1001 Syirik! Lebih 11 tahun tak solat kerana amalan pusaka songsang | Boros Di Aralom

Selasa, 14 Januari 2014

1001 Syirik! Lebih 11 tahun tak solat kerana amalan pusaka songsang

Jampi diikat di kaki (Kredit foto: myMetro)

Ingatkan orang lama saja yang masih berpegang kuat kepada amalan pusaka seperti ilmu kebal ini, rupanya ada juga orang muda yang masih terjerumus ke dalam kancah amalan syirik yang bertentangan dengan agama. Dalam IC disebut agamanya apa, tapi dalam amalan seharian, tak menunjukkan ciri-ciri agama tersebut. Apa hal?? Ini kisah benar yang dilaporkan dalam akbar myMetro hari ini.

Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci. 
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad.”
 
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.
Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya. 
“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Gua pun selalu juga dengar kisah benar mengenai amalan-amalan macam ini. Ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu ghaib, dan macam-macam lah. Dan salah satu pantang ialah kena menjauhi sebarang amalan yang diajarkan oleh agama. Tapi bila mereka menemui ajal, memang sangat dasyat cara mereka mati dan keadaan mayat mereka tu. Harap individu yang masih mengamalkan amalan syirik sedemikian, perlu segera bertobat supaya hidup lebih berkat.

Tiada ulasan: