Selasa, 30 September 2014

Amaran! Inilah yang berlaku jika anda suka makan rambut

Para doktor terdesak untuk mendiagnos seorang remaja perempuan selepas dia tidak mampu lagi makan atau minum air kerana sakit perut yang amat. Apa yang ditemui oleh para doktor ini sangat menggerunkan.

Mereka menemui satu gumpalan rambut yang sangat besar seberat 9 paun yang menghalang sistem pencernaan dalam perut remaja 18 tahun itu. Jika tidak dikeluarkan serta merta maka remaja itu berkemungkinan besar akan mati.
Rambut seberat 9 paun dalam perut Ayperi (via Metro UK)
Gumpalan rambut itu berlaku kerana remaja bernama Ayperi Alekseeva itu sering mengunyah dan memakan rambutnya setiap hari. Malah dia turut memakan rambut atau benang yang dijumpai di karpet rumah.

Ayperi yang berasal dari Wilayah Batken, Kyrgyzstan, terpaksa dihantar ke hospital besar di ibu negara, Bishkek, untuk dibedah. Para doktor yang merawatnya berkata mereka tidak pernah melihat kes sedemikian.
Doktor mengeluarkan gumpalan rambut dari perut pesakit (via Metro UK)
Pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Prof Bahadir Bebezov berkata, "Ibu bapa remaja ini membawanya ke hospital selepas dia mula hilang berat badan dan tak mampu memakan apa-apa. Ketika kami menerimanya, dia malah tidak mampu untuk minum air. Ketika itu kami sedar kami perlu membedahnya serta merta".

Namun demikian, doktor mengatakan bahawa Ayperi secara psikologinya adalah sihat. Cuma tabiatnya yang suka makan rambut sahaja perlu diubah. 

Ayperi pada masa yang sama kini semakin sihat selepas pembedahan itu dan bertekad untuk tidak memakan atau mengunyah rambut lagi.


Tiada ulasan: