Boros Di Aralom: Niche
Memaparkan catatan dengan label Niche. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Niche. Papar semua catatan

Khamis, 13 Jun 2013

Blog dapat 30,000 pageviews sebulan

30 ribu pageviews je pun nak bermegah ker?? orang lain dapat 100,000 malah ada yang dapat juta-juta pageviews dalam masa sebulan..huhu..tapi kira ok lah kan, daripada dua tiga kerat je pengunjung blog sebulan..
Trafik blog 'eksperimen'  sebulan
Tapi blog yang gua maksudkan bukan blog EdisiBlogger ini ya, tapi blog 'eksperimen' gua yang satu lagi. Usia baru sekitar 2 bulan. Nama biarlah rahsia..dah nama pun blog untuk tujuan eksperimen jew. Blog itu gua buat berdasarkan niche tertentu. 

Trafik datang dari mana? secara keseluruhannya, trafik utama dibawa oleh enjin carian pakcik google. Kira macam trafik organik la. Adalah sikit-sikit guna servis ping tapi trafik yang datang dari pingler ini tersangatlah sedikit. Begitu juga dengan RSS Graffiti kat Facebook tu.. :( Blogwalking untuk promosi pulak jauh sekali gua buat..blog eksperimen itu gua nak lihat performance tanpa guna trafik xchange, tanpa blogwalking, tanpa link building, dan tanpa promosi kat blog rakan-rakan.

Sebenarnya blog itu gua buat saja nak try test macam mana performance blog yang menggunakan niche spesifik dan memang terbukti blog eksperimen itu jauh lebih bagus dari blog EdisiBlogger ini. Trafik bukan saja meningkat malah ianya adalah targeted traffic. Baru sebulan lebih dah dapat 30k views yang majoritinya datang dari google search engine. Dulu masa start buat EdisiBlogger, selepas 2 bulan pageviews baru 1-2ribu jew..kesian..Anyway, the reason is 'niche'..pakcik google suka dengan blog yang ber'niche'. Dulu gua tak faham apa itu niche..buat blog pun sekadar terikut-ikut dengan kawan...sekarang dah faham sikit-sikit.

Tapi apa yang penting, walaupun blog ciput EdisiBlogger ini tidaklah sebaik blog eksperimen itu, tapi gua tetap sayang..hehe..sebab gua memang minat berblog..walaupun trafik sikit..gua tetap puas hati..kan kan kan.. Eh..dah cuba berblog guna Ultrabook Acer ker? Macam best jew tu..

Pasal blog 'eksperimen' tu pulak, gua akan terus update dan lihat performance selepas 6 bulan..oh ya, mungkin trafik blog eksperimen itu juga dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan..blog tu gua guna bahasa Inggeris..Serius, gua sebenarnya masih tak mahir bahasa omputih..tapi kalau setakat 'oh my english'..gua boleh lah pakai sikit-sikit..nak gi pasar beli ikan masin pun dah tak boleh kena tembirang..ha ha..

PS: Kalau nak berblog secara serius, pastikan anda pilih niche yang korang minat dan korang banyak pengetahuan mengenainya...tak tahu apa itu niche? search saja di Google..gua sekadar berkongsi pengalaman sendiri..

Ahad, 24 Februari 2013

Panduan Asas Memilih Niche Blog Yang Boleh Jana Duit

Tidak dinafikan bahawa sebuah blog yang mempunyai niche yang baik dan bersesuaian boleh menjana pendapatan yang konsisten dan lumayan. Apakah itu Niche? Terma ini sebenarnya merujuk kepada kategori blog anda. Jika blog anda itu banyak cerita pasal memasak, maka niche blog anda ini ialah ‘masakan’. Jika blog itu banyak cerita pasal telefon pintar maka niche blog itu ialah ‘telefon pintar’. Jadi apakah niche blog anda?

Terus terang saya katakan bahawa blog saya ini bukanlah contoh terbaik bila bercerita mengenai niche. Anda boleh nilai sendiri betapa berserabutnya cerita-cerita yang pernah saya kongsikan di sini. Bercampur aduk macam rojak kat pasar. Kejap cerita pasal artis, kejap cerita pasal benda pelik, kejap cerita pasal bola, dan macam-macam lagi lah. Walaupun dah banyak ebook dan blog mengenai niche yang dibaca tapi masih lagi belum dapat mengadaptasikan di dalam blog sendiri.  Tapi kita belajar dari kesilapan. Sekarang ini saya nak kembali ke pangkal jalan dan mulakan dimensi baru dalam dunia blogging. Sebab itu, kalau ada silap dan salah, sama-sama kita perbetulkan dengan cara yang beretika.

Selepas saya membaca blog Income Diary – How Pros Make Money Online yang ditulis oleh lima sahabat blogger muda profesional iaitu Micheal, Joshua, Nicholas, David, dan Nick S, fikiran saya mulai terbuka untuk menumpukan blog saya kepada satu niche sahaja.  Mungkin sekarang niche saya ini masih samar-samar tapi suatu hari kelak, mudah-mudahkan blog ini boleh diterima pembaca  dan mampu menjadi rujukan yang berguna.

Jadi apakah sebenarnya panduan paling asas dalam memilih niche blog ini? Pasti ramai yang memberitahu kita untuk menulis blog mengenai sesuatu yang kita suka dan minat. Ya, itu tak salah. Tapi kita kena berbalik kepada tujuan utama kita berblogging. Adakah sekadar untuk suka-suka atau untuk menambah pendapatan melalui blog? Jika serius mahu menambah pendapatan melalui blog, tulislah sesuatu mengenai minat yang menguntungkan. Jika sekadar suka-suka sahaja mungkin banyak tulisan kita yang orang akan anggap sebagai merapu saja. Sebaliknya, jika anda mempunyai minat dalam bidang rekabentuk laman web atau minat dalam dunia fotografi, tulis lah blog mengenai minat anda itu kerana anda tahu bagaimana anda boleh buat duit dari minat tersebut.

Sebagai contoh, jika anda minat dalam bidang rekabentuk laman web, anda pastinya akan berkongsi banyak perkara tentang membina laman web yang baik. Dan sudah pasti juga anda tahu bagaimana mereka bentuk laman web yang baik dan mesra pembaca. Di sini, anda sudah mula membina kepercayaan orang lain dan reputasi diri.  Nah, untuk menjana pendapatan dari blog anda, apa kata tawarkan perkhidmatan membina laman web pula. Pastinya anda akan mendapat ramai pelanggan. Kenapa? Sebab niche blog anda itulah yang akan membawa para prospek pelanggan ke laman web anda melalui enjin carian. Kata lah, seorang ini nak buat laman web dan kemudian cari di Google “cara buat laman web”, pastinya pencari itu akan dibawa oleh Google ke laman web anda.

Saya harap anda faham akan konsep ‘niche’ yang saya terangkan di atas ini. Jika anda mahukan idea dan gambaran terbaik akan niche mana yang boleh buat duit, saya sarankan agar anda layari laman web ClickBank atau Jomniaga dan klik bahagian Marketplace dan lihat produk-produk di setiap kategori yang ada.  Pastinya anda mendapati para penjual atau vendor menjual produk mereka mengikut niche seperti gaming, kesihatan, marketing, dan sebagainya. Sama juga bila anda masuk pasaraya besar. Kalau nak cari pensel 2B pastinya anda akan mencari benda ini di bahagian Alat Tulis dan bukannya di bahagian Peralatan Dapur.

Sekian sahaja untuk perkongsian mengenai panduan asas memilih niche blog dari saya. Harap ia membantu terutama kepada yang baru mula berjinak dalam dunia blogging ini. Jika anda mempunyai buah fikiran dan komen akan entri ini atau mahu berkongsi ilmu, kongsikan lah di bahagian komen.