Boros Di Aralom: Edisi Bola Sepak
Memaparkan catatan dengan label Edisi Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Bola Sepak. Papar semua catatan

Rabu, 12 November 2014

Anak David Beckham, Brooklyn Wakili Arsenal

BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.

Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.

Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.

Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.

Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.

Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.

David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.

Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal. - mstar

Isnin, 12 Mei 2014

Gerard dipermainkan lagi oleh peminat Manchester United

Semalam Manchester City baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris untuk kali kedua dalam tempoh tiga musim. Kalau anda adalah peminat Liverpool, ianya pasti pahit untuk ditelan kerana penantian selama 24 tahun nampaknya terus bertambah.

Maka dengan itu, tidak hairanlah kalau ada peminat Manchester United yang ambil kesempatan untuk troll pasukan Liverpool especially kapten mereka, Steven Gerard. Semalam, ada satu kapal terbang kecil telah melalui Anfield sambil membawa banner bertulis 'Manchester United 20 - Gerard 0' 

Inilah yang dinamakan... tak sedar diri. Dah lah next season tak dapat masuk Champions League...oh, lupa..Liga Europa pun tak masuk..hohohoho

Gua tak tahu lah...gua ni peminat tegar United tapi entah macam mana sekarang tetiba jatuh hati dengan Liverpool pula... #YNWA

Nak sokong City, tak best sebab dorang suka guna kuasa wang...and yes, money really can buy you trophies..but not the fans' heart...

Ahad, 27 April 2014

Kemenangan pertama buat Giggs selaku pengurus Manchester United

Ryan Giggs memulakan tugas sebagai pengurus sementara Manchester United menggantikan David Moyes dengan baik apabila berjaya mengalahkan Norwich City 4-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Gol United dijaringkan oleh Wayne Rooney dan Juan Mata yang masing-masing menjaringkan dua gol. Jaringan sebesar itu jelas membuatkan pengurus yang juga pemain United itu bangga dengan rakan-rakan sepasukannya. Katanya, "Saya rasa saya tinggi 10 kaki, sangat bangga".
Ryan Giggs sebagai pengurus sementara United
Sekirannya Giggs dapat membantu United mempamerkan prestasi konsisten sehingga akhir musim liga perdana Inggeris ini yang hanya berbaki dua perlawanan, mungkin dia boleh saja diserap terus menjadi pengurus United. Namun sudah ada desas desus yang mengatakan bahawa kerusi panas itu bakal diisi oleh Louis Van Gaal yang kini sedang mengurus pasukan kebangsaan Belanda.


So..mungkin musim depan, United bakal bershoping sakan untuk membeli pemain berkualiti. Dengar kata, Lionel Messi dah ada dalam senarai..tapi tak pasti nak beli ker tak..huhu
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Isnin, 21 April 2014

'Malaikat Maut' datang lagi beri amaran kepada Moyes di Everton

Jika sebelum ini 'malaikat maut' datang mengunjungi Moyes di Old Trafford, semalam pula 'malaikat maut' atau Gream Reaper datang memberi amaran kepada Moyes di Goodison Park ketika Manchester United menentang Everton. Dalam perlawanan liga perdana Inggeris semalam, Everton menang 2-0.
Gream Reaper di belakang Moyes beri amaran

Memang jelas bahawa kedatangan semula Moyes ke laman tempat kelab lamanya bermain itu tidak dialu-alukan oleh peminat Everton selepas Moyes turut diboo. Apalah nasib Moyes lepas ni yer...

Dalam perlawanan lain, Liverpool semakin hampiri kejuaraan liga EPL selepas menumpaskan Norwich di tempat lawan dengan jaringan 2-3. Liverpool kini selesa berkelebihan lima mata di persada liga selepas Chelsea tewas mengejut 1-2 kepada Sunderlan malam semalam.

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Ahad, 20 April 2014

Rekod tanpa kalah Jose Mourinho di laman sendiri ditamatkan oleh kelab bawahan

Di kala saingan Liga Perdana Inggeris semakin hampir ke kemuncaknya, Chelsea selaku pencabar utama Liverpool pula tercicir 3 mata berharga di laman sendiri selepas ditewaskan oleh kelab bawahan tercorot, Sunderland awal pagi tadi.
Rekod tanpa kalah Mourinho di Stamford Brigde lebur

Kekalahan ini sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah dalam 77 perlawanan di laman sendiri Jose Mourinho selaku pengurus Chelsea. Chelsea tewas 1-2 selepas Sunderlan dihadiahkan sepakan penalti di akhir-akhir perlawanan yang disempurnakan oleh Fabio Borini.

Kekalahan Chelsea ini jelas membuka ruang lebih besar kepada Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris selepas 24 tahun menunggu. Sebelum ini, Sunderland juga turut membantu penguasaan Liverpool di takhta liga selepas mengikat Manchester City minggu lalu.

Seperti musim-musim lepas, pasukan bawahan liga biasanya menjadi Giant Killer apabila tiba penghujung musim kerana mahu selamatkan diri dari tersingkir turun ke liga Championship. Jadi tidak hairanlah kenapa pasukan bawahan boleh menewaskan pasukan atasan dengan mengejut. Bak kata Alex Ferguson, "football....bloody hell"..

Anyway, rekod Mourinho itu juga sudah pasti menjadi sesuatu yang sangat sukar ditandingi oleh mana-mana pengurus especially di EPL. 


Liverpool fans... You'll Never Walk Alone..this season is ours..still not confirmed but almost certain..hehe

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Jumaat, 21 Mac 2014

Gambar 'malaikat maut' datang ke Old Trafford untuk beri amaran kepada Moyes

Malaikai maut atau lebih dikenali sebagai 'Gream Reaper' dilaporkan datang ke Old Trafford malam semalam untuk memberi amaran 'maut' kepada pengurus United, David Moyes. 
Gream Reaper datang ke United
Nasib baik United bangkit dari defisit 2-0 untuk mengatasi Olimpiakos 3-0 dalam saingan Liga Juara Eropah. Jadi, Moyes nampaknya terselamat dari Gream Reaper setakat ini. Tapi kalau Manchester United tewas lagi kepada West Ham dan Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris seterusnya, maka bersedialah 'dikuburkan' di Old Trafford...hohoho

Sumber: Oddball

Khamis, 6 Mac 2014

Padang bola paling gagal..bola sepak kampung sebenar di Eropah

Kalau padang ini digunakan setakat untuk bermain bola kampungan, well, no problem. Tapi kalau ia digunakan dalam perlawanan liga, then memang akan ada masalah..padang bola paling gagal di Eropah.


Kalau garisan tepi padang dah bengkang bengkok, maka tak hairanlah juga kalau garisan petak penalti pun bengkang bengkok. Padang bola ini merupakan salah satu padang rasmi sebuah pasukan dalam liga bawahan di Romania.

Nampaknya, pengadil perlawanan akan mengalami masalah kalau nak decide sepakan penalti kelak.

Sumber: Metro UK

Ahad, 22 Disember 2013

1001 Keresahan! Mat Yo masuk hospital kerana denggi

Semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali bermain bola sepak seperti biasa. Tak kira anda ni penyokong bola sepak atau bukan, marilah sama-sama doakan kesihatan beliau supaya cepat sembuh.

PENYERANG Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo dilaporkan berada di hospital kerana disyaki menghidap demam denggi.

Memetik Facebook Johor Darul Takzim FC, suhu badan Mat Yo dilaporkan sangat tinggi. - SH


Ahad, 24 November 2013

1001 Goodbye! Selamat tinggal Rajagobal, era anda sudah berakhir

Selepas beberapa siri keputusan kurang memuaskan perlawanan bola sepak antarabangsa yang disertai oleh skuad Harimau Malaya , ditambah lagi dengan kekecewaan gagal ke Piala Asia 2015, akhirnya teka teki sama ada malanjutkan atau tidak kontrak jurulatih kebangasaan, Datuk K Rajagobal, terjawab juga. FAM tidak akan melanjutkan kontrak beliau yang berakhir bulan depan. Bacalah laporan Harian Metro ini.

K.Rajagobal
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak akan melanjutkan kontrak ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang bakal tamat 31 Disember ini.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan, keputusan itu selepas ahli Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing Harimau Malaya pada 2009. 
"FAM ingin merakamkan penghargaan kepada Rajagobal di atas sumbangannya terhadap negara selama ini.

"Beliau sudah menyumbang kejayaan kepada negara namun kita memikirkan untuk mencari pengganti yang boleh membawa kita ke tahap lebih baik," kata Subahan.

Sementara mendapatkan pengganti, FAM bersetuju melantik jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali sementara Harimau Malaya.


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Selasa, 8 Oktober 2013

Indra Putra kena ugut bunuh di Facebook

Nampaknya ada penyokong tegar yang kurang puas hati dengan Indra Putra kerana dikatakan terlepas dari dikenakan kad selepas menyiku Mat Yo. Laporan yang dipetik dari mysumber

Pertembungan dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia antara skuad “The Red Warrios” menentang “Harimau Selatan” di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tempoh hari sehingga kini masih menjadi bahan bualan dan sindiran peminat bola sepak tempatan di laman sosial
Ini gara-gara berlaku beberapa insiden semasa perlawanan yang dianggap “panas” itu.

Turut menerima tempiasnya adalah tonggak utama pasukan Kelantan, Indra Putra yang diancam bunuh menerusi satu entri status yang ditulis di laman sosial Facebook.

Mengenai status ugutan itu, ia ditulis oleh pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Boy Nazrie dalam kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh Indra Putra dan juga pengadil perlawanan pada malam itu.

Berdasarkan tinjauan di Facebook, individu terbabit membuat kenyataan berunsur ugutan itu ekoran tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang Johor Darul Takzim  (JDT) Norshahrul Idlan Talaha ,sehingga menyebabkan hidung pemain itu berdarah dan terpaksa diberikan rawatan

Sementara itu, perkara ini turut mendapat perhatian daripada akhbar media perdana walaupun ugutan terhadap Indra Putra itu disifatkannya sebagai gurauan semata-mata oleh sesetengah pihak

Selasa, 24 September 2013

Buat baik dibalas baik! Pemain bola jaringkan gol selepas selamatkan seekor rama-rama

Dia mungkin bukanlah seorang pemain tengah yang dikenali. Tetapi bintang Iran ini, Andranik Teymourian, telah menunjukkan sifat belas kasihannya terhadap haiwan di atas padang bola dan perbuatannya itu dibalas baik serta merta. Bagaimana?


Teymourian pernah menyarung jersi Bolton dan Fulham tetapi kini dia sudah kembali ke negaranya untuk bermain dengan kelab tempatan Esteghlal.

Semasa perlawanan menentang Buriram United dalam Liga Juara Asia, dia menyelamatkan seekor rama-rama yang sedang berada di atas padang yang berisiko untuk dipijak pemain. Dia menggenggam dengan lembut rama-rama tersebut dan kemudiannya melepaskan serangga tersebut ke luar padang. 

Sejak akhir-akhir ini, dia sangat sukar untuk menjaringkan gol. Tetapi selang beberapa minit sahaja selepas menyelamatkan rama-rama tersebut, Teymourian berjaya menjaringkan gol cantik dari jarak jauh dan sekaligus membantu pasukannya mara ke separuh akhir.


Inilah hukum karma. Buat baik dibalas baik! Anda boleh tengok jaringan cantik Teymourian itu di Youtube.




Khamis, 19 September 2013

(EDIS WTF) Pemain pertahanan pengsan selepas dikenakan kad merah

Pemain pertahanan FC Groningen, Timo Letschert, menerima kad merah selepas yang mengasari pemain Heerenven. Begitu panik selepas diberi kad merah, dia terus pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh paramedik.

Selasa, 17 September 2013

(EDISI WTF) Taktik bola sepak yang pelik tapi boleh hasilkan gol serta merta

Taktik pelik bola sepak?
Biasanya kalau kita tengok kick-off dalam perlawanan bola sepak, semua permain akan berada dalam posisi mereka masing-masing. Kedudukan posisi paling banyak digunakan ialah 1- 4-4-2. Tapi, pernahkah anda melihat kedudukan pelik seperti 1-2-0-8 ??? Di mana, semua lapan pemain lain maju ke depan menyerang dan hanya dua pemain yang akan tinggal di bahagian defence untuk membantu goalkeeper mereka...jangan hairan, taktik ini sangat berkesan dan boleh menghasilkan gol serta merta...tak percaya? tengok video kat bawah...hohoho

Kalau Video tak jalan...boleh tengok kat Youtube

(EDISI BOLA) Liverpool puas hati sekadar seri dengan Swansea




Awal pagi tadi, Swansea berjaya mengikat Liverpool 2-2 sehingga masa tamat dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Jaringan Liverpool dijaringkan oleh Daniel Sturridge seawal minit ke-4 dan gol kedua dijaringkan oleh Victor Moses (36). Gol-gol Swansea pula dijaringkan oleh Jonjo Shelvey (2) dan Michu menyamakan kedudukan pada minit ke 64.


Brendan Rodgers dalam sidang medianya berkata, "Mendapat satu mata dalam perlawanan ini bagus untuk kami. Dalam 65 minit pertama, kami sangat bagus mengawal bola. Kami menunjukkan karekter yang baik untuk mendahului dari ketinggalan pada awal perlawanan. Kami datang ke sini untuk mengekalkan rentak kemenangan tetapi ia sangat penting bila anda tidak menang, anda jangan kalah". Keputusan ini mengekalkan Liverpool sebagai pendahulu liga.


Nampaknya, Liverpool puas hati juga dengan keputusan semalam ini. Yang penting, tidak kalah...hohoho

Ahad, 15 September 2013

(EDISI BOLA) Chelsea tewas...Malaysia menang..sekian

Sejak Moyes jadi pengurus MU, gua dah tak yakin dengan MU..walaupun semalam MU menang..sebab tu gua mula berjinak nak abadikan Chelsea sebagai favorite team..sebab apa? sebab Mourinho dah balik ke Chelsea...my favorite coach and manager...kalau gua main game manager...gua pilih Mourinho...actually, MU pun masih favorite juga...dua team ni lah favorite gua..Liverpool pun gua suka..Manchester City pula? gua harap tersingkir musim ini...hohohoho
Debut Eto'o untuk Chelsea menentang Everton
Tapi semalam, gua patah hati sebab Chelsea kalah dengan Everton 1-0 walaupun menguasai permainan..tapi tak pe, musim Liga Perdana Inggeris masih awal lagi..baru je 4 perlawanan...bagi lah si Eto'o tu masa untuk keserasian dengan pemain lain yer..
Morinho dan staf Chelsea


Dan lagi satu, Malaysia menang Pesta Bola Merdeka 2013 mengalahkan Myanmar 2-0 semalam...tahniah Harimau Muda dan tahniah Ong Kim Swee...lepas ni, pertahankan Emas Sukan SEA pula...

Sabtu, 14 September 2013

(EDISI BOLA) Ada sesuatu yang aneh di kepala Rooney ketika menentang Crystal Palace..apakah benda tu?

Manchester United kembali dalam rentak kemenangan selepas membenam Crystal Palace 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Gol United dijaringkan oleh Van Pesie melalui sepakan penalti pada minit terakhir masa pertama manakala gol kedua dijaringkan oleh Wayne Rooney pada minit ke-81.

Pasti ramai yang menonton perlawanan tersebut dan mesti ada yang tertanya-tanya apakah benda yang dipakai Rooney di kepalanya itu? Banda hitam yang dililit di kepala Ronney itu sebenarnya adalah pelindung kepada anak-anak rambut yang mulai tumbuh. Sebelum ini, Rooney pernah membuat pembedahan di bahagian kepala pada bulan Jun lalu kerana mengalami masalah keguguran rambut. Dalam permbedahan itu, doktor telah menanam anak-anak rambut di kepala Rooney yang membotak walaupun usianya belum mencapai 30an.




Jadi itu lah sebabnya kenapa Rooney perlu memakai alat pelindung kepala dalam perlawanan dengan Crystal Palace tadi tu...kepada peminat MU, jangan risau, Rooney tidak mengalami kecederaan kepala buat masa sekarang...saja nak cantikkan kepalanya yang dah nak botak...hohoho..

Rooney memakai alat pelindung kepala



Selasa, 3 September 2013

(EDISI EPL) Moyes ikat Fellaini untuk kali kedua...special sangat ker budak ni??

Moyes bersama Fellaini
Jika dinilai dari persembahannya ketika bersama Everton, maka tidak perlu dipersoalkan lagi kenapa David Moyes mengikat Marouane Fellaini buat kali kedua. Kali ini untuk bermain dengan pasukan bimbingan barunya, Manchester United.

Berikut komen Moyes terhadap pemain kegemarannya itu, " Bagi saya, Fellaini merupakan pemain tengah terbaik di Liga Perdana dalam beberapa musim ini. Jika dia boleh berkembang lagi di United, maka kami pastinya memiliki pemain yang sangat bagus di dalam pasukan kami".

Antara keistimewaan Fellaini yang juga merupakan pemain kebangsaan Belgium ialah dia boleh bermain banyak posisi di bahagian tengah malah memiliki kualiti teknikal yang sangat bagus. 






P/s: Dah konfirm, Gareth Bale akan ke Real Madrin...rekod baru perpindahan iaitu 100juta euro...wow!! kalah Cristiano Ronaldo..

(EDISI EPL) Moyes ikat Fellaini untuk kali kedua...special sangat ker budak ni??

Moyes bersama Fellaini
Jika dinilai dari persembahannya ketika bersama Everton, maka tidak perlu dipersoalkan lagi kenapa David Moyes mengikat Marouane Fellaini buat kali kedua. Kali ini untuk bermain dengan pasukan bimbingan barunya, Manchester United.

Berikut komen Moyes terhadap pemain kegemarannya itu, " Bagi saya, Fellaini merupakan pemain tengah terbaik di Liga Perdana dalam beberapa musim ini. Jika dia boleh berkembang lagi di United, maka kami pastinya memiliki pemain yang sangat bagus di dalam pasukan kami".

Antara keistimewaan Fellaini yang juga merupakan pemain kebangsaan Belgium ialah dia boleh bermain banyak posisi di bahagian tengah malah memiliki kualiti teknikal yang sangat bagus.  






P/s: Dah konfirm, Gareth Bale akan ke Real Madrin...rekod baru perpindahan iaitu 100juta euro...wow!! kalah Cristiano Ronaldo..

Khamis, 29 Ogos 2013

(EDISI RITUAL) Acara korban kambing oleh Shakter Karagandy sebelum perlawanan Liga Juara Eropah buatkan aktivis haiwan tidak dapat duduk diam

Dalam perlawanan timbal balik plaf off Liga Juara-juara Eropah, Shakter Karagandy telah membuat satu ritual penyembelihan kambing biri-biri (acara korban) yang juga merupakan amalan biasa di Kazakhstan sebelum memulakan perlawanan bola sepak...pengurus Shakter bercadang untuk meneruskan ritual tersebut dalam perlawanan kedua dengan pasukan Scotland, Celtic, namun mendapat tentangan hebat dari aktivis haiwan Scotland.
Kambing biri biri untuk korban
Kumpulan aktivis PETA meluahkan kemarahan mereka dan telah menghantar surat kepada presiden UEFA, Michel Platini, supaya memberi hukuman kepada Shakter.

Walaubagaimanapun, Celtic tidak mempunyai halangan terhadap ritual tersebut. Yang pasti, jika ritual tersebut diadakan oleh pasukan Shakter, mereka perlu mengadakannya di luar kawasan Celtic Park.

Dalam perlawan pertama kelayakan Liga Juara Eropah, Shakter berjaya menumpaskan Celtic 2-0. - News TV

Selasa, 27 Ogos 2013

(EDISI EPL) Mourinho tersenyum lebar pulak...United Chelsea berkongsi mata

Keputusan seri 0-0 antara Manchester United dan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam bukanlah suatu yang boleh menggembirakan pengurus United, David Moyes. Keputusan ini jelas memberi kelebihan kepada Chelsea yang pasti akan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri pada pertemuan kedua mereka kelak..untuk rekod, Chelsea tidak pernah tewas di laman sendiri semasa dikendalikan oleh Mourinho dulu...eerr, betul tak fakta ni?

Senyuman manis Mourinho
Tapi tak pe lah...yang penting mereka berkongsi mata..sebagai peminat bola sepak, gua hanya kecewa sebab tak dapat syok sendiri tengok sebarang jaringan dalam perlawanan yang dianggap clasico EPL...tak kira lah itu jaringan dari Chelsea atau United...yang penting dapat tengok gol...bukan kah itu yang paling best dalam bola sepak..hohoho..

Chelsea masih lagi mengungguli takhta liga EPL dengan 7 mata dalam 3 perlawanan manakala United mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan..

Lepas ini Manchester United akan bertandang ke Liverpool...kita tengok adakah Liverpool dapat mengekalkan momentum kemenangan mereka pada awal musim ini...Chelsea pulak akan bertemu Everton, pasukan peninggalan Moyes tu..