Boros Di Aralom: Edisi Emosi
Memaparkan catatan dengan label Edisi Emosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Emosi. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2015

Memang menyedihkan! Luahan hati TMJ atas kemangkatan adiknya, Tunku Abdul Jalil

Terutama sekali, admin mengucapkan takziah khususnya kepada keluarga diraja Johor dan seluruh rakyat Johor di atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor. Tunku Jalil yang menghidap kanser tahap 4 sejak beberapa tahun lalu telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015 kelmarin.

Memang memilukan bila admin mengenangkan akan kesedihan yang melanda keluarga diraja Johor ketika ini. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan di antara adik beradik keluarga diraja Johor ini memang sangat akrab dan pastinya pemergian salah seorang anggota keluarga diraja ini sangat memberi kesan mendalam terhadap mereka. TMJ yang juga abang sulung kepada Tunku Jalil selaku penaung bola sepak JDT sempat berkongsi luahan hatinya melalui laman Facebook rasmi kelab tersebut. Memang menyedihkan!
Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor - Official Facbook Page JDT 

Semoga roh Tunku dicucuri rahmat dari Yang Esa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

Info Berkaitan: Sejauh manakah anda menyayangi seseorang? Jawab kuiz ini untuk mengetahuinya

Ahad, 15 November 2015

Cara tukar gambar profile picture Facebook kepada bendera France

Cara tukar gambar profile di Facebook kepada bendera Perancis akan saya kongsikan dalam entri ini. Sejak serangan pengganas di Paris pada Jumaat lalu, ramai pengguna Facebook telah menukar gambar profile mereka kepada bendera negara tersebut sebagai tanda soladiriti kepada para mangsa yang terlibat.

Bagi sesiapa yang mahu menukar gambar profile kepada bendera France, berikut cara-caranya:

1. Cari rakan facebook anda yang telah menukar gambar profile merka kepada bendera France.

2. Click butang 'Try It' kat bawah gambar profile mereka. 

3. Reposition gambar profile korang. Kemudian click 'dropdown button' di sebelah kanan 'Switch back to previous profile in' untuk menentukan jangka masa anda menggunakan gambar profile bendera France tersebut.


4. Akhir sekali, click 'Use as Profile Picture'. Sekarang gambar anda dah bertukar kaler berlatar belakang bendera France.
Profile picture dah bertukar
Saya buat tutorial ini sekadar berkongsi info sahaja dan bukan mewakili mana-mana pihak. Bagi saya, apa yang berlaku di Paris itu adalah satu perbuatan manusia yang memang patut dikutuk. Usah berbalah tentang bangsa dan agama, tentang siapa yang betul dan siapa yang salah, dan usah perbandingankan mana yang lebih kesian dari siapa. Keganasan berlaku di mana-mana.

Apa yang kita perlu buat hanya mendoakan yang terbaik kepada para keluarga mangsa yang terlibat. Bukan sahaja di Paris, malah juga di Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Nigera, dan di mana-mana pelusuk dunia yang menjadi sasaran pengganas.

#TerrorismHasNoReligion 

Sabtu, 7 November 2015

Terlalu ketagih main game sampai tak keluar rumah hampir setahun

Lelaki ini ketagih bermain game sampai tak keluar rumah hampir setahun. Lelaki yang hannya dikenali sebagai Troy ini mengakui bahawa dia mula ketagih bermain game sejak kecil.
This gamer hasn't left his house for an entire YEAR because he prefers virtual reality
Ketagihan main game ini diburukkan lagi dengan agoraphobia yang dialaminya sehingga menyukarkan dia untuk keluar rumah dan bersua dengan orang ramai.

Agoraphobia merupakan salah satu keadaan dia mana seseorang itu mengalami perasaan takut dan rasa tidak selamat ketika berada di kawasan terbuka atau di kawasan awam yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah dan taman rekreasi. Ia bermula dengan perasaan gusar di tempat awam dan diikuti perasaan panik.

Sebelum ini, Troy pernah bekerja di beberapa tempat namun dia berhenti kerana terlalu tertekan. Kini, dia hanya duduk di rumahnya sambil menghabiskan masa bermain game seperti NES, Super Nintendo, Mega Drive, dan sebagainya.

Menurutnya, ketagihan ini bermula sejak dia kanak-kanak lagi untuk mengisi kekesongan jiwa setelah ditinggalkan ibunya.

Khamis, 12 Februari 2015

Punca sebenar kejadian wanita bogel merayau di KL

Bukan sebab Anwar kena penjara...tapi memang perempuan tu mengalami masalah mental...atau gila kerana tekanan.

Itulah punca sebenar kenapa wanita yang dipercayai berasal dari Indon itu menelanjangkan diri.

Jumaat, 30 Januari 2015

#MH370 diisytiharkan kemalangan, keluarga mangsa tidak puas hati

Tragedi MH370
Selepas sepuluh bulan menanti, akhirnya DCA dan pihak berkuasa yang terlibat dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines, MH370, sebulat suara mengisytiharkan pesawat itu kemalangan. Namun pencarian akan tetap diteruskan.

Berita ini sememangnya membuatkan para ahil keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan oleh pihak MAS dan DCA. Dah lah banyak persoalan yang belum terjawab dan keluarga mangsa merasakan bahawa ada perkara yang disembunyikan dari mereka seperti yang dilaporkan MalaysianDigest.

Lagi teruk bila DCA membatalkan sidang media yang sepatutnya diadakan pada hari ini. Agaknnya mereka takut kena 'tembak' soalan bertubi-tubi dari ahli keluarga mangsa.

Apapun, semoga semua keluarga mangsa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Semoga kita dan negara kita Malaysia juga dijauhi dari musibah yang tidak terduga.

Lagi Info Best: 
> Walaupun harga minyak dah turun tapi best juga kalau dapat petrol percuma selama setahun di Shell..jom kita serbu laman web Shell sekarang!

Rabu, 28 Januari 2015

[VIRAL] Video 'Rumah Tangga Aku Dah Musnah' Tersebar. Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Kes curang sememangnya sesuatu yang serius dalam hidup berumah tangga. Sebuah video berjudul 'Rumah Tangga Aku Dah Musnah' menjadi viral di laman sosial, memaparkan seorang isteri yang melepaskan amuk kepada orang gajinya yang didakwa mempunyai hubungan sulit bersama suaminya.

Si isteri yang bertudung merah jambu mengamuk dan menjerit di tempat awam, malah turut menggunakan kekerasan terhadap orang gajinya itu yang mengenakan tudung coklat.
"Sekarang kau ikut aku pergi balai. Kau ikut aku pergi balai!"

Kemudian, wanita bertudung coklat tersebut cuba mempertahankan dirinya dengan berkata, "Sumpah demi Allah kak saya tak buat apa-apa" namun dibalas dengan satu penampar di muka.

Tengok video penuh bini pukul orang gaji yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan suaminya kat bawah ini.


(Laporan asal: Says)

Ahad, 19 Oktober 2014

Najib dan BN kena lagi! Kali ini pesara letak selipar di muka Najib..apa kes?

Pesara M Krishnan seorang lelaki yang marah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Dan kemarahan membuak-buak inilah yang mendorongnya meletakkan selipar di atas wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu poster semasa membuat protes terkini terhadap pemotongan subsidi bahan api di luar bangunan Parlimen minggu lalu.

Dia kemudian ditangkap kerana perbuatan itu.
M Krishnan ditangkap selepas meletak selipar di muka Najib (Foto: TheMalaysianInsider)
"Kehadiran saya hari itu tidak ada kena mengena dengan pemotongan subsidi. Saya marah dengan kerajaan, mereka melakukan sesuatu yang salah, mereka menyalahguna undang-undang kerana mereka tidak memahaminya, mereka menjadi bahan lawak dunia, dan saya mahu mereka tahu itu," kata Krishnan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Kisah Krishnan adalah cerita tentang kekecewaan terhadap sistem penyampaian awam yang dialami golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Beliau bergantung kepada pembayaran Perkeso untuk hidup, mengalami kecederaan di tempat kerja, dan tinggal di rumah kos rendah awam di mana suasananya memeritkan.

Gambar dia memegang selipar di atas muka Najib dalam poster itu diterbitkan di Facebook melalui laman "Friends of BN - Barisan Nasional".

Kerana tindakan itu, bekas pengendali kren berusia 56 tahun itu ditahan.

Tetapi ia bukan kali pertama. Dia membuat tindakan yang sama bulan Mei lalu ekoran kerosakan pada flat kos rendahnya, dan berkata akan melakukannya sekali lagi.

"Saya melakukannya berkali-kali sebelum ini dan saya sudahpun ditahan kerananya, tetapi saya akan melakukannya sekali lagi dan sekali lagi sehingga mereka dapat mesej bahawa kita ingin dilayan sama rata sebagai warganegara," kata Krishnan.

Penangkapan terbarunya pada 11 Oktober, tiga hari setelah protes anti kenaikan harga minyak dibuat di luar Parlimen. Putrajaya mengurangkan subsidi minyak pada 2 Oktober, menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Krishnan ditahan lebih 24 jam kerana polis mahu menyiasatnya atas penghinaan yang disengajakan dengan niat membuat provokasi terhadap keamanan dan ugutan jenayah. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kisah kekecewaannya terhadap Putrajaya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi, dia seorang yang tidak bernegara, dilucutkan kewarganegaraan, sehingga umur 12 tahun.

Sejak itu, setiap sedikit "kesalahan" atau "ketidakadilan" oleh Putrajaya memberi kesan mendalam terhadap Krishnan, yang lahir di Kajang, Selangor, termasuk fakta bahawa dia disenaraikan sebagai "keturunan India" dalam dokumen rasminya.

"Mengapa saya 'keturunan India'? Saya tidak dilahirkan di India.

"Saya mahu dikenali sebagai keturunan bangsa Malaysia, saya orang Malaysia," katanya yang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.

Berikutan berita penangkapannya, penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sistem keadilan yang menyebabkan Krishnan ditangkap hanya kerana meletakkan selipar di atas gambar Najib.

Krishnan bagaimanapun, tetap berdegil, "Saya menolak menandatangani kenyataan 112 di balai polis kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu, jika saya 'keturunan India', maka ia harus sekurang-kurangnya ditulis dalam Bahasa Tamil, lagipun ia satu-satunya bahasa yang saya boleh baca sebenarnya," katanya.

Katanya, dia tidak fikir dia perlukan seorang peguam, kerana dia mampu bercakap untuk dirinya sendiri dan menyedari hak-hak di bawah undang-undang.

"Saya tidak takut, saya tahu hak saya, jika mereka mendakwa saya, saya tahu mereka menyalahguna undang-undang dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap undang-undang.

"Saya didaftarkan sebagai OKU (orang kurang upaya). Oleh itu saya dilindungi oleh Agong," kata Krishnan yang mengalami kemalangan semasa bekerja sebagai operator kren.

Dia berkata kehadirannya di protes terhadap pemotongan subsidi minyak adalah untuk menghantar mesej kepada kerajaan – bahawa Perlembagaan dan Rukunegara melindungi warganegara Malaysia dan Putrajaya salah kerana menyalahgunakan hak rakyat.

Krishnan menegaskan bahawa dia bukan ahli mana-mana parti politik, tetapi bersimpati terhadap Hindu Rights Action Force (Hindraf), yang hilang relevansinya selepas bertelagah sesama sendiri.

Selama direman baru-baru ini, Krishnan memberitahu ketiga-tiga anaknya yang sudah dewasa dia ditahan tetapi memberitahu mereka agar tidak mengunjunginya.

"Saya tidak mahu mereka menyokong saya secara terbuka atau dikaitkan dengan saya kerana saya tidak mahu pihak berkuasa pergi mencari mereka pula," kata Krishnan yang tinggal seorang diri di flat kos rendahnya di PPR Sri Alam, Sungai Besi.

Dia juga tidak bergaul rapat dengan jiran-jirannya kerana "reputasi"nya yang selalu menyertai protes.

"Saya tidak mahu mereka merasa tidak selesa apabila bergaul dengan saya, jadi saya hanya terus bersendirian sahaja," katanya.

Dia kerap menghadiri perhimpunan protes setelah mengetahui mengenainya dalam akhbar Tamil, terutama Malaysia Nanban.

Untuk sumber pendapatan rendah dan berbelanja kecil sepertinya, cukup untuk beliau membuat protes secara tetap.

Sebagai contoh, dia selalu berulang-alik ke pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi melaporkan kecacatan pada flat kos rendahnya itu sejak pertama kali menerima kunci tiga tahun lalu. Namun tidak ada penyelesaian terhadapnya.

"Mereka datang dan mengambil gambar dan kemudian saya tidak dengar apa-apa dari mereka, apa jenis pentadbiran itu?

"Saya juga mempunyai surat daripada Datuk M Saravanan (bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) yang mencadangkan agar saya diberikan satu unit rumah gantian tetapi mereka rasanya tidak mahu memenuhinya," katanya.

Ini juga puncanya Krishnan melakukan aksi membaling selipar yang sama pada Mei tahun ini.

Sebagai pihak yang bergantung kepada bayaran Perkeso setiap bulan, kata Krishnan, dia sepatutnya menerima RM1,100 setiap bulan kerana gajinya sebanyak RM2,200 sebulan ketika bekerja sebagai operator kren sebelum cedera, tetapi Krishnan hanya menerima RM750 sekarang.

"Untuk semua kelemahan kerajaan yang terpaksa kita hadapi, tindakan membaling selipar saya adalah sumbangan saya untuk negara ini, untuk anak-anak saya dan anak-anak mereka yang akan datang.

"Kita perlu menghantar mesej yang kuat kepada kerajaan, dan ini adalah cara saya untuk berbuat demikian," katanya. - TMI

Jumaat, 17 Oktober 2014

Gadis Kantoi Curi Gambar Lelaki Lain dan kata itu sebagai 'BF'nya

MUNGKIN kerana dahagakan kasih sayang atau cemburu kepada teman-teman lain yang sudah mempunyai buah hati, seorang gadis baru-baru ini dengan yakin memuat naik gambar seorang lelaki dilaman sosial, Instagram miliknya yang mungkin ‘dicuri’ dengan kapsyen kononnya lelaki tersebut adalah teman lelaki beliau.

Menerusi kapsyen kepada gambar tersebut, gadis itu dilihat sungguh bahagia dengan percintaannya bersama seorang lelaki bernama, Amar Syazmi dengan mengambarkan kekasihnya itu seorang yang cukup romantik dan sweet.

Bagaimanapun, keterujaan gadis tersebut berkongsi mengenai ‘kekasih hati’ akhirnya memakan diri sendiri apabila kantoi setelah seorang lelaki yang mendakwa pemilik asal gambar tersebut berjaya menghidu dan mengesan perbuatan gadis terbabit.

“Excuse me? This is my photo? I’m not your boyfriend. Please delete this because perhaps your boyfriend is fake. Thank you,” kata lelaki tersebut yang menggunakan nama sebagai, Akbarazman.

Gambar tersebut kini mula menjadi viral di laman sosial yang rata-rata menyindir kelakuan gadis itu dan menyifatkan ia sebagai ‘terdesak’.

Sehingga kini, foto tersebut telah diulang tweet sebanyak 1,957 kali dan disukai lebih 500 orang. - mD

Rabu, 16 Julai 2014

Ini sebabnya kenapa #CDM25 dan Peugeot trending di media sosial

Tadi buka Twitter dan nampak #CDM25 dan Peugeot sedang trending. Apa pasal pulak dua benda serangkai ini menjadi bualan orang ramai especially di media sosial? Kat WhatsApp pun banyak teman yang update..dan gua tertanya kenapa? Akhirnya dapat jawapan selepas terbaca artikel Viral video perempuan mengamuk di FB dan Twitter ini
Wanita pemilik Peugeot CDM25 mengamuk
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menasihatkan pengguna laman sosial supaya jangan menjadi pembuli siber di Facebook dan Twitter. Menurut Khairy di status twitternya, kita boleh mengkritik wanita tersebut namun jangan sampai memalukannya kerana ia menjadikan kita sama seperti wanita tersebut.

Kenyataan Khairy ini berikutan video yang menjadi viral di laman sosial terutamanya di laman Facebook dan Twitter mengenai seorang wanita yang memandu kereta Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM25 bersikap biadap apabila dia memarahi seorang lelaki yang lebih tua darinya selepas kereta mereka terlibat dalam kemalangan.

Kejadian ini dirakam oleh salah seorang pengguna Facebook bernama Jessica Qi yang telah memuat naik video tersebut di Facebook. Kejadian ini berlaku pada Selasa lalu dan dirakam di tempat letak kereta di sebuah pasaraya di Kuantan. Jessica juga memuat naik status yang berbunyi ‘Yesterday at the Kuantan miss captured a very red. You help her’.

Tindakan wanita yang seperti berada dalam keadaan histeria memaki hamun seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina telah mengundang reaksi negatif daripada pengguna di laman sosial. Antara perkataan yang dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya itu adalah seperti “Ini kereta barulah bodoh”, sambil menghentak kereta lelaki yang melanggarnya itu dengan pengunci stereng.

Kebiadaban wanita tersebut juga tidak berhenti setakat itu apabila dia terus melontar kata-kata kurang enak seperti “you are very stupid” dan meminta lelaki itu membayar ganti rugi sebanyak RM2,000. Perlakuan wanita itu kelihatan seperti samseng dan amat memalukan kerana tidak langsung menunjukkan sikap yang baik kepada orang yang lebih tua apatah lagi bila kemalangan tersebut hanya kemalangan kecil.

Tindakannya juga di anggap tidak wajar oleh pengguna di laman sosial kerana di dalam video tersebut menunjukkan lelaki itu telah memohon maaf dan menyatakan hasratnya akan membayar ganti rugi.

Di dalam video itu juga lelaki yang memandu kereta Proton Wira model lama itu mengatakan ‘Saya akan bayar’, kepada wanita tersebut. - freemalaysiatoday




P/s: Terkini, pak cik itu sudah pun memaafkan wanita tersebut dan tidak membuat laporan polis terhadapnya...bravo pakcik...bravo..
'Uncle dah maafkan' kata Siak Heong (via HMetro)


Sabtu, 12 April 2014

Lagi bukti bahawa #selfie memang satu penyakit

Ada kajian menyatakan bahawa orang yang suka ambil gambar selfie, mempunyai masalah mental..hmm...betulkah? Cuba tengok gambar di bawah..

Macam gambar selfie beramai-ramai yang biasa jer kan..Tengok lagi gambar kat bawah

Ianya adalah rakaman gambar selfie tadi tu dari lensa seorang yang berada di atas jambatan..

Apa yang tak kena pula? Sebenarnya, gambar selfie beramai-ramai itu diambil ketika seorang lelaki sedang cuba membunuh diri dengan terjun dari tiang jambatan. Kalau anda tengok betul-betul gambar selfie pertama kat atas, anda boleh saja melihat susuk tubuh seroang lelaki sedang cuba terjun dari tiang jambatan.

Sambil senyum pula tu...kalau orang kat belakang tu betul-betul terjun...entah mereka nak tolong ker tak..kejadian ini berlaku di lebuhraya California. Nasib baik pihak berkuasa pantas bertindak dan berjaya memujuk lelaki itu daripada terjun. Korang boleh baca laporan penuh di Says.com

Kalau sesuatu perkara biasa itu dilakukan secara keterlaluan..memang ada something wrong dengan orang tu..

Isnin, 7 April 2014

Apakah perkara terbaik dalam hidup? Adakah ini?

Selain mencari jalan keredhaan Dia Yang Esa, apakah perkara terbaik dalam hidup yang kita cari selama ini? Saya sangat tertarik dengan kata-kata kat bawah ini yang dikongsikan oleh +Meetville 
The best thing in life is finding someone who knows all your flaws, mistakes, & weaknesses, & still thinks you're completely amazing.
the best thing in life? 
Kita semua mempunyai kelebihan dan kekurangan..so, embrace yourself because you are unique. 

Lagi Info Menarik:

Rabu, 12 Februari 2014

Lelaki ini diejek sebagai 'Harry Potter', apa yang dilakukannya selepas itu memang memberi pengajaran kepada si pembulinya

Betul lah paribahasa ini, 'Ada ubi ada batas, lain kali boleh balas'. Seorang remaja lelaki yang mengalami tekanan emosi selepas dibuli dan diejek sebagai 'Harry Potter', hilang sabar dan kemudiannya menikam dan membelasah para pembulinya.

Ryan Walker, 19, memiliki imej seperti berambut hitam pendek dan memakai kaca mata yang hampir sama dengan watak Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe. Tapi nampaknya, Ryan tidak berapa gemar  apabila disamakan dengan watak tersebut.
Ryan Walker diejek sebagai 'Harry Potter'
Menurut laporan Mirror UK, Ryan telah mengalami tekanan emosi selepas dibuli sejak empat tahun lalu. Apabila dua orang gadis bernama Emma Keeble, 15, dan Leah Pearce, 16, mula mengejeknya, Ryan hilang sabar lalu membelasah mereka.

Ryan telah menikam dan menumbuk muka Leah dengan menggunakan pisau dapur manakala gadis yang seorang lagi disepak sebelum kepalanya dihumbannya ke pagar sambil menjerit "mati, mati"
Leah yang mengalami luka teruk di muka
Serangan ini menyebabkan kedua-dua gadis itu mengalami luka teruk. Mereka memerlukan masa yang lama untuk sembuh dan pastinya serangan itu akan menampakkan kesan luka calar yang berpanjangan.
Emma Keeble dengan kecederaannya
Tindakan Ryan ini memang tidak patut dan membahayakan namun tindakan para pembulinya juga tidak tidak patut dan perlu dibendung dari awal lagi. Padah yang mereka terima hasil daripada membuli memang akan memberi mereka pengajaran. 

Kini Ryan dihukum penjara selama empat tahun setengah selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan orang awam.

Sumber: Mirror

Rasa kasihan pula pada Ryan Walker. Dia melakukannya sebagai tindak balas terhadap penderaan emosi yang dilaluinya sejak empat tahun lalu. Harap agar Ryan mendapat bantuan yang sepatutnya untuk memulihkan emosinya. Dua gadis itu pula cukup bertuah sebab masih hidup...perkara ini menjadi pengajaran untuk kita juga bahawa buli memberi kesan negatif kepada seseorang. Bukan sahaja kepada individu yang dibuli malah juga kepada si pembuli.. Say NO to Bullying 

Jumaat, 31 Januari 2014

Ini dia nasihat paling tepat dari seorang budak 12 tahun bagaimana untuk memahami wanita

Tahukah anda bahawa industri menolong (advice industry) telah menghabiskan berbilion dollar untuk membuat kajian sana sini untuk menilai apakah cara terbaik untuk menangani masalah hubungan sesama manusia. Tidak dinafikan, banyak yang berkesan. Tapi kadangkala ianya tidak lah begitu rumit untuk memahami sesuatu masalah. Dan kadangkala, budak-budak lagi mudah untuk menyelesaikan masalah orang dewasa.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mempunyai nasihatnya sendiri apakah kunci untuk memahami wanita. Bersediakah anda untuk menggali kata-kata hikmat budak ini?


Ok..I dah tak sabar buka...


Then...tadaaa....

Nasihatnya memang mudah..lelaki sukar memahami wanita..memang betul kata budak ini...

(Sumber: elitedaily)


Lagi info menarik:


Selasa, 28 Januari 2014

Mampukah anda lakukan hal sebesar ini kepada ibu bapa anda?


Gua Shijun merupakan seorang lelaki muda teguh yang telah banyak menghadapi pelbagai dugaan berat dalam kehidupan. Kemalangan di tempat kerja menyebabkan ayahnya lumpuh dan tidak dapat berjalan. Shijun menguatkan diri untuk menjaga ayahnya dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Ibunya pula mengalami masalah gangguan mental sejak Shijun masih kecil lagi. Walaupun Shijun menghabiskan banyak masa dengan menjaga ayahnya, dia juga tidak mengalah dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki sebuah universiti terkemuka.

Semasa berada di kolej, Shijun turut membawa bersama ayahnya yang lumpuh. Dia turut menyediakan sebuah katil istimewa untuk ayahnya di bilik asrama.

Datuk dan nenek Shijun pula menjaga ibunya sementara dia menjaga ayahnya. Shijun turut mendapat sokongan padu dari rakan-rakan di kolej.

Shijun membayar yuran kolej serta perbelanjaan lain dengan bantuan keluarga terdekat serta rakan-rakan. Dia juga berjaya mendapatkan biasiswa untuk meringankan beban kewangannya. Namun demikian, bantuan yang diterima hampir-hampir tidak mencukupi. Dia juga melakukan kerja-kerja lain untuk menambah sumber kewangan. Dia tahu bahawa hidup ini bukan mudah namun di kala kita bergelut dengan masalah, masih terdapat harapan. Shijun optimis untuk memperbaiki keadaan kehidupan keluarganya dan yakin segalanya akan menjadi lebih baik selepas dia tamat pengajian.

Sumber: DailyMail UK

Kisah Shijun ini memang satu kisah yang memberi inspirasi kepada kita semua. Kongsikan kisah ini dengan rakan-rakan anda juga.

Lagi info berkaitan:

Ahad, 26 Januari 2014

Kisah benar persahabatan kanak-kanak ini akan buatkan anda terharu

Memang benar pepatah ini, kawan ketawa memang senang didapati..tapi kawan untuk menangis memang sukar ditemui. Umpama sebutir mutiara dalam sejuta pasir di tepi pantai. Kekadang, kita sebagai orang dewasa ini perlu belajar dari cara kanak-kanak bersahabat. Kisah benar persahabatan antara Zac dan Vincent ini pasti akan buatkan anda terharu.

Zac Gossage merupakan seorang kanak-kanak malang yang menghidap penyakit lymphoblastic leukemia, satu penyakit kanser yang melanda sel darah putih.

Walaupun menderita penyakit ini, Zac masih mampu bergelak tawa kerana dia mempunyai seorang sahabat yang sangat mengambil berat tentang dirinya, Vincent.

Ketika Zac mula sakit, Vincent sering berfikir mengenai keadaan sahabatnya itu. Dia sedar bahawa kos untuk merawat Zac adalah sangat tinggi.


Jadi Vincent mendapat beberapa idea untuk membantu rakannya itu. Dia mula berusaha untuk mengumpul dana kewangan untuk membantu meringankan kos rawatan Zac dengan menjual scarf. Vincent berjaya mengumpul sehingga $200.

Bukan setakat itu saja, Vincent turut membotakkan kepalanya sendiri. Katanya, dia tidak mahu Zac merasa pelik atau aneh kerana mempunyai kepala yang tidak berambut.

Apa yang dilakukan oleh Vincent ini sememangnya memberi mesej kepada kita bahawa sahabat sejati merupakan salah satu penyembuh paling mujarab di dalam dunia ini tak kira apa pun penyakit yang kita alami.

Di kala manusia semakin meningkat dewasa, tidak dinafikan memang semakin ramai yang mula mementingkan diri malah ramai yang sanggup 'tikam belakang' kawan baik sendiri. 

Semoga kisah Zac dan Vincent ini memberi kesedaran kepada kita untuk menjadi lebih menghargai dan lebih banyak berbuat baik sesama manusia.

(sumber: ksdk.com) 

Anda nak tengok bagaimana senario cara masyarakat Malaysia bersahabat? lihat lah video penuh dramatik ini..memang best!

Rabu, 8 Januari 2014

1001 Penderaan! Ibu tiri kejam dera anak tiri, siap sumbat cili ke dalam kemaluan

Masih ingat filem Bawang Putih Bawang Merah? (Kredit gambar untuk Zuldeanz)

Ibu tiri medera anak tiri biasanya banyak dilihat dalam kaca televisyen melalui drama dan lakonan. Tapi ironinya, kes ibu dera anak tiri juga banyak berlaku di dunia realiti. Sehinggakan ramai yang cop ibu tiri ini sebagai seorang yang kejam dan tidak penyayang seolah-olah memegang watak antagonis dalam kehidupan sebenar.

Sekiranya anda ada menonton berita Buletin Utama TV3 semalam, ada dilaporan mengenai satu kes penderaan kejam terhadap seorang anak perempuan berusia 11 tahun oleh ibu tirinya. Selain dipukul, anak malang ini diikat kemudian disumbat dengan cili tumbuk ke bahagian kemaluan dan mulutnya. Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung. Dan yang paling sadis lagi apabila ianya dilakukan di depan lima lagi anak lain bersama nenek mereka. Disebabkan sudah uzur, si nenek tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas tidak dapat menahan kesikitan yang teramat sangat, si anak kecil yang didera ini mengadu kepada ibu saudaranya dan laporan polis telah dibuat. TV3 juga melaporan bahawa anak kecil yang didera itu akan diberikan bantuan yang sepatutnya oleh pihak Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.


Kita berharap supaya kes ini disiasat sepenuhnya dan tindakan yang wajar akan dikenakan kepada pihak yang terbabit. Jika dinilai dari segi psikologi pastinya pengalaman pahit ini akan memberi kesan jangka panjang terutamanya kepada anak kecil yang didera itu.

Bukan semua ibu tiri itu jahat malah sebenarnya banyak ibu tiri yang lebih penyayang kepada anak tiri mereka walaupun anak-anak itu bukan anak kandung. Begitu juga sebaliknya dengan ibu kandung. Semuanya bergantung kepada sifat dan sikap seseorang itu. Kalau dah jahat, memang jahatlah orang itu sampai anak sendiri pun di'makan'. Kalau dah baik, memang baiklah orang itu kepada semua orang tanpa mengira 'bulu'.

The moral of the real story is...korang boleh fikir sendiri...ajarlah anakmu cara hidup yang baik, supaya sampai kapan pun, dia akan melakukan hal yang baik-baik. Paling penting, sentiasalah bersandar kepada Dia Yang Esa.

>> Mohon jawatan kosong di Malaysia Airlines di sini
Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Isnin, 6 Januari 2014

1001 Tekanan: Dilema isteri masih dara kerana bersuamikan lelaki gay

Dalam kes-kes macam ni, memang sangat sukar untuk mengubah naluri seorang insan yang memang dari kecil sudah mempunyai kecenderungan terhadap kaum sejenis. Apatah lagi kalau orang itu tiada keinginan untuk berubah. Sebelum perkara macam ini berlaku, ada baiknya kita didik anak dari kecil cara hidup yang betul supaya sampai kapan pun dalam hidupnya, dia akan menjalani hidup di jalan yang benar. Satu lagi pengajaran untuk kita..


AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.


"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir. - SH

>> Mohon Jawatan Kosong di Malaysia Airlines sekarang!
>> Inilah iklan burger king paling kreatif

Selasa, 17 Disember 2013

1001 Penjelasan, Surat Rosmah Mansor untuk pembaca semua

Ini dia surat khas dari Rosmah Mansor..sila sediakan tisu dan kerepek ubi sebelum membaca. Ayatnya memang panjang dan penuh ketelitian... :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurnian majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta


Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011. Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan. Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik. Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan ‘kaku’ dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkarayang tidak masuk akal.
Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.

Keenam: Isu ‘First Lady’

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;
Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Dah habis baca?..ok, sekarang g basuh muka tu...


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 29 November 2013

1001 Kecurangan! Wanita simpanan yang sarat mengandung ganggu majlis kahwin si pengantin lelaki

Kalau anda ni jenis lelaki suka pasang dua tiga empat lima, apakan yang akan anda lakukan kalau perkara sedemikian berlaku? 

Kejadian ini berlaku di kota Shenzen, China. Semasa sedang melangsungkan perkhawinannya, wanita simpanan si pengantin lelaki ini yang tanpa dijemput telah datang ke majlis perkhawinan itu dan terus memarahi dan menyumpah serapah si pengantin perempuan.


Wanita tersebut memakai pakaian ala-ala pengantin dan sedang sarat mengandung. Laporan Metro UK menyatakan bahawa anak dalam kandungan wanita tersebut adalah anak kepada si pengantin lelaki itu. Namun dalam video ini, lelaki itu jelas menafikannya.



Translation, "How do I know whose kid it is? Are you trying to coerce us into buying you a house? Can we afford it?’, kata si lelaki.

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!