10 Lelaki yang pernah dikecewakan oleh Taylor Swift | Boros Di Aralom

Selasa, 29 Januari 2013

10 Lelaki yang pernah dikecewakan oleh Taylor Swift

 Baru je berumur 23 tahun tapi dah jalinkan hubungan romantik dengan banyak lelaki berprofil tinggi. Itu lah dia Taylor Swift yang memang terkenal sebagai 'playgirl' yang telah mengecewakan hati ramai lelaki. Berikut antara 10 lelaki yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengannya.

10. Joe Jonas
Menjalinkan hubungan cinta dengan Taylor Swift pada tahun 2008 ketika Swift berumur 18 tahun. Sebab berpisah, Jonas berubah hati.

 9.  Lucas Till
Merupakan co-stars untuk video Taylor Swift bertajuk You Belong With Me pada 2009. Sebab berpisah, keduanya berubah hati. Macam hangat-hangat tahi ayam je..a.k.a cinta monyet.

8. Taylor Lautner
Keduanya bertemu di set Hari Valentine pada 2010 ketika Swift memalingkan pandangannya ke arah Lautner yang ketika itu berusia 17 tahun. Walaupun hubungan mereka nampak samar, tapi Taylor tetap memuja jejaka itu.

 7. John Mayer
Ada juga gosip megatakan mereka ini bercinta. Tapi sebab salah faham pasal lirik lagu je, Mayer merasakan dirinya dimalukan oleh Swift.

 6. Cory Monteith
Bintang Glee berumur 27 tahun pada 2010 ini tampak rapat dengan Swift. Walaupun nampal mesra bersama tapi masing-masing menegaskan bahawa mereka hanyalah teman tapi mesra.

5. Jake Gyllenhaal
Swift seakan-akan menemui cinta sejatinya ketika bertemu dengan Jake Gyllenhaal, 30, pada 2010 dan hubungan mereka ini memang tidak dapat disembunyikan lagi sehingga menjadi tajuk utama di US Weekly. Namun hubungan mereka tidak kekal lama kerana tidak sehaluan. Swift sempat lagi buat album penuh mengenai kisah mereka.

 4. Eddie Redmayne
Swift mencuba nasib pula dengan pelakon Britain ini pada Februari 2012 tapi hubungan mereka juga nampaknya tidak menjadi.

 3. Conor Kennedy
Ketika Taylor berumur 22 tahun, sekali lagi dia berubah hati kepada jejaka yang lebih muda, Conor Kennedy, 18 tahun. Taylor sememangnya menggilai lelaki ini sehingga sanggup beli rumah berdekatan dengan tempat tinggal Conor Kennedy. Sebab pisah, Taylor kembali ke konsert jelajah, Kennedy pula sambung sekolah..

 2. Ed Sheeran
Mereka sebenarnya tidak pernah berdating. Tapi lelaki ini pernah berharap agar Swift memberinya peluang. Namun dengan penuh rasa sedar diri, Ed Sheeran faham kenapa Swift menolak cintanya..ishk ishk ishk..

1. Harry Styles
Terbaru, Swift mengejutkan dunia hiburan apabila dia keluar di khalayak umum bersama Harry Styles, 18 tahun.

Mereka bersiar di Times Square pada sambutan tahun baru lepas, melancong bersama di British Virgin Islands dan segalanya nampak sempurna. Tapi beberapa hari kemudian, Swift pulang bersendirian.


Sumber:
Metro Uk

Tiada ulasan: