Boros Di Aralom: EPL 2013/2014
Memaparkan catatan dengan label EPL 2013/2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EPL 2013/2014. Papar semua catatan

Ahad, 20 April 2014

Rekod tanpa kalah Jose Mourinho di laman sendiri ditamatkan oleh kelab bawahan

Di kala saingan Liga Perdana Inggeris semakin hampir ke kemuncaknya, Chelsea selaku pencabar utama Liverpool pula tercicir 3 mata berharga di laman sendiri selepas ditewaskan oleh kelab bawahan tercorot, Sunderland awal pagi tadi.
Rekod tanpa kalah Mourinho di Stamford Brigde lebur

Kekalahan ini sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah dalam 77 perlawanan di laman sendiri Jose Mourinho selaku pengurus Chelsea. Chelsea tewas 1-2 selepas Sunderlan dihadiahkan sepakan penalti di akhir-akhir perlawanan yang disempurnakan oleh Fabio Borini.

Kekalahan Chelsea ini jelas membuka ruang lebih besar kepada Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris selepas 24 tahun menunggu. Sebelum ini, Sunderland juga turut membantu penguasaan Liverpool di takhta liga selepas mengikat Manchester City minggu lalu.

Seperti musim-musim lepas, pasukan bawahan liga biasanya menjadi Giant Killer apabila tiba penghujung musim kerana mahu selamatkan diri dari tersingkir turun ke liga Championship. Jadi tidak hairanlah kenapa pasukan bawahan boleh menewaskan pasukan atasan dengan mengejut. Bak kata Alex Ferguson, "football....bloody hell"..

Anyway, rekod Mourinho itu juga sudah pasti menjadi sesuatu yang sangat sukar ditandingi oleh mana-mana pengurus especially di EPL. 

Liverpool fans... You'll Never Walk Alone..this season is ours..still not confirmed but almost certain..hehe

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Selasa, 3 September 2013

(EDISI EPL) Moyes ikat Fellaini untuk kali kedua...special sangat ker budak ni??

Moyes bersama Fellaini
Jika dinilai dari persembahannya ketika bersama Everton, maka tidak perlu dipersoalkan lagi kenapa David Moyes mengikat Marouane Fellaini buat kali kedua. Kali ini untuk bermain dengan pasukan bimbingan barunya, Manchester United.

Berikut komen Moyes terhadap pemain kegemarannya itu, " Bagi saya, Fellaini merupakan pemain tengah terbaik di Liga Perdana dalam beberapa musim ini. Jika dia boleh berkembang lagi di United, maka kami pastinya memiliki pemain yang sangat bagus di dalam pasukan kami".

Antara keistimewaan Fellaini yang juga merupakan pemain kebangsaan Belgium ialah dia boleh bermain banyak posisi di bahagian tengah malah memiliki kualiti teknikal yang sangat bagus. 

P/s: Dah konfirm, Gareth Bale akan ke Real Madrin...rekod baru perpindahan iaitu 100juta euro...wow!! kalah Cristiano Ronaldo..

Selasa, 27 Ogos 2013

(EDISI EPL) Mourinho tersenyum lebar pulak...United Chelsea berkongsi mata

Keputusan seri 0-0 antara Manchester United dan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam bukanlah suatu yang boleh menggembirakan pengurus United, David Moyes. Keputusan ini jelas memberi kelebihan kepada Chelsea yang pasti akan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri pada pertemuan kedua mereka kelak..untuk rekod, Chelsea tidak pernah tewas di laman sendiri semasa dikendalikan oleh Mourinho dulu...eerr, betul tak fakta ni?

Senyuman manis Mourinho
Tapi tak pe lah...yang penting mereka berkongsi mata..sebagai peminat bola sepak, gua hanya kecewa sebab tak dapat syok sendiri tengok sebarang jaringan dalam perlawanan yang dianggap clasico EPL...tak kira lah itu jaringan dari Chelsea atau United...yang penting dapat tengok gol...bukan kah itu yang paling best dalam bola sepak..hohoho..

Chelsea masih lagi mengungguli takhta liga EPL dengan 7 mata dalam 3 perlawanan manakala United mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan..

Lepas ini Manchester United akan bertandang ke Liverpool...kita tengok adakah Liverpool dapat mengekalkan momentum kemenangan mereka pada awal musim ini...Chelsea pulak akan bertemu Everton, pasukan peninggalan Moyes tu..