KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat di laman sosial berhubung kenaikan gaji dan elaun yang bakal dinikmati oleh kakitangan awam adalah tidak benar.
Menerusi kenyataan tersebut, JPA memohon agar semua pihak yang menerima maklumat itu supaya tidak menyebarkannya.
Semalam, tersebar secara meluas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya kakitangan awam akan menikmati beberapa pelarasan gaji dan elaun yang berkuat kuasa pada Januari 2015.
Antara kandungan yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan media sosial itu adalah kenaikan yang melibatkan kakitangan sokongan sebanyak RM500; pegawai sebanyak RM1000 serta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.
Kandungan lain dalam maklumat tersebut termasuklah kenaikan berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam yang akan dinaik taraf serta didakwa mengikut pandangan dan diluluskan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan JPA. - mD

Lagi Info Menarik:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan