Cara mudah buat kedai online | Boros Di Aralom

Khamis, 29 Januari 2015

Cara mudah buat kedai online

Naca tahu cara mudah buat kedai online? Senang saja sebenarnya. Hanya kena rajin cari ilmu dan praktikkan ilmu yang ada.

Kat televisyen, ada banyak iklan kesedaran bagaimana internet telah memajukan sesuatu perniagaan. Berniaga jual parang, jual kraftangan, jual bantal, dan jual tudung kat kampung pun boleh berjaya. Dengan internet, pasaran sesuatu produk itu sebenarnya meningkat dengan mendadak kerana bukan sahaja penduduk di dalam negara malah di luar negara pun boleh tengok dan beli produk kita.

Pernah nampak kisah lelaki tua jual parang kat tv tak? Itu lah salah satu contoh bagaimana internet mengubah lanskap kehidupannya kini. Mula-mula memang dia tak berapa mahir, tapi bila dah belajar selok belok perniagaan internet, akhirnya dia mampu jana keuntungan berlipat kali ganda berbanding dengan hanya jual di sekitar kampungnya. 

Jika anda adalah seorang usahawan yang mempunyai produk sendiri dan nak jual secara online, salah satu benda mustahak yang perlu ada ialah kedai online. Sekarang tanpa kedai online pun boleh juga jual barang kat Facebook, blogspot, dan Instagram. Tapi kalau nak kelihatan lebih profesional dan lebih memudahkan proses jual beli, perlu kena ada kedai online sendiri. Kedai online ini akan beroperasi tanpa rehat. Pelanggan boleh beli barang anda walaupun anda sedang tidur. Segala urusan jual beli akan berlaku secara automatik. Apa yang perlu anda buat hanya poskan barang kepada pembeli saja.
Contoh kedai online yang baik dan meyakinkan
Kedai online yang paling mudah dan efektif ialah kedai online yang menggunakan shopping cart system. Contoh paling mudah ialah laman web Lelong, Lazada, Photozzoom, vstore.my dan eBay. Saya bagi contoh berikut sebab saya selalu membeli belah kat sana berbanding kat Facebook. Kenapa? sebab laman web yang menggunakan sistem shopping cart lebih meyakinkan, mudah dan selamat. 

Cara mudah buat kedai online boleh saja diperlajari menerusi video Tutorial Kedai Jualan ini. Jika belajar sambil tengok tutorial dalam bentuk video, anda akan lebih mudah faham. Lepas download, anda boleh lah mula menonton dan kemudaian mempraktikkannya. Bila dah ada kedai online, maka bersedialah menerima letupan keuntungan perniagaan anda! All the best!
Dapatkan Video Tutorial Kedai Jualan Online


Tiada ulasan: