Boros Di Aralom: Edisi Karier
Memaparkan catatan dengan label Edisi Karier. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Karier. Papar semua catatan

Ahad, 16 Februari 2014

Persediaan Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014

Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014 sudah bermula di seluruh negara sejak 8 Februari hingga 01 Mac 2014 ini. Ada empat jawatan yang ditawarkan oleh Poslaju iaitu Kerani, Kurier, Operator, dan Pekerja Sambilan. Berikut adalah jadual tarikh temuduga terbuka jawatan kosong di Poslaju seluruh Malaysia.

Bagi anda yang ada menghadiri temuduga terbuka ini, saya sangat pasti ramai yang kurang puas hati dan pulang dengan hampa. Sebab apa...yang datang bukan kepalang...beribu-ribu..kat Sarawak, saya dengar sampai 10 ribu..bacalah entri di blog Saharol ni..kat Sabah, saya sendiri pergi tengok..waduh, penuh sesak kat Job Center Malaysia (JMC) cawangan Sabah. Sampai ada yang pengsan..agaknya lebih 5ribu juga sebab dua tingkat penuh orang berbaris. Bukan sekadar barisan panjang, lebarnya pun panjang. Sampai orang yang nak shoping kat Wawasan Plaza pun naik bengang dengan kesesakan.

Bagi yang berhasrat nak datang ke Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014, eloklah buat persedian awal seperti berikut:-

1. Sediakan resume. Bagi yang berkelulusan lebih tinggi dari SPM seperti STPM, Diploma, dan Ijazah, sila buat resume anda setakat kelulusan SPM saja. Sebab jawatan kosong yang ditawarkan hanya memerlukan kelulusan SPM saja. Dan lebih baik kalau sediakan dua resume. Satu, yang setakat SPM dan satu lagi yang complete dengan semua kelulusan yang ada. Mana tau korang bertuah kena panggil temuduga on the spot. Biasanya kalau dah ramai sampai ribu-ribu yang datang, mereka hanya akan minta resume saja. Hantar yang setakat SPM. Kalau bernasib baik, mereka akan panggil untuk temuduga.

2. Sila sarapan terlebih dahulu. Barisan memang panjang dan lebar. Kalau tempat untuk temuduga itu sempit macam kat JMC Sabah, memang pack dan panas sampai ada yang pengsan.

3.  Untuk persiapan temuduga, mereka akan tanya soalan-soalan cepumas seperti latar belakang, kenapa perlu hire korang, apa kelebihan dan kelemahan diri, siapa menteri kabinet, dan lain-lain lagi. Boleh dapatkan tips lanjut mengenai temuduga poslaju Malaysia ini di blog Elly yang memang dah datang sendiri kat temuduga tu.

4. Pastikan pakaian anda adalah kemas dan sopan. 
Ini temuduga terbuka poslaju kat Kelana Jaya

So, kepada anda yang sudah menghadiri temuduga terbuka untuk jawatan kosong poslaju Malaysia ini, semoga berjaya. Bagi yang tak berjaya, memang dah bukan rezeki. Mungkin rezeki ada di tempat lain. Dan kepada Poslaju Malaysia, lain kali tak payah buat open interview, biar pemohon mohon secara online. Kalau dah nampak awal-awal beribu yang bersesak berbaris depan JMC tu, umumkan lah awal-awal yang pemohon hanya perlu hantar resume saja. Ini dah berbaris bersesak sampai tiga jam, baru nak umum..haih!!

P/s: Saya terpaksa tunggu abang yang berbaris lebih empat jam yang akhirnya diumumkan hanya perlu hantar resume saja..buang karan betul..ada pulak tu datang jauh dari Tawau Sabah semata-mata untuk interview poslaju ini...bukan menyalahkan sesiapa, hanya untuk menyedarkan diri ini bahawa mencari pekerjaan sekarang memang payah..so, kena teruskan usaha dan sabar..bagi yang berjaya, bekerjalah dengan penuh dedikasi.

Lagi Info menarik:-






Sabtu, 26 Oktober 2013

10 Sebab kenapa ramai graduan masih menganggur di Malaysia


Sehingga Ogos lalu, statistik dari Kementerian Sumber Manusia menunjukkan lebih 200,000 graduan lepasan ijazah tidak mempunyai pekerjaan dan ianya adalah 3% dari jumlah pengangguran di Malaysia.


Kenapa begitu ramai graduan yang masih menganggur? Berikut adalah antara 10 sebab kenapa masih ramai yang menganggur :-

1. Kurang pengalaman kerja.
2. Too demanding atau mau gaji lebih.
3. Kurang mahir berbahasa Inggeris.
4. Tanggungjawab terhadap keluarga bagi graduan yang dah berkhawin.
5. Masalah kesihatan
6. Kerja yang ditawarkan tidak sesuai dengan diri (terlalu memilih)
7. Takut berhadapan dengan persekitaran alam pekerjaan.
8. Tidak berminat untuk bekerja. Mungkin dah ada bisnes sendiri.
9. Menunggu peluang untuk menyambung pelajaran
10. Memilih untuk tidak bekerja. Dia ni anak jutawan kot..


Oh ya, kalau anda duduk dekat-dekat area Universiti Teknologi Mara Shah Alam, eloklah datang ke pameran Talent Corp SFCF pada 12 dan 13 November terutama kepada mereka yang mahu cari pekerjaan. Boleh datang interview on the spot. Dan lebih baik bawa resume bersama.



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Khamis, 24 Oktober 2013

5 Kesilapan yang selalu orang buat ketika di awal alam pekerjaan

Anda dah dapat kerja? tahniah dan diharap agar anda menyukai pekerjaan anda itu dan mula bekerja dengan tekun. Namun untuk kebanyakkan pekerja yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan, anda perlu berusaha juga untuk mengelakkan beberapa kesilapan berikut jika mahukan yang terbaik dalam kareer anda.


1. Takut untuk bersuara
Tak kisahlah ianya tentang kenaikkan  pangkat, kenaikan gaji, atau sekadar mahu memberi pendapat, adalah penting untuk anda berdiri dan mempertahankan suara anda di pejabat. Semakin banyak keyakinan diri yang anda ada, semakin baik pengaruh yang anda dapat dari teman-teman sekerja. Cuma perlu ingat, lakukannya dalam cara yang penuh profesionalisme.

2. 'Curi tulang'
Mungkin anda seringkali berfikir bahawa orang di sekeliling tidak peduli atau tidak melihat apa yang anda buat sepanjang hari di meja pejabat lebih-lebih lagi jika kerja anda itu jenis yang mudah diperhatikan. Jadi adalah penting untuk menghadkan masa anda buat benda-benda yang tidak related dengan pekerjaan seperti melayari Facebook dan berchating dengan kawan-kawan lama. Mungkin bos anda nampak seperti relaks saja melihat kelibat anda itu, tapi bos anda itu mungkin tidak akan menghargai pekerjanya yang selalu curi tulang.

3. Cara berpakaian yang kurang sesuai
Kadangkala, para pekerja muda seringkali mengambil remeh perkara ini. Salah satu benda yang boleh membantu atau membebankan anda ialah cara anda mempersembahkan diri. Jangan terlalu ikut kepala otak sendiri dari segi berpakaian. Mungkin anda rasa berpakaian kasual itu menyelesakan anda di pejabat namun ianya tidak bagi teman sepejabat dan mungkin juga bos anda. Kalau mahu kerja serius, jadi buat lah secara serius termasuk cara berpakaian. Ikuti etika berpakaian yang telah disediakan majikan.

4. Tidak membina rangkaian (networking)
Ya, bekerja keras dan berdedikasi dengan tugas sangat penting untuk berjaya dalam kareer. Tetapi hubungan profesional juga tidak kurang pentingnya jika anda mahu dinaikkan pangkat dengan mudah. Banyak orang muda yang takut untuk membina rangkaian. alah satu cara mudah untuk memulakannya ialah dengan mencari teman sekerja yang dah lama berkhidmat dan kemudiannya menjadikan dia sebagai career guidance anda.

>> Nikmati coklat Magnum yang makin kecil ni..tengoklah..

5. Bergosip di pejabat
Mungkin ianya salah satu cara membina rangkaian juga tetapi elak dari bergosip terutamanya di kalangan pekerja pejabat. Mungkin anda mengata rakan sepejabat yang lain dan kemudian membina kumpulan tertentu di pejabat. Itu adalah habit yang perlu dihindari kerana suatu masa kelak ia akan menyukarkan kerja anda. Kalau pekerja lain datang kepada anda dan bergosip atau sering komplen pasal kerja, ya, anda boleh sertai tapi jadilah neutral.

6. Datang lambat ke pejabat
Bila perwatakan dah kemas, kerja pun serius, tapi tetiba datang lambat ke pejabat, ianya akan mencalar imej dan reputasi anda juga. Bila datang lambat ke pejabat, orang di sekeliling akan membina tanggapan yang kurang baik terhadap anda tak kira lah ianya betul atau tidak.

7. Tampil terlaku yakin (over confident)
Banyak anak muda yang tampil terlalu yakin pada awal alam pekerjaan. Ya, keyakinan penting ketika bekerja, tetapi kalau terlalu yakin, ia akan membuatkan orang di sekeliling meluat dengan anda. Harus diingat untuk selalu merendah diri dan sedar tempat anda di dalam syarikat itu. Yang penting kena jaga batasan ketika bekerja.

>> Senarai jam tangan GUESS yang menawan, menarik, dan cool..tengoklah


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...