Uji Rashid Terkilan, Rasa Diri Diperkotak-katik dalam AJL27 | Boros Di Aralom

Jumaat, 11 Januari 2013

Uji Rashid Terkilan, Rasa Diri Diperkotak-katik dalam AJL27

Uji Rashid
Meskipun kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) semakin reda namun perasaan yang bergolak dalam hati penyanyi, Uji Rashid apabila namanya digugurkan daripada membawakan lagu ciptaan dan dendangan Yuna, Terukir Di Bintang, pada majlis anugerah tersebut nampaknya masih belum reda.

Uji adalah orang pertama yang mengetahui mengenai penarikan diri Yuna daripada AJL27 kerana Yuna sendiri menghubunginya untuk menggantikan dirinya membawa lagu Terukir Di Bintang pada majlis anugerah lagu tersebut.

Ironinya, Uji juga merupakan orang terakhir yang diberitahu tentang pengguguran namanya daripada menyanyikan lagu tersebut.

Bercakap kepada Kosmo!, popular era 1970-an ini berkata beliau berasa terkilan dan merasa apa yang diperlakukan terhadap dirinya adalah satu perkara yang sangat kejam. Tambahan perkara sebegini tidak pernah berlaku lagi ke atas dirinya.

Uji juga menyatakan bukan beliau yang bermasalah. Malah beliau tetap beri komitmen walaupun ketika itu saya tidak sihat. Beliau dimasukkan ke wad selama empat hari tetapi apabila diminta menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, beliau meminta kebenaran doktor untuk keluar hospital.

Jelasnya, pada 2 Januari lalu beliau datang untuk latihan. Sepatutnya pada 4 Januari juga beliau perlu datang untuk latihan penuh tetapi pada 3 Januari, pihak TV3 memintanya datang untuk satu mesyuarat tetapi sebenarnya untuk mengatakan beliau telah digugurkan untuk membawakan lagu itu.

Sedangkan ketika itu, Aizat sudah datang untuk latihan dan pihak media sendiri sudah tahu Aizat menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut. Beliau pula baru diberitahu selepas semua orang sudah tahu. Lantas Uji merasa dirinya seperti diperkotak-katikkan.

Mengulas mengenai dakwaan khabarnya beliau digugurkan kerana ketika latihan atas sebab beliau tidak mampu menyanyi lagu tersebut, Uji berkata,

"Siapa mereka yang boleh menilai saya mampu nyanyi atau tidak. Saya masih boleh menyanyi. Cuma, saya ada beritahu Datuk Ramli MS semasa latihan yang saya baru keluar hospital dan dalam keadaan yang masih lagi belum pulih. Sebagai orang lama dalam industri seni suara, saya sendiri boleh menilai sama ada saya mampu menyanyi atau tidak. Jika saya tidak mampu menyanyi kenapa sehingga kini saya masih lagi dipanggil untuk persembahan". - mD 


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: