Instagram Khas Untuk Anak Orang Kaya Malaysia Tarik Perhatian | Boros Di Aralom

Khamis, 29 Januari 2015

Instagram Khas Untuk Anak Orang Kaya Malaysia Tarik Perhatian

Kalau pasal duit..pergh! memang senang nak tarik perhatian orang ramai. Apa lagi kalau diserikan dengan gambar-gambar seksi dan seksa, mesti senang nak tarik ramai follower kat Instagram.

Tapi kena beringat sebelum terngadah, banyak orang kat luar sana tu yang suka mengambil kesempatan. Dah tau korang anak orang kaya, kemungkinan besar akan jadi sasaran penjenayah yang makin edukated sekarang ni. 

Inilah dia akaun instagram khas untuk anak orang kaya di Malaysia dikenali sebagai therichkidsofmalaysia. Mungkin juga pemilik akaun ini mendapat ilham dari remaja Tehran yang hidup kaya raya dan mendakwa diri mereka ‘Rich Kids Of Tehran' (Remaja Paling Kaya di Tehran). Walaupun gambar-gambar yang dikongsikan itu bukan lah milik si pemilik instagram, namun dia mengakui bahawa pemilik sebenar boleh saja meminta untuk memadam gambar mereka. Tapi yang peliknya..pelik ker..ada juga pemilik asal gambar yang suka bila gambarnya dimuatnaik dalam akaun instagram therichkidsofmalaysia ini. Saja nak riak dengan kemewahan yang ada agaknya..

Kononnya pemilik akaun hanya mahu berseronok seperti yang dilaporkan oleh MalaysianDigest. Walaupun menerima kritikan dari netizen dan para pengguna instagram yang lain, namun pemilik akaun itu tetap dengan pendiriannya sambil buat ayat skema ini, 

"“Saya juga menerima mesej ucapan terima kasih kerana memuat naik gambar mereka.

“Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya menghormati setiap permintaan untuk memadamkan sebarang Foto pemilik .. #keepitpositive, saya bersetuju .. " ujarnya.

Berikut antara gambar-gambar yang dimuatnaik dalam akaun instagram therichkidsofmalaysia dan ada antaranya yang menerima komen-komen pedas. Fuh!!

 Wau..komen-komen yang memang pedasss..
Kalau aku kaya...hari-hari hari raya..


Anak dato K ni bila nak kawen ar??

Sekian...nak kaya dengan Instagram ker? mungkin Rahsia Dominasi Instagram ini boleh membantu..selamat mencuba..


Tiada ulasan: