Persediaan Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014 | Boros Di Aralom

Ahad, 16 Februari 2014

Persediaan Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014

Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014 sudah bermula di seluruh negara sejak 8 Februari hingga 01 Mac 2014 ini. Ada empat jawatan yang ditawarkan oleh Poslaju iaitu Kerani, Kurier, Operator, dan Pekerja Sambilan. Berikut adalah jadual tarikh temuduga terbuka jawatan kosong di Poslaju seluruh Malaysia.

Bagi anda yang ada menghadiri temuduga terbuka ini, saya sangat pasti ramai yang kurang puas hati dan pulang dengan hampa. Sebab apa...yang datang bukan kepalang...beribu-ribu..kat Sarawak, saya dengar sampai 10 ribu..bacalah entri di blog Saharol ni..kat Sabah, saya sendiri pergi tengok..waduh, penuh sesak kat Job Center Malaysia (JMC) cawangan Sabah. Sampai ada yang pengsan..agaknya lebih 5ribu juga sebab dua tingkat penuh orang berbaris. Bukan sekadar barisan panjang, lebarnya pun panjang. Sampai orang yang nak shoping kat Wawasan Plaza pun naik bengang dengan kesesakan.

Bagi yang berhasrat nak datang ke Temuduga Terbuka jawatan kosong di Poslaju 2014, eloklah buat persedian awal seperti berikut:-

1. Sediakan resume. Bagi yang berkelulusan lebih tinggi dari SPM seperti STPM, Diploma, dan Ijazah, sila buat resume anda setakat kelulusan SPM saja. Sebab jawatan kosong yang ditawarkan hanya memerlukan kelulusan SPM saja. Dan lebih baik kalau sediakan dua resume. Satu, yang setakat SPM dan satu lagi yang complete dengan semua kelulusan yang ada. Mana tau korang bertuah kena panggil temuduga on the spot. Biasanya kalau dah ramai sampai ribu-ribu yang datang, mereka hanya akan minta resume saja. Hantar yang setakat SPM. Kalau bernasib baik, mereka akan panggil untuk temuduga.

2. Sila sarapan terlebih dahulu. Barisan memang panjang dan lebar. Kalau tempat untuk temuduga itu sempit macam kat JMC Sabah, memang pack dan panas sampai ada yang pengsan.

3.  Untuk persiapan temuduga, mereka akan tanya soalan-soalan cepumas seperti latar belakang, kenapa perlu hire korang, apa kelebihan dan kelemahan diri, siapa menteri kabinet, dan lain-lain lagi. Boleh dapatkan tips lanjut mengenai temuduga poslaju Malaysia ini di blog Elly yang memang dah datang sendiri kat temuduga tu.

4. Pastikan pakaian anda adalah kemas dan sopan. 
Ini temuduga terbuka poslaju kat Kelana Jaya

So, kepada anda yang sudah menghadiri temuduga terbuka untuk jawatan kosong poslaju Malaysia ini, semoga berjaya. Bagi yang tak berjaya, memang dah bukan rezeki. Mungkin rezeki ada di tempat lain. Dan kepada Poslaju Malaysia, lain kali tak payah buat open interview, biar pemohon mohon secara online. Kalau dah nampak awal-awal beribu yang bersesak berbaris depan JMC tu, umumkan lah awal-awal yang pemohon hanya perlu hantar resume saja. Ini dah berbaris bersesak sampai tiga jam, baru nak umum..haih!!

P/s: Saya terpaksa tunggu abang yang berbaris lebih empat jam yang akhirnya diumumkan hanya perlu hantar resume saja..buang karan betul..ada pulak tu datang jauh dari Tawau Sabah semata-mata untuk interview poslaju ini...bukan menyalahkan sesiapa, hanya untuk menyedarkan diri ini bahawa mencari pekerjaan sekarang memang payah..so, kena teruskan usaha dan sabar..bagi yang berjaya, bekerjalah dengan penuh dedikasi.

Lagi Info menarik:-






Tiada ulasan: