Sukan Asia: Dilarang memakai Tudung, pasukan bola keranjang wanita Qatar tinggalkan gelanggang | Boros Di Aralom

Khamis, 25 September 2014

Sukan Asia: Dilarang memakai Tudung, pasukan bola keranjang wanita Qatar tinggalkan gelanggang

Selain isu pengangkutan di Incheon yang teruk, kini isu terbaru pula timbul apabila pasukan bola keranjang wanita Qatar meninggalkan gelanggang kerana dilarang memakai tudung dalam perlawanan pembukaan menentang Mongolia.
Pemain bola keranjang wanita Qatar meninggalkan gelanggang sukan Asia Incheon kerana larangan memakai tudung. (via AFP)
Seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider, perkara tersebut jelas mengecewakan ketua komiti sukan wanita Qatar, Ahlam Al Mana. Katanya, "FIBA tidak membenarkan pemain kami bermain sambil memakai tudung, jadi kami terpaksa menarik diri dari perlawanan itu." Katanya lagi, "apa yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan matlamat Komiti Olimpik yang menggalakkan penglibatan pelbagai negara dari pelbagai budaya, dan ini juga bertentangan dengan slogan Sukan Asia di Incheon iaitu "Diversity Shines here".

Al Mana bagaimanapun mengakui dia tahu akan sekatan tersebut namun dia berharap agar Fiba dapat mengubah fikiran. Di Qatar, pemakaian tudung adalah dibenarkan di peringkat kebangsaan.

Dia turut menambah agar mana-mana negara yang terlibat dengan sekatan itu tidak perlu menghadiri sukan Asia di Korea Selatan itu sambil berharap agar FIBA dapat mengubah peraturan mereka dengan segera.

Sehingga kini, tiada maklumbalas yang diperoleh dari Fiba atau OCA. Sukan bola sepak adalah antara sukan yang kini membenarkan pemakaian pelindung kepala yang berkaitan dengan keagamaan selepas FIFA mengubah peraturannya tahun ini. - AFP

Tiada ulasan: