Boros Di Aralom: MH370
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Januari 2015

#MH370 diisytiharkan kemalangan, keluarga mangsa tidak puas hati

Tragedi MH370
Selepas sepuluh bulan menanti, akhirnya DCA dan pihak berkuasa yang terlibat dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines, MH370, sebulat suara mengisytiharkan pesawat itu kemalangan. Namun pencarian akan tetap diteruskan.

Berita ini sememangnya membuatkan para ahil keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan oleh pihak MAS dan DCA. Dah lah banyak persoalan yang belum terjawab dan keluarga mangsa merasakan bahawa ada perkara yang disembunyikan dari mereka seperti yang dilaporkan MalaysianDigest.

Lagi teruk bila DCA membatalkan sidang media yang sepatutnya diadakan pada hari ini. Agaknnya mereka takut kena 'tembak' soalan bertubi-tubi dari ahli keluarga mangsa.

Apapun, semoga semua keluarga mangsa tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Semoga kita dan negara kita Malaysia juga dijauhi dari musibah yang tidak terduga.

Lagi Info Best: 
> Walaupun harga minyak dah turun tapi best juga kalau dapat petrol percuma selama setahun di Shell..jom kita serbu laman web Shell sekarang!

Selasa, 29 April 2014

Serpihan pesawat MH370 sudah ditemui?

Pada hari ke-17 selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, PM Najib telah mengumumkan bahawa pesawat tersebut 'berakhir' di Lautan Hinidi. Sejak itu, pencarian telah dilakukan secara intensif di kawasan Lautan Hindi berdekatan dengan Perth, Australia.. Namun sehingga kini, belum ada sebarang petunjuk jelas di manakah sebenarnya pesawat itu berada.
Operasi mencari MH370
PM Australia sendiri mengakui bahawa pencarian MH370 semakin sukar. Namun ada satu berita terbaru yang mungkin boleh memberi petunjuk baru kepada pencarian MH370 ini. Menurut laporan The Star, sebuah syarikat eksplorasi asal Australia mendakwa bahawa mereka berjaya menemui serpihan pesawat MH370, enam minggu selepas ia hilang dari radar dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Syarikat bernama GeoResonance itu mendakwa bahawa mereka menemui serpihan tersebut di pantai Bengal yang berada 5000km dari kawasan pencarian. Menurut laporan itu lagi, syarikat tersebut sudah memulakan pencarian sejak 10 Mac lalu.

Kawasan pencarian oleh GeoResonance ini meliputi keluasan 2,000,000 kilometer persegi dengan menggunakan imej-imej yang diperolehi dari satelit dan kapal terbang. Mereka turut menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis semua data termasuk sebuah reaktor nuklear. Jurucakap syarikat, David Pope berkata, "Teknologi yang kami gunakan asalnya direka khas untuk mencari peledak nuklear dan kapal selam. Tapi pasukan kami dari Ukraine menggesa untuk cuba membantu mencari pesawat tersebut. Kami dapati terdapat elemen-elemen kimia dan peralatan yang ada digunakan dalam pembuatan Boeing 777 seperti aluminium, titanium, alloy dan lain-lain lagi dalam penemuan itu."

Namun demikian, Pope menegaskan lagi, "Serpihan itu tiada di sana sebelum kehilangan pesawat MH370. Kami tidak mengatakan bahawa ia sememangnya milik MH370. Namun ini merupakan satu petunjuk yang kami rasa perlu untuk diberi perhatian."

Sumber Asal: Says
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Isnin, 14 April 2014

MH370 memang dirampas? Adakah CIA dalang di sebalik kehilangannya?

WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.
Di manakah

Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror. 

Sumber: Sinarharian

Teori rampasan MH370 makin kuat. Apalagi sekarang ni masih belum ada tanda-tanda penemuan kotak hitam dan debris. Apapun yang berlaku, teruskan berdoa untuk MH370.

Ahad, 13 April 2014

Hishammudin nafi laporan Utusan kaitkan CIA dengan kehilangan MH370

Hishammudin menafikan laporan Utusan yang mengaitkan CIA dengan kehilangan pesawat MH370. Pemangku Menteri Pengankutan itu berkata “If there is, I don’t think we will see such a strong presence of the US here,”.
Hishammudin
Sebelum ini, ada pegawai dari akhbar pro-UMNO itu yang menyatakan bahawa CIA sengaja campur tangan semata-mata untuk menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Tambah Hishammudin lagi, "seperti kebannyakkan media barat yang lain, mereka bebas untuk melaporkan apa sahaja yang mereka suka. Tapi pada kemudian hari, jika laporan mereka itu tidak benar, mereka akan hilang kredibiliti."

Sumber: Malaysiakini

Sabtu, 12 April 2014

Adakah ini bukti bahawa MH370 dirampas?

Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.
Pesawat MH370 dirampas?
Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Khalid berkata  lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. ~awani

Addin:

Semasa liqa' pemuda di baling, kedah baru-baru ni. Ada sorang perwakilan pemuda bertanyakan ttg isu MH370 kpd tuan guru presiden pas. Tuan guru menjawab bahawa pesawat tersebut di culik berdasarkan maklumat dari SU politik beliau, dr. ahmad shamsuri mohktar yg merupakan penganalisis jurutera penerbangan yg sering dijemput oleh astro awani..

Sumber: Addin

Rabu, 9 April 2014

Ilustrasi kedalaman Lautan Hindi - Betapa sukarnya mencari kotak hitam MH370

Ilustrasi bergambar seperti yang dilaporkan oleh Washington Post menjelaskan betapa dalamnya kedalaman Lautan Hindi yang mana pastinya menyukarkan usaha mencari kotak hitam yang mungkin adalah milik pesawat Malaysia Airlines MH370. Pada Ahad lalu, alat pengesan anggota Ocean Shield telah menerima isyarat ping yang mungkin berasal dari kotak hitam MH370 dari dasar laut yang berkedalaman 3.5km.
Lihat ilustrasi penuh tentang kedalaman Lautan Hindi di Washington Post.
Isyarat ping yang dikesan tersebut dikatakan adalah petunjuk terbaik setakat ini dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 08 Mac lalu. Semoga pesawat ini berjaya ditemukan segera. Teruskan berdoa untuk MH370.