Anda dah dapat kerja? tahniah dan diharap agar anda menyukai pekerjaan anda itu dan mula bekerja dengan tekun. Namun untuk kebanyakkan pekerja yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan, anda perlu berusaha juga untuk mengelakkan beberapa kesilapan berikut jika mahukan yang terbaik dalam kareer anda.
1. Takut untuk bersuara
Tak kisahlah ianya tentang kenaikkan pangkat, kenaikan gaji, atau sekadar mahu memberi pendapat, adalah penting untuk anda berdiri dan mempertahankan suara anda di pejabat. Semakin banyak keyakinan diri yang anda ada, semakin baik pengaruh yang anda dapat dari teman-teman sekerja. Cuma perlu ingat, lakukannya dalam cara yang penuh profesionalisme.
2. 'Curi tulang'
Mungkin anda seringkali berfikir bahawa orang di sekeliling tidak peduli atau tidak melihat apa yang anda buat sepanjang hari di meja pejabat lebih-lebih lagi jika kerja anda itu jenis yang mudah diperhatikan. Jadi adalah penting untuk menghadkan masa anda buat benda-benda yang tidak related dengan pekerjaan seperti melayari Facebook dan berchating dengan kawan-kawan lama. Mungkin bos anda nampak seperti relaks saja melihat kelibat anda itu, tapi bos anda itu mungkin tidak akan menghargai pekerjanya yang selalu curi tulang.
3. Cara berpakaian yang kurang sesuai
Kadangkala, para pekerja muda seringkali mengambil remeh perkara ini. Salah satu benda yang boleh membantu atau membebankan anda ialah cara anda mempersembahkan diri. Jangan terlalu ikut kepala otak sendiri dari segi berpakaian. Mungkin anda rasa berpakaian kasual itu menyelesakan anda di pejabat namun ianya tidak bagi teman sepejabat dan mungkin juga bos anda. Kalau mahu kerja serius, jadi buat lah secara serius termasuk cara berpakaian. Ikuti etika berpakaian yang telah disediakan majikan.
4. Tidak membina rangkaian (networking)
Ya, bekerja keras dan berdedikasi dengan tugas sangat penting untuk berjaya dalam kareer. Tetapi hubungan profesional juga tidak kurang pentingnya jika anda mahu dinaikkan pangkat dengan mudah. Banyak orang muda yang takut untuk membina rangkaian. alah satu cara mudah untuk memulakannya ialah dengan mencari teman sekerja yang dah lama berkhidmat dan kemudiannya menjadikan dia sebagai career guidance anda.
>> Nikmati coklat Magnum yang makin kecil ni..tengoklah..
5. Bergosip di pejabat
Mungkin ianya salah satu cara membina rangkaian juga tetapi elak dari bergosip terutamanya di kalangan pekerja pejabat. Mungkin anda mengata rakan sepejabat yang lain dan kemudian membina kumpulan tertentu di pejabat. Itu adalah habit yang perlu dihindari kerana suatu masa kelak ia akan menyukarkan kerja anda. Kalau pekerja lain datang kepada anda dan bergosip atau sering komplen pasal kerja, ya, anda boleh sertai tapi jadilah neutral.
6. Datang lambat ke pejabat
Bila perwatakan dah kemas, kerja pun serius, tapi tetiba datang lambat ke pejabat, ianya akan mencalar imej dan reputasi anda juga. Bila datang lambat ke pejabat, orang di sekeliling akan membina tanggapan yang kurang baik terhadap anda tak kira lah ianya betul atau tidak.
7. Tampil terlaku yakin (over confident)
Banyak anak muda yang tampil terlalu yakin pada awal alam pekerjaan. Ya, keyakinan penting ketika bekerja, tetapi kalau terlalu yakin, ia akan membuatkan orang di sekeliling meluat dengan anda. Harus diingat untuk selalu merendah diri dan sedar tempat anda di dalam syarikat itu. Yang penting kena jaga batasan ketika bekerja.
>> Senarai jam tangan GUESS yang menawan, menarik, dan cool..tengoklah
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...