PRK Teluk Intan - Raja Bomoh in action, halau puaka demi untuk kemenangan BN | Boros Di Aralom

Isnin, 19 Mei 2014

PRK Teluk Intan - Raja Bomoh in action, halau puaka demi untuk kemenangan BN

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP datang lagi! Kali ini, beliau berkhidmat untuk menghalau puaka bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di Teluk Intan. 
Raja Bomoh hadir untuk halau puaka di Teluk Intan

Setelah mencetus kontroversi melalui upacara ritual dalam mencari pesawat MH370, Raja Bomoh kini tampil sekali lagi untuk 'Merestui' calon BN di Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong. Raja Bomoh turut mengaku melalui laman Twitter bahawa kedatangan beliau adalah untuk menghalau puaka yang boleh menyebabkan BN kalah. 

Hadir berpakaian kot dan bersongkok, Ibrahim dilihat memerhati perjalanan majlis dari jarak jauh. "Saya boleh buat sesuatu untuk pastikan Mah menang...jika diperlukan. Saya fikir beliau ada peluang untuk menang." "Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," kata Ibrahim sambil memberitahu bahawa beliau sememangnya tidak menerima undangan daripada sesiapa ke majlis berkenaan.

Walaupun pemangku Ketua Gerakan Bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee mengakui pihaknya tidak menjemput Ibrahim, namun foto Raja Bomoh berpelukan mesra dengan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang telah tersebar secara meluas di laman sosial.
Tan bersama Raja Bomoh

Tan kemudiannya membalas komen terhadap gambar berkenaan dengan berkata: "Tak perlu orang DAP cuba main isu saya ambil gambar dgn Bomoh Melayu. Sesiapa pun boleh ambil gambar dengan saya tak kira kaum, agama dan pekerjaan."

Sumber: Says

Tiada ulasan: