(EDISI MINYAK) Harga minyak naik, harga KFC tak naik..saiz jer dikurangkan..hohoho | Boros Di Aralom

Selasa, 10 September 2013

(EDISI MINYAK) Harga minyak naik, harga KFC tak naik..saiz jer dikurangkan..hohoho

Apa bezanya? Bila harga minyak naik, yang pastinya harga barang keperluan dan makanan serta harga perkhidmatan juga akan naik..that's what we call Domino Effect..jadi apa macam dengan statement KFC ni? 
KFC
Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan francais KFC di negara ini berkata, KFC yakin masih mampu mengekalkan harga berpatutan dan nilai yang terbaik kepada pengguna di sebalik penarikan subsidi petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

"Kami yakin jika kerajaan dapat pastikan harga barang lain tidak naik, kami boleh kekalkan harga sedia ada.

"KFC juga akan menumpu kepada menguruskan kos dengan berkesan melalui program transformasi kumpulan QSR Brands dengan meningkatkan jualan dan menguruskan kakitangan dengan lebih baik", katanya selepas pelancaran produk terbaru KFC HotBox, semalam.

Ahmad Zaki berkata, KFC tidak merancang mengurangkan jumlah cawangan untuk mengurangkan kos operasi sebaliknya akan mengurangkan kos di setiap cawangan seperti kos pengubahsuaian restoran. - Sinar Harian

Hohohoho...yer la tu..harga KFC memang jarang berubah dari dulu...yang berubah, hanya saiznya..minyak naik, saiz ayam KFC turun..saya pun hairan juga, macam mana saiz kepak dan saiz peha ayam tu semakin mengecil pulak? Mungkin mereka dah cipta ayam yang mempunyai tumbesaran kecil kot..hohoho..atau pun guna ayam bawah umur...

Bukan saiz ayam KFC jer turun...saiz kuih karipap pun dah turun..macam-macam jenis kuih lain pun banyak turun..ada juga, dulu 4 seringgit, kini 3 seringgit...


Harap saiz badan gua ni pun turun lepas ni...hohoho...

Tiada ulasan: