Boros Di Aralom: Edisi Minyak Kereta
Memaparkan catatan dengan label Edisi Minyak Kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Minyak Kereta. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2013

(EDISI MINYAK) Harga minyak naik, harga KFC tak naik..saiz jer dikurangkan..hohoho

Apa bezanya? Bila harga minyak naik, yang pastinya harga barang keperluan dan makanan serta harga perkhidmatan juga akan naik..that's what we call Domino Effect..jadi apa macam dengan statement KFC ni? 
KFC
Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan francais KFC di negara ini berkata, KFC yakin masih mampu mengekalkan harga berpatutan dan nilai yang terbaik kepada pengguna di sebalik penarikan subsidi petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

"Kami yakin jika kerajaan dapat pastikan harga barang lain tidak naik, kami boleh kekalkan harga sedia ada.

"KFC juga akan menumpu kepada menguruskan kos dengan berkesan melalui program transformasi kumpulan QSR Brands dengan meningkatkan jualan dan menguruskan kakitangan dengan lebih baik", katanya selepas pelancaran produk terbaru KFC HotBox, semalam.

Ahmad Zaki berkata, KFC tidak merancang mengurangkan jumlah cawangan untuk mengurangkan kos operasi sebaliknya akan mengurangkan kos di setiap cawangan seperti kos pengubahsuaian restoran. - Sinar Harian

Hohohoho...yer la tu..harga KFC memang jarang berubah dari dulu...yang berubah, hanya saiznya..minyak naik, saiz ayam KFC turun..saya pun hairan juga, macam mana saiz kepak dan saiz peha ayam tu semakin mengecil pulak? Mungkin mereka dah cipta ayam yang mempunyai tumbesaran kecil kot..hohoho..atau pun guna ayam bawah umur...

Bukan saiz ayam KFC jer turun...saiz kuih karipap pun dah turun..macam-macam jenis kuih lain pun banyak turun..ada juga, dulu 4 seringgit, kini 3 seringgit...


Harap saiz badan gua ni pun turun lepas ni...hohoho...

Jumaat, 26 Julai 2013

(EDISI MINYAK KERETA) Diesel habis,,,,,harga Diesel bakal dinaikkan??

Diesel habis stok...adakah harga akan naik?
Alamak,,,,makin menjadi-jadi masalah kat Sabah ni...belum habis dengan isu RCI...sekarang timbul masalah baru..minyak Diesel habis stok..saya tak tau lah sama ada tempat lain kat Malaysia ini mengalami masalah sama atau tidak...tapi kat Sabah sekitar area Kota Kinabalu ini sedang panik gara-gara minyak Diesel habis stok..saya tak lah perasan sangat tentang masalah ini sejak dua hari lalu sebab saya tak pakai kereta Diesel..tadi, kakak tetiba bagi tau..minyak Diesel dah habis stok...dah tiga stesyen dia pergi...semua habis...si kakak ni memang pakai kereta Diesel dan dia agak panik sikit tadi...maklum lah dia isi minyak kereta sekali je seminggu...nasib baik ada kawan dia sorang tu bagitau yang ada satu lagi stesyen minyak yang belum habis stok Diesel...si kakak terus bergegas ke sana..memang dah tuah dia kot, sempat isi Diesel harga RM50...then lepas tu...habis dah...
Kat area tempat tinggal saya ini ada sekitar 5 stesyen minyak...semua dah habis stok Diesel..masih tak tahu apa sebabnya...adakah ini satu petanda bahawa minyak Diesel akan naik harga? weii...Sabah banyak minyak lah...mana pergi semua minyak tu? PETRON dah baham semua ker??

Adei....only in Malaysia...