Bukan golongan dewasa sahaja yang mampu menjana income secara online malah kanak-kanak juga boleh melakukannya. Itulah dia kelebihan internet. Peluang buat duit secara online ini terbuka luas kepada semua orang tanpa mengira umur malah kini lebih ramai golongan usahawan online yang masih muda. Apa yang diperlukan hanya lah kreativiti, imaginasi dan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga.
Antara faedah online kepada kanak-kanak |
Menjual Barangan Online
Dengan kemunculan banyak laman web bidaan (auction sites) dan market places, kanak-kanak juga boleh mengambil peluang itu untuk menambahkan pendapatan dengan menjual barangan seperti mainan, baju dan koleksi. Walaupun kebanyakan laman web tersebut tidak membenarkan penyertaan dari golongan bawah umur, ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengisi mana-mana 'kotak' yang perlu semasa mendaftarkan perniagaan. Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu memuat naik gambar-gambar yang bersesuaian dengan barangan yang hendak dijual. Secara tidak langsung, aktiviti ini boleh menjadi satu projek yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Kanak-kanak seterusnya boleh menjana kreativiti mereka dalam penulisan dengan menulis keterangan produk dan kemahiran matematik dalam menentukan harga dan kos penghantaran barang. Bukan sahaja kemahiran akademik malah kemahiran hidup juga mereka pelajari secara tidak langsung.
Hasil Tangan untuk dijual
Kanak-kanak memang suka membuat kraftangan seperti projek kerjakayu, jahitan, mewarna, mengecat, dan membuat manik-manik. Semua itu mempunnyai potensi yang tinggi untuk dijual secara online. Mereka boleh membina website dengan bantuan pakar atau ibu bapa, atau menyewa kedai online yang ditawarkan dalam marketplace seperti eBay, Amazon, Lelong dan sebagainya. Tetapi sebelum itu, kanak-kanak perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai laman-laman web tersebut dan perlu mendapat kebenaran ibu bapa sebelum menjual.
Penulisan Online
Kanak-kanak juga boleh buat duit dengan menulis secara online atau blogging. Jangan fikir bahawa kanak-kanak ini tak tahu atau kering idea buat karangan, mereka sebenarnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi tentang sesuatu topik. Sama juga dengan blog yang lain, mereka mampu menarik trafik ke dalam blog mereka yang seterusnya boleh buat duit. Bila trafik tinggi, banyak advertiser yang berminat untuk mengiklan dan menawarkan bayaran yang berpatutan. Memang tidak disangkal lagi bahawa blogging merupakan cara buat duit paling mudah di alam maya setakat ini.
Dengan adanya kreativiti dan perancangan yang teratur serta bantuan dari ibu bapa atau golongan dewasa yang lain, kanak-kanak juga mampu menterjemahkan idea dan bakat mereka untuk memulakan perniagaan secara online. Siapa tahu, dengan pendedahan ini, ia akan membantu kanak-kanak mengenalpasti minat dan passion mereka dalam menentukan kerjaya pada masa hadapan.
P/S: Bila saya baca balik karangan saya masa Tahun 3, geli hati ketawa sorang-sorang..ada terfikir juga.."bodoh sangatkah aku masa tu"... :)
Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan