Kecoh...memang kecoh betul dengan si terlajak laris ni..sejak video iklan lucah D'Herbs yang mana ianya mengiklankan satu produk untuk membesarkan payudara ini tersebar luas di laman sosial, rata-rata netizen yang menontonnya terus menerus mengkritik iklan tersebut. Apa tidaknya, iklan tersebut seakan-akan sebuah iklan pornografi yang memang kurang sesuai dijadikan tontonan kebanyakan lapisan masyarakat.
Iklan nak bagi tetek beso dari D'HERBS terlajak laris macam KimK. Dah serupa promo movie porn BangBros dah..
Posted by MuahSetapak.com on Friday, December 4, 2015
Sila tonton dulu, baru buat andaian dan penilaian sendiri. Rata-rata netizen yang sudah menontonnya telah memberi pelbagai kritikan pedas menyatakan yang iklan tersebut menjatuhkan maruah seorang isteri, menggunakan model transgender ~ sebenarnya model wanita itu bukanlah transgender, serta memaparkan peribadi seorang suami yang agak bodoh dan gila angau..fuhh... Satu persoalannya di sini, betulkah video iklan ini dihasilkan oleh krew produksi D'Herbs yang diasaskan oleh Dato' Aliff Syukri?
Menurut sumber, video tersebut bukanlah dihasilkan oleh produksi D'Herbs tetapi merupakan satu video iklan parodi yang dihantar oleh salah seorang peserta video parodi D'Herbs yang dianjurkan oleh Dato' Aliff Syukri sendiri. So, memang ada sangkut paut lah antara D'Herbs dengan video lucah ini. Menurut sumber, video yang mendapat view paling banyak akan menjadi pemenangnya.
Sumber: IG Dato Aliff
Nampaknya, pembikin video lucah tersebut benar-benar berjaya mendapat view yang tinggi untuk video iklan parodi D'Herbs nya..memang betul kata orang putih.."Sex sells"..huhu..anyway, Dato' Aliff pun dah mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku ekoran daripada kontest video parodi anjurannya ini.
Lagi Info:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan