Bukan Kerajaan Tanggung Rakyat 3 Bulan, Tapi Rakyat Tanggung Menteri 12 Bulan Setahun | Boros Di Aralom

Jumaat, 26 September 2014

Bukan Kerajaan Tanggung Rakyat 3 Bulan, Tapi Rakyat Tanggung Menteri 12 Bulan Setahun

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji membidas kenyataan angkuh Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan, kononnya kerajaan ‘menanggung’ hidup rakyat selama tiga bulan dalam setahun.
Tengki Zulpuri (via mD)
Ketika berucap sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sana semalam, Ahmad Maslan berkata hidup rakyat ditanggung tiga bulan dalam setahun melalui subsidi dan bantuan yang disampaikan kerajaan.

“Campur BR1M, bantuan persekolahan, subsidi minyak, tepung.. tiga bulan kehidupan kita ditaja kerajaan BN dalam setahun. Sembilan bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja yang kita ada,” kata Ahmad Maslan menurut The Malaysian Insider.

Mengulas dakwaan itu, Tengku Zulpuri menyifatkannya sebagai pembohongan memandangkan rakyat adalah penyumbang utama pendapatan negara melalui cukai.

“Setiap tahun, rakyat membayar cukai pendapatan dan pelbagai cukai lain. Malah gaji menteri sendiri dibayar melalui kutipan itu.

“Rakyat yang menanggung (gaji) menteri dua belas bulan, bertahun-tahun lamanya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Kata Ketua Pembangkang DUN Pahang itu, kenyataan Ahmad Maslan menghina rakyat yang terpaksa bekerja keras bagi menanggung kos sara hidup yang meningkat.

“Ia cukup menghina. Seorang menteri tidak boleh keluarkan kenyataan yang tak cerdik – macam orang tak sekolah.

“Bukankah itu tugas pemimpin – menaikkan taraf hidup dan mengurangkan beban rakyat?” soalnya lagi.

Beliau turut membidas Ahmad Maslan yang tidak berkata apa-apa berhubung subsidi yang diberikan kerajaan kepada syarikat, antaranya kepada kroni penjana tenaga bebas (IPP) berjumlah RM20 bilion setahun, serta terbaru RM6 bilion bagi menyelamatkan Malaysia Airlines System (MAS). - Roketkini

Tiada ulasan: