Selepas Facebook dan Twitter, kini Instagram juga menjadi platform popular untuk bersosial dengan rakan-rakan lama dan baru melalui perkongsian gambar. Instagram ni banyak kebaikannya. Nak buat duit pun senang. So hari ini gua nak kongsi lah beberapa tips dan cara bagaimana nak buat duit dengan Instagram?
1. Bina follower yang banyak. Secara asasnya, kalau nak buat duit, korang kena ada produk dulu. Dah ada produk, mestilah kena cari pasaran. Dah dapat pasaran, barulah duit masuk dengan senang. That's why, korang kena cari follower instagram yang berminat dengan produk korang tu. Nak cari follower yang banyak memang senang tapi nak bina follower yang berkualiti (maksudnya, follower yang memang minat dengan produk korang) memang memerlukan usaha. So, jangan terlalu ghairah tambah follower. Biar sikit-sikit lama lama jadi bukit.
2. Guna Hashtag untuk tarik follower. Pastikan setiap gambar yang korang upload tu disertakan #hashtag yang berkaitan dengan produk korang. Macam Twitter jugak. Pastikan juga hashtag tu mesra enjin carian dan relevan dengan tren terkini. Jangan pula guna hastag mengarut yang sengaja nak spam hastag trending. Boleh juga guna hastag trending tapi jangan terlalu over. Lagi satu, jangan ikut sukahati jer tag kengkawan untuk promo produk. Naik muak mereka nanti. Sekali sekala, it's okay kalau sekadar untuk pengenalan produk jer.
3. Pastikan produk anda berkualiti dan juga gambar berkualiti. Ye lah, siapa nak beli barang yang tak berkualiti kan. Ada juga barang atau produk yang berkualiti, tapi disebabkan cara pengiklanan atau cara promosinya kureng meyakinkan, maka ia menjejaskan reputasi produk tu. So, kalau nak upload gambar kat Instagram, pastikan gambar tu benar-benar jelas, terang, dan kreatif. Barulah follower korang terpikat dan akan tengok berkali-kali.
4. Bina kedai online. Kat Instagram mana ada kedai..betul tak. So, pastikan korang ada sediakan link kedai online korang dalam instagram korang tu. Lagi bagus kalau setiap gambar yang diupload itu dilinkkan terus ke kedai online korang. Senang jer buat kedai online ini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Contoh, blogspot, ebay, dan lelong. Dapatkan panduan mudah Tutorial Kedai Jualan ini kalau serius nak buat kedai online tanpa gangguan.
5. Masa untuk menjual, turn your follower into customers. Pertama sekali, korang kena pastikan follower korang tu dapat melawat blog atau kedai korang. Kalau ada pertanyaan, soalan dan cadangan dari prospek, sila JANGAN abaikan. Beri respon secepat yang boleh. Anda juga kena jujur, ramah, amanah dan trusworthy. Di sini, skills kendiri memang penting bila masuk adegan costumer services. Dan paling penting, hati kena ikhlas berniaga supaya dimurahkan reZeki. Sertakan dengan doa sekali.
So, itu lah dia 5 cara asas nak buat duit dengan Instagram. Ini asas saja tau. Kalau nak yang lebih details, kena rajin cari ilmu. Paling bagus, baca Rahsia Dominasi Instagram ini. Main Istagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan lumayan. Memang terbaek beb!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan