Terutama sekali, admin mengucapkan takziah khususnya kepada keluarga diraja Johor dan seluruh rakyat Johor di atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor. Tunku Jalil yang menghidap kanser tahap 4 sejak beberapa tahun lalu telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015 kelmarin.
Memang memilukan bila admin mengenangkan akan kesedihan yang melanda keluarga diraja Johor ketika ini. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan di antara adik beradik keluarga diraja Johor ini memang sangat akrab dan pastinya pemergian salah seorang anggota keluarga diraja ini sangat memberi kesan mendalam terhadap mereka. TMJ yang juga abang sulung kepada Tunku Jalil selaku penaung bola sepak JDT sempat berkongsi luahan hatinya melalui laman Facebook rasmi kelab tersebut. Memang menyedihkan!
Semoga roh Tunku dicucuri rahmat dari Yang Esa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-FatihahKepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor - Official Facbook Page JDT
Info Berkaitan: Sejauh manakah anda menyayangi seseorang? Jawab kuiz ini untuk mengetahuinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan