Boros Di Aralom: Edisi Syirik
Memaparkan catatan dengan label Edisi Syirik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Syirik. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

Ustaz dedah bagaimana kes kunci nafsu pasangan berlaku

PASIR PUTEH - Kerana cemburu, sebilangan manusia sanggup bertindak kejam dan di luar batasan agama dengan menggunakan perkhidmatan bomoh bagi mengunci nafsu sehingga mangsa hidup menderita.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hafiz Nor mendedahkan, akhir-akhir ini beliau lebih banyak mengendalikan kes seperti itu yang dilakukan dengan pelbagai kaedah.
Mohd Hafiz merawat salah seorang pesakitnya yang terkena sihir (Foto: Sinar Harian)
Katanya, bagaimanapun kaedah memasukkan bahan dalam makanan dan minuman tidak lagi popular kerana sihir itu boleh dituju kepada mangsa dari jarak jauh tanpa perlu sentuhan fizikal.

Menurutnya, terdapat kes yang mana isteri muda mengenakan sihir menggunakan bantuan bomoh ke atas suami sendiri kerana didorong perasaan cemburu kepada isteri tua.

"Mangsa yang terkena sihir ini menjadi tidak bernafsu kepada mana-mana wanita dan lebih teruk, ada dalam kalangan mangsa mengalami sakit pada kemaluan serta seluruh badan berkudis.

"Dalam kes lain pula, ada sihir yang membuatkan suami dilihat jijik dan busuk oleh isteri sendiri. Semua ini dilakukan kerana manusia tidak berpegang teguh kepada agama," katanya.

Tambahnya, terdapat juga kes yang mana mertua mengenakan sihir ke atas menantu kerana kurang bersetuju dengan perkahwinan anaknya.

"Menantu akan jadi tawar hati dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Lebih parah apabila menantu (perempuan) tidak diberikan nafkah zahir dan batin," jelasnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah, di sini, semalam.

Mohd Hafiz berkata, rawatan menggunakan ayat al-Quran dilihat berkesan membuka semula nafsu yang dikunci menggunakan sihir, bagaimanapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

Tegasnya, sentiasa mendekati ALLAH SWT merupakan sesuatu yang perlu dilakukan kerana ALLAH SWT berkuasa atas segala-galanya.

"Ada sihir bertujuan 'menipu pandangan' menyebabkan orang disihirkan dilihat hodoh atau menakutkan sehingga ada satu kes yang mana anak kecil menangis kerana tidak mahu didekati ibu sendiri," katanya. - sinarharian

Isnin, 19 Mei 2014

PRK Teluk Intan - Raja Bomoh in action, halau puaka demi untuk kemenangan BN

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP datang lagi! Kali ini, beliau berkhidmat untuk menghalau puaka bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di Teluk Intan. 
Raja Bomoh hadir untuk halau puaka di Teluk Intan

Setelah mencetus kontroversi melalui upacara ritual dalam mencari pesawat MH370, Raja Bomoh kini tampil sekali lagi untuk 'Merestui' calon BN di Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong. Raja Bomoh turut mengaku melalui laman Twitter bahawa kedatangan beliau adalah untuk menghalau puaka yang boleh menyebabkan BN kalah. 

Hadir berpakaian kot dan bersongkok, Ibrahim dilihat memerhati perjalanan majlis dari jarak jauh. "Saya boleh buat sesuatu untuk pastikan Mah menang...jika diperlukan. Saya fikir beliau ada peluang untuk menang." "Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," kata Ibrahim sambil memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak menerima undangan daripada sesiapa ke majlis berkenaan.

Walaupun pemangku Ketua Gerakan Bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee mengakui pihaknya tidak menjemput Ibrahim, namun foto Raja Bomoh berpelukan mesra dengan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang telah tersebar secara meluas di laman sosial.
Tan bersama Raja Bomoh

Tan kemudiannya membalas komen terhadap gambar berkenaan dengan berkata: "Tak perlu orang DAP cuba main isu saya ambil gambar dgn Bomoh Melayu. Sesiapa pun boleh ambil gambar dengan saya tak kira kaum, agama dan pekerjaan."

Sumber: Says

Rabu, 12 Februari 2014

Syirik! Satu lagi bukti bahawa ilmu hitam itu memakan diri

Jika terlalu mengikut nafsu kedagingan manusia, memang orang itu tak kan peduli pasal halal haram sesuatu perkara yang diamalkan. Bila ilmu hitam tu makan tuan, nah..tau pula menyesal..betul lah kata orang.. sudah terhantuk baru terngadah..
AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.
Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun. 
Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya. 
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah. 
“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita. 
“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya. - myMetro

Namun perlu diingat bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka...kembali lah ke jalan yang benar sebelum terlambat..ilmu hitam tu kejap jer boleh rasa 'nikmatnya'..tapi bila 'jin' tu dah jadi terlebih demand atau pun terjumpa dengan jin yang lebih kuat...di sanalah bermulanya satu kemusnahan yang dasyat...dari muka cantik, terus jadi macam 'hantu'..dari badan gagah macam incredible Hulk, terus jadi lembik macam cacing...dari sihat walafiat, terus jadi 'mayat hidup'...kesannya lebih teruk dari ambik dadah..di akhirat nanti macam mana nak jawab?...lu pikiq lah sendiri..K..bai..



Selasa, 14 Januari 2014

1001 Syirik! Lebih 11 tahun tak solat kerana amalan pusaka songsang

Jampi diikat di kaki (Kredit foto: myMetro)

Ingatkan orang lama saja yang masih berpegang kuat kepada amalan pusaka seperti ilmu kebal ini, rupanya ada juga orang muda yang masih terjerumus ke dalam kancah amalan syirik yang bertentangan dengan agama. Dalam IC disebut agamanya apa, tapi dalam amalan seharian, tak menunjukkan ciri-ciri agama tersebut. Apa hal?? Ini kisah benar yang dilaporkan dalam akbar myMetro hari ini.

Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci. 
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad.”
 
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya. 
“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Gua pun selalu juga dengar kisah benar mengenai amalan-amalan macam ini. Ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu ghaib, dan macam-macam lah. Dan salah satu pantang ialah kena menjauhi sebarang amalan yang diajarkan oleh agama. Tapi bila mereka menemui ajal, memang sangat dasyat cara mereka mati dan keadaan mayat mereka tu. Harap individu yang masih mengamalkan amalan syirik sedemikian, perlu segera bertobat supaya hidup lebih berkat.