QZ8501: Nelayan jumpa mayat tanpa kepala, tangan | Boros Di Aralom

Khamis, 29 Januari 2015

QZ8501: Nelayan jumpa mayat tanpa kepala, tangan

Makasar: Seorang nelayan menemui mayat tanpa kepala dan tangan milik mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kira-kira 8 pagi tadi waktu tempatan.

Ketua Polis Sulawesi Barat Endi Sutendi berkata, nelayan yang dikenali sebagai Mas'ud, 35, itu menemui mayat mangsa ketika menangkap ikan di laut Pamboang, Sulawesi Barat.

Menurutnya, pemeriksaan pada mayat berkenaan mendapati terdapat dompet yang berisi kad pengenalan milik mangsa Saiful Rakhmad, 39, berasal dari Makassar, Jakarta Timur.

"Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Bhayangkara, Makassar untuk proses bedah siasat oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

"Walaupun, kad pengenalan itu jelas mengesahkan identiti mayat berkenaan tetapi proses autopsi masih perlu dijalankan untuk membantu siasatan menyeluruh kejadian ini," kata Endi kepada Detik News.Com.

Menurutnya, selain mayat tanpa kepala dan tangan itu, nelayan juga ada menemui satu beg tangan yang mengandungi pasport milik Andri Wijaya Poo dan tiga telefon bimbit. - hmetro


INFO: Nah..terbongkar dah, jawapan di sebalik kenapa kita sering tersangkut dengan iklan penerbangan tambang murah..tengok promo, dia bagi harga paling murah sampai seringgit, tapi bila dah nak bayar..ehhh tetiba harga melambung tinggi...ketahui sebabnya dalam artikel How did I end up paying so much for my flight?

Tiada ulasan: