Boros Di Aralom: Edisi 18SX
Memaparkan catatan dengan label Edisi 18SX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi 18SX. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2016

5 Cara isteri mengatasi masalah suami ‘mati pucuk’

Gambar hiasan
Masalah mati pucuk memang sangat ditakuti terutamanya di kalangan lelaki. Ia bukan saja memberi kesan kepada si lelaki malah juga kepada pasangannya. Masalah ini seringkali terjadi di kalangan lelaki yang berumur sekitar 50an ke atas. Tapi ia juga boleh berlaku kepada individu yang masih muda remaja. Namun jika anda adalah seorang isteri yang sedang berhadapan dengan suami yang mati pucuk, usah takut usah gentar. Ada penyelesaiannya. Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anda bakal tersisih dari segi kepuasan batiniah.


Mati pucuk ialah kegagalan penis mencapai ereksi


Berikut adalah 5 cara seorang isteri untuk membantu suami yang sedang mengalami masalah kegagalan mencapai ereksi semasa berhubungan intim atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Kalau dalam English, kita panggil ‘Erectile Dysfunction’.

1. Teruskan memberi sokongan moral kepada suami anda. Jangan biarkan si suami sentiasa berada dalam tekanan terutamanya ketika berhubungan intim. Orang yang mengalami mati pucuk ini sentiasa risau dan rendah diri. Takut-takut kalau pasangannya tidak mencapai kepuasan maksima dan kemudian risau si dia bakal mencari orang lain semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seksual. Dear wives, tell your parner that you don’t need to rush things sexually.

2. Berjumpa dengan pakar terapi seks. Well, jangan fikir yang bukan-bukan. Berjumpa dengan ahli terapi seks bukan bermaksud anda akan diberi tunjuk anjar bagaimana melakukan hubungan seks secara live depan-depan. Terapi seks sama konsep juga dengan sesi kaunseling di mana seorang pakar akan membantu secara psikologikal. Anda boleh datang secara individu atau dengan pasangan anda. Anda mungkin akan diberikan beberapa latihan dan kerja rumah bersama pasangan anda. Ianya mungkin dalam bentuk sentuhan bukan berasaskan seksualiti namun memberi kepuasan batin kepada pasangan itu sendiri.

3. Penggunaan ubatan moden atau tradisional. Sekarang ini ada banyak jenis ubatan atau alatan moden yang dikatakan boleh membantu pesakit ED ini untuk memuaskan pasangan. Contohnya yang paling popular ialah penggunaan Viagra. Secara tradisional pula, ramai yang lebih memilih untuk berjumpa dengan tok tok batin kat kampung. Ada pula yang cari tok dukun dan pak bomoh semata-mata untuk menjadi gagah semula di ranjang. Tapi harus diingat juga bahawa penggunaan ubatan moden mahupun tradisional ini akan ada kesan baik buruknya. Berani ambil, beranilah tanggung ya.


4. Ajar pasangan dengan konsep VENIS berbanding ‘penis’ (kemaluan lelaki). VENIS adalah akronim kepada perkataan English iaitu ‘Very Non-Insertive Sex’. Maksudnya ialah isteri mencapai kepuasan seksual tanpa si suami memasukkan kemaluannya ke dalam faraj isteri. Si suami boleh saja menggunakan cara lain seperti memasukkan jari atau menjilat kemaluan isteri. Tapi korang kenalah beringat akan hukum hakam perbuatan seumpama ini ya.

5. Cari tempat yang sesuai untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Kadan-kadang walaupun mengalami masalah mati pucuk, seseorang lelaki masih boleh mencapai tahap ereksi ketika berhubungan intim. Persekitaran juga memainkan peranan penting. Bawalah suami anda bercuti di tempat-tempat yang tenang tanpa ada banyak gangguan. Pastinya hanya anda yang akan menjadi focus suami saat itu. Sedar tak sedar, korang dah ehem ehem..

So, kalau pasangan anda merupakan penghidap masalah mati pucuk, usah risau kerana anda masih lagi boleh menikmati kehidupan suami isteri dengan bahagia. Yang paling penting ialah persefahaman di antara kedua belah pihak dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Jangan biarkan suami anda sering berada dalam tekanan. Jaga juga makan minum dia. Jangan saja sampai jadi obese. Nanti lagi teruk penyakitnya. Dah lah mati pucuk…nanti kena lagi penyakit tiga serangkai…merana lah hidup!!
(sumber:independent.uk, everydayhealth.com)


Lagi info menarik:






Khamis, 13 Oktober 2016

Wanita Ini Mendedahkan Kisah Hitam Sebagai Pelakon Filem Pornografi

Of course, pornografi memang diharamkan di Malaysia. Namun sayang sekali, sehebat manapun usaha untuk mengekang penyebaran laman-laman web ini dilakukan, tetap saja ia mudah diakses di mana-mana. Tahun lalu saja, laman web pornografi ternama iaitu Pornhub (maaf yer, laman web ini tak dapat diakses di Malaysia), menjadi antara  laman web paling popular dengan jumlah pengunjung mencecah ratusan juta views setahun. Tak hairanlah kenapa industry ini menjadi antara industry paling menguntungkan.

But, tahukah anda kisah di sebalik filem pornografi ini? Tahukah anda bahawa kebanyakkan ‘pelakon’ yang berlakon adegan seks, yang korang selalu tengok tu, sebenarnya adalah mangsa kepada industry pornografi itu sendiri.

Seorang bekas pelakon filem pornografi dari Jepun ini mendedahkan bagaimana hidupnya dirosakkan oleh industry ini. Saki Kozai tidak menyangka bahawa dirinya ditipu oleh sebuah agensi yang kononnya sedang mencari bakat baru dalam bidang lakonan. Salah seorang ahli agensi tersebut telah menemui Saki di tepi jalan dan seterusnya menawarkan pekerjaan sebagai pelakon kepada Saki.

Oleh kerana terlalu percaya tanpa usul periksa dan didorong pula dengan keinginan untuk menjadi bintang ternama, Saki telah menandatangani surat tawaran untuk ‘berlakon’ tersebut. Namun di hari pertama dia datang bekerja, dia telah diarahkan untuk melakukan aksi lucah di hadapan kamera. Dia menjadi tertekan dan tidak mampu mengawal emosi. Katanya, “saya tidak mampu untuk menanggalkan pakaian saya sendiri. Saya kemudiannya menangis”
 
Saki Kozai
Namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk Suki mengawal dirinya dan kemudian dia memaksa dirinya untuk melakukan adegan lucah tersebut. Dia tidak berseorangan kerana terdapat sekitar 20 orang pelakon baru yang lain di sekelilingnya sambil menunggu giliran masing-masing. Tiada seorang pun antara mereka yang mampu menolak semua permintaan pengarah dalam keadaan tersebut. Malah ada mangsa yang mendakwa telah dirogol sebanyak 100 kali di hadapan kamera.

Berikut antara helah yang digunakan oleh agen-agen pencari pelakon porno ini seperti yang didedahkan oleh para mangsa.

1. Mangsa diuugut akan dikenakan saman/denda sekiranya melarikan diri atau tidak melakukan adegan seperti yang disuruh.

2. Kandungan kontrak yang ketat sehingga sukar untuk para pelakon pornografi untuk melarikan diri

3. Para pelakon porno wanita seringkali diberitahu bahawa mereka tidak akan mampu mendapatkan pekerjaan lain.

4. Para agen dan pencari bakat akan datang sendiri ke kampus atau rumah mangsa untuk menuntut ganti rugi dan saman sekiranya mangsa gagal datang bekerja.

Demikianlah antara helah agen-agen filem porno ini. Kebanyakkan daripada pelakon filem porno juga merupakan mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia. Tapi korang mungkin tak kisah kan..yang korang tau hanya feeling syok!! saja...huh!
(sumber: indy100.com)


Lagi Info menarik:

Isnin, 7 Disember 2015

Iklan lucah melampau D'Herbs dikritik kaw kaw..betulkah iklan ini milik D'Herbs?

Kecoh...memang kecoh betul dengan si terlajak laris ni..sejak video iklan lucah D'Herbs yang mana ianya mengiklankan satu produk untuk membesarkan payudara ini tersebar luas di laman sosial, rata-rata netizen yang menontonnya terus menerus mengkritik iklan tersebut. Apa tidaknya, iklan tersebut seakan-akan sebuah iklan pornografi yang memang kurang sesuai dijadikan tontonan kebanyakan lapisan masyarakat. 

Iklan nak bagi tetek beso dari D'HERBS terlajak laris macam KimK. Dah serupa promo movie porn BangBros dah..
Posted by MuahSetapak.com on Friday, December 4, 2015
Sila tonton dulu, baru buat andaian dan penilaian sendiri. Rata-rata netizen yang sudah menontonnya telah memberi pelbagai kritikan pedas menyatakan yang iklan tersebut menjatuhkan maruah seorang isteri, menggunakan model transgender ~ sebenarnya model wanita itu bukanlah transgender, serta memaparkan peribadi seorang suami yang agak bodoh dan gila angau..fuhh... Satu persoalannya di sini, betulkah video iklan ini dihasilkan oleh krew produksi D'Herbs yang diasaskan oleh Dato' Aliff Syukri?

Menurut sumber, video tersebut bukanlah dihasilkan oleh produksi D'Herbs tetapi merupakan satu video iklan parodi yang dihantar oleh salah seorang peserta video parodi D'Herbs yang dianjurkan oleh Dato' Aliff Syukri sendiri. So, memang ada sangkut paut lah antara D'Herbs dengan video lucah ini. Menurut sumber, video yang mendapat view paling banyak akan menjadi pemenangnya. 
Sumber: IG Dato Aliff

Nampaknya, pembikin video lucah tersebut benar-benar berjaya mendapat view yang tinggi untuk video iklan parodi D'Herbs nya..memang betul kata orang putih.."Sex sells"..huhu..anyway, Dato' Aliff pun dah mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku ekoran daripada kontest video parodi anjurannya ini.


Lagi Info:

Selasa, 28 Oktober 2014

WTF! Wanita ini mahu meniduri seorang lelaki di setiap kota yang dilawatinya

Ju Peng, 19, sedang mencari teman lelaki sementara yang mesti memenuhi syarat-syarat berikut: tampan, berumur di bawah 30, berketinggian lebih 1.75meter, dan mesti kaya.
Ju Peng menimbulkan kontroversi di China (Foto: Mirror UK)
Ju Peng sedang menjelajah seluruh China dan berharap agar jelajahnya itu dibiayai oleh lelaki yang dijumpainya di setiap kota. Dia telah membuat satu iklan di laman mikroblogging Weibo dengan menyatakan kemahuannya untuk mencari teman lelaki sementara yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Namun jelajah kontroversinya itu telah menjadi bualan hangat di media sosial sehingga ada yang mennuduhnya sebagai pelacur.

Ju berkata: "mereka akan membiayai kos pengangkutan dan segala perbelanjaan saya ke kota mereka dan mereka juga perlu sentiasa bermurah hati. Sebagai balasannya, mereka akan dapat bersama dengan saya sepanjang malam."

Ju mengatakan bahawa dia telah menjelajah ke seluruh Timur China dengan menggunakan langkah kontroversi tersebut dan mahu melawat pula ke seluruh negara itu, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai perjalanannya.

Disebabkan oleh kontroversi yang ditimbulkan oleh iklan tersebut, ramai yang mahu supaya iklan berunsur pelacuran itu dibuang dari laman Weibo.
Ju Peng 


Sabtu, 18 Oktober 2014

Pasangan tersekat antara satu sama lain ketika melakukan hubungan intim di laut

Sepasang kekasih yang hangat dilamun cinta sedang berehat di pantai Porto San Giorgio sebelum membuat keputusan untuk melakukan hubungan romantik di dalam laut. Namun tanpa diduga, adegan romantis mereka itu telah membawa padah apabila mereka keduanya tersekat antara satu sama lain.
Padah melakukan seks di laut (Sekadar Gambar Hiasan, Foto: REX)
Keadaan ini menyebabkan kedua mereka terpaksa mengheret tubuh mereka dalam keadaan masih tersekat ke tepi pantai sebelum diberikan sehelai tuala oleh seorang wanita yang lalu di tempat mereka.

Oleh kerana menghadapi masalah untuk 'memisahkan' tubuh pasangan ini, mereka terpaksa dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima bantuan kecemasan. Akhirnya mereka dapat dipisahkan selepas si wanita diberikan suntikan khas yang biasa diberikan kepada wanita hamil untuk melebarkan ruang rahim mereka.


Jumaat, 17 Oktober 2014

Penduduk terganggu nampak pelancong tanpa coli di Port Dickson (GAMBAR)

Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.
Pelancong dengan selamba menanggalkan coli di tempat awam (Foto: HMetro)
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik. Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.

Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.

"Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.

"Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. - hmetro


Rabu, 13 Ogos 2014

Lelaki 50 tahun ini mati selepas memasukkan dan membiarkan objek seks di dalam dubur

Seorang lelaki berumur 50 tahun mati selepas memasukkan dan membiarkan objek seks di dalam duburnya. 
Vibrator (sekadar gambar hiasan)
Nigel Willis terpaksa menahan sakit selama lima hari selepas objek seks itu tersekat di dalam duburnya. Disebabkan malu, dia tidak berani untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Willis yang berlum berkhawin dan tinggal bersama ibunya di Forest Hill hanya mendapat bantuan kecemasan selepas rakannya melaporkan kepada pihak hospital apabila Willis mengadu sering penat, pening, lemah dan tidak dapat duduk dengan selesa selama lima hari. Baca laporan asal di Metro UK.

Jumaat, 20 Jun 2014

Fesyen baru seluar dalam wanita yang lagi seksi dan hot

Seluar dalam wanita paling simple dan seksi...The C-String..


Macam mana nak pakai? alaa...senang jer..


Loo..yang lelaki pun ada nak pakai jugak ker? Boleh..macam mamat sorang ni.
Lelaki pun boleh pakai (Pic via Metro)

Hohoho..fesyen apakah ini..makin geli aku tengok..apa lagi nak pakai..ada yang nak beli seluar dalam C-String ni ker? tengok video pengenalan kat bawah.. AMARAN: 18 SX

Sabtu, 31 Mei 2014

The Sex Factor: Rancangan realiti tv terbaru untuk mencari bintang porno

Industri pornografi merupakan salah satu industri paling menguntungkan terutamanya di negara barat sama seperti industri hiburan.

Maka tidak hairanlah jika banyak remaja yang berangan nak jadi bintang porno. Baru-baru ini, satu rancangan realiti tv untuk mencari bintang porno telah dilancarkan. 

Rancangan realiti bertajuk The Sex Factor itu mempunyai konsep yang sama dengan The X Factor iaitu satu rancangan realiti hiburan ciptaan Simon Cowell.

The Sex Factor akan memilih 16 peserta yang akan bersaing sesama sendiri dan dimentorkan dan diadili oleh bintang-bintang porno terkenal seperti  Keiran Lee. Hadiah utama ialah wang tunai berjumlah USD1 juta..
The Sex Factor 
Tapi hadiahnya bukan setakat itu saja, pemenang turut mendapat peluang untuk membuat aksi porno bersama pengacara program iaitu bintang porno seksi, Belle Knox. Seperti X Factor, pemenang akan ditentukan melalui undian penonton.

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 16 Mei 2014

Kedapatan melakukan hubungan s3ks di sebelah mesin ATM

Dah tak tahan sampai buat onar di sebelah mesin ATM...dah tak ada kemaluan di depan orang...
seks sebelah atm (Sumber: MetroUK)
Kalau lah mesin ATM tu boleh bercakap...

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 18 April 2014

Romeo dipenjara kerana 'terlalu bagus melakukan hubungan seks'

Seorang lelaki Itali bernama Romeo Artemio Lori, 42, telah dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengganggu ketenteraman awam. Romeo didakwa selepas sekurang-kurangnya 12 daripada jirannya mengadu tentang teman wanita Romeo yang sering 'meraung' dengan kuat semasa mereka melakukan hubungan intim dan ianya berlarutan sehingga sejam. 
Dipenjara kerana seks bagus? (sekadar gambar hiasan)
Menurut laporan yang dipetik di Metro UK lagi, Romeo mengatakan bahawa dia dihukum kerana dia 'terlalu bagus melakukan hubungan seks'. Romeo juga dikatakan akan membuat rayuan.

Sumber: Metro UK
Edited by Edisi Blogger


Jumaat, 30 Ogos 2013

(EDISI WTF) Wanita ini mahu mengadakan hubungan seks dengan 100,000 lelaki

Omg...wanita ini memang mempunyai cita-cita yang cukup pelik...wanita ini mahu mengadakan hubungan seks dengan 100,000 lelaki selama 20 minit setiap seorang. Wanita Poland bernama Ania Lisewska, 21, ini akan melancong ke seluruh dunia untuk mencapai hasratnya itu. Harapannya supaya boleh melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki dari bangsa yang berlainan...mak aiii...anak siapa lah ni yer??
Ania Lisewska
Katanya, "saya sukakan seks, hiburan, dan lelaki". Menurut HuffPost, Lisewska sudah pun melakukan hubungan seks dengan 284 orang lelaki setakat ini. Untuk memudahkannya, dia juga turut membuat satu fanpage di Facebook yang kini mendapat sekitar 9000 likes dan juga mempunyai laman web sendiri untuk kemudahan para lelaki yang mahu menidurinya...menurut laporan lagi, Lisewska memerlukan sekitar 20 tahun untuk merealisasikan impiannya itu...wtf...


P/s: It's good to have a goal in life..but this one is...lu pikiq la sendiri..

PPS: Mari sokong usaha REXONA dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik kat Malaysia...

Khamis, 1 Ogos 2013

(EDISI 18SX) Beza antara porno dan sex dalam kehidupan sebenar

Full video kat youtube sini
Siapa pernah tengok video porno? mengaku je lah...internet dah makin advance..mana-mana boleh access..dan lagi satu, seks adalah naluri normal manusia..kalau tiada naluri seks tu..hmmmm..bukan benda bernyawa lah agaknya yer..hehe..saya bukan nak bercerita mengenai seks..tak baik kalau budak budak kecik baca..lagi pun saya bukan pakar pun..ni saja nak share video penjelasan kat bawah ini mengenai beza antara porno dan seks dalam kehidupan sebenar...video ini kreatif, mereka guna sayuran, buah-buahan dan bahan makanan sebagai gambaran...enjoy!


P/s: Lepas tengok...muhasabahkan diri je lah yer...