Pada hari ke-17 selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, PM Najib telah mengumumkan bahawa pesawat tersebut 'berakhir' di Lautan Hinidi. Sejak itu, pencarian telah dilakukan secara intensif di kawasan Lautan Hindi berdekatan dengan Perth, Australia.. Namun sehingga kini, belum ada sebarang petunjuk jelas di manakah sebenarnya pesawat itu berada.
Operasi mencari MH370 |
PM Australia sendiri mengakui bahawa pencarian MH370 semakin sukar. Namun ada satu berita terbaru yang mungkin boleh memberi petunjuk baru kepada pencarian MH370 ini. Menurut laporan The Star, sebuah syarikat eksplorasi asal Australia mendakwa bahawa mereka berjaya menemui serpihan pesawat MH370, enam minggu selepas ia hilang dari radar dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Syarikat bernama GeoResonance itu mendakwa bahawa mereka menemui serpihan tersebut di pantai Bengal yang berada 5000km dari kawasan pencarian. Menurut laporan itu lagi, syarikat tersebut sudah memulakan pencarian sejak 10 Mac lalu.
Kawasan pencarian oleh GeoResonance ini meliputi keluasan 2,000,000 kilometer persegi dengan menggunakan imej-imej yang diperolehi dari satelit dan kapal terbang. Mereka turut menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis semua data termasuk sebuah reaktor nuklear. Jurucakap syarikat, David Pope berkata, "Teknologi yang kami gunakan asalnya direka khas untuk mencari peledak nuklear dan kapal selam. Tapi pasukan kami dari Ukraine menggesa untuk cuba membantu mencari pesawat tersebut. Kami dapati terdapat elemen-elemen kimia dan peralatan yang ada digunakan dalam pembuatan Boeing 777 seperti aluminium, titanium, alloy dan lain-lain lagi dalam penemuan itu."
Namun demikian, Pope menegaskan lagi, "Serpihan itu tiada di sana sebelum kehilangan pesawat MH370. Kami tidak mengatakan bahawa ia sememangnya milik MH370. Namun ini merupakan satu petunjuk yang kami rasa perlu untuk diberi perhatian."
Sumber Asal: Says
Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan