(EDISI EPL) Mourinho tersenyum lebar pulak...United Chelsea berkongsi mata | Boros Di Aralom

Selasa, 27 Ogos 2013

(EDISI EPL) Mourinho tersenyum lebar pulak...United Chelsea berkongsi mata

Keputusan seri 0-0 antara Manchester United dan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam bukanlah suatu yang boleh menggembirakan pengurus United, David Moyes. Keputusan ini jelas memberi kelebihan kepada Chelsea yang pasti akan menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri pada pertemuan kedua mereka kelak..untuk rekod, Chelsea tidak pernah tewas di laman sendiri semasa dikendalikan oleh Mourinho dulu...eerr, betul tak fakta ni?

Senyuman manis Mourinho
Tapi tak pe lah...yang penting mereka berkongsi mata..sebagai peminat bola sepak, gua hanya kecewa sebab tak dapat syok sendiri tengok sebarang jaringan dalam perlawanan yang dianggap clasico EPL...tak kira lah itu jaringan dari Chelsea atau United...yang penting dapat tengok gol...bukan kah itu yang paling best dalam bola sepak..hohoho..

Chelsea masih lagi mengungguli takhta liga EPL dengan 7 mata dalam 3 perlawanan manakala United mengumpul 4 mata dari 2 perlawanan..

Lepas ini Manchester United akan bertandang ke Liverpool...kita tengok adakah Liverpool dapat mengekalkan momentum kemenangan mereka pada awal musim ini...Chelsea pulak akan bertemu Everton, pasukan peninggalan Moyes tu..


Tiada ulasan: