Rekod tanpa kalah Jose Mourinho di laman sendiri ditamatkan oleh kelab bawahan | Boros Di Aralom

Ahad, 20 April 2014

Rekod tanpa kalah Jose Mourinho di laman sendiri ditamatkan oleh kelab bawahan

Di kala saingan Liga Perdana Inggeris semakin hampir ke kemuncaknya, Chelsea selaku pencabar utama Liverpool pula tercicir 3 mata berharga di laman sendiri selepas ditewaskan oleh kelab bawahan tercorot, Sunderland awal pagi tadi.
Rekod tanpa kalah Mourinho di Stamford Brigde lebur

Kekalahan ini sekaligus mengakhiri rekod tanpa kalah dalam 77 perlawanan di laman sendiri Jose Mourinho selaku pengurus Chelsea. Chelsea tewas 1-2 selepas Sunderlan dihadiahkan sepakan penalti di akhir-akhir perlawanan yang disempurnakan oleh Fabio Borini.

Kekalahan Chelsea ini jelas membuka ruang lebih besar kepada Liverpool untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris selepas 24 tahun menunggu. Sebelum ini, Sunderland juga turut membantu penguasaan Liverpool di takhta liga selepas mengikat Manchester City minggu lalu.

Seperti musim-musim lepas, pasukan bawahan liga biasanya menjadi Giant Killer apabila tiba penghujung musim kerana mahu selamatkan diri dari tersingkir turun ke liga Championship. Jadi tidak hairanlah kenapa pasukan bawahan boleh menewaskan pasukan atasan dengan mengejut. Bak kata Alex Ferguson, "football....bloody hell"..

Anyway, rekod Mourinho itu juga sudah pasti menjadi sesuatu yang sangat sukar ditandingi oleh mana-mana pengurus especially di EPL. 


Liverpool fans... You'll Never Walk Alone..this season is ours..still not confirmed but almost certain..hehe

Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Tiada ulasan: