Anda pelupa? Mainlah video game untuk menguatkan memori | Boros Di Aralom

Khamis, 10 Disember 2015

Anda pelupa? Mainlah video game untuk menguatkan memori

Kalau anda ada nenek, datuk atau saudara mara yang mengalami masalah hilang memori, cubalah ajak mereka bermain game. Bermain video game ini juga boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur untuk mencegah daripada terkena penyakit dimentia atau memory loss.

Menurut kajian, permainan video 3D seperti Super Mario yang menjadi kegilaan di kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan salah satu rawatan yang berkesan untuk melindungi seseorang daripada terkena penyakit dimentia (memory loss) yang sering dikaitkan dengan warga emas yang sudah lanjut umur.


Sebelum ini, permainan teka silang kata dan brain teaser telah menjadi antara teknik untuk mendorong fungsi kognitif seseorang, dan kini permainan 3D telah dimasukkan sebagai teknik tambahan.

Dalam kajian yang dilaksanakan, beberapa sukarelawan telah mengambil ujian memori sebelum dan selepas dua minggu. Dalam tempoh tersebut, mereka diminta bermain game selama setengah jam setiap hari. Dalam ujian kedua, mereka diminta untuk mengingat kembali sama ada terdapat perubahan atau tidak pada gambar yang mana telah ditunjukkan kepada mereka sebelumnya. Dapatan kajian mendapati mereka yang bermain game lebih mudah mengenalpasti perubahan pada gambar berbanding mereka yang tidak bermain game.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa permainan video berbentuk 3D mampun meransang hippocampus pada otak yang merupakan elemen penting kepada memori manusia.

Jadi, jika anda ada masalah sukar mengingat sesuatu benda, mainlah video game. Tapi jangan terlalu banyak main game sampai ketagihan kerana ianya akan memudaratkan kesihatan juga.

Layari Lagi Info:

Tiada ulasan: