Boros Di Aralom: People
Memaparkan catatan dengan label People. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label People. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

5 acara pertandingan ratu cantik yang memang pelik

Pertandingan ratu cantik Miss World dan Miss Universe memang dah sinonim dengan dunia kecantikan dan kita memang sudah biasa dengar. Tapi terdapat juga beberapa pertandingan ratu cantik yang memang jarang dipertandingkan dan hanya diadakan di tempat-tempat tertentu sahaja. Berikut antara 5 pertandingan ratu cantik yang memang pelik.

1. Ratu Pondan transgender
Konsep pertandingan hampir sama dengan Miss World Cuma peserta untuk ratu pondan transgender adalah terdiri dari mereka yang lahir sebagai lelaki dan kemudian menjadi wanita. Dan kalau dilihat pesertanya, memang sangat cantik mengalahkan wanita tulen. (link


2. Pertandingan ratu cantik nenek tua
Di Brazil, salah satu acara tahunan yang mereka lakukan sempena menyambut Mother’s Day ialah dengan mengadakan pertandingan ratu cantik nenek tua yang disertai oleh wanita yang berumur 60 tahun ke atas. (link


3. Ratu cantik Holocaust Survivor
Pertandingan ini disertai olah wanita-wanita Yahudi yang terselamat dari peristiwa pembunuhan beramai-ramai puak Yahudi oleh tentera Nazi atau lebih dikenali sebagai Holocaust. Para peserta berumur dalam lingkungan 70 hingga 90 tahun. Tahun ini adalah edisi kedua pertandingan Holocaust Survivor Beauty Pageant di Tel Aviv, Israel. (link


4. Ratu Gemuk (Miss Large)
Kecantikan itu memang suatu yang agak subjektif untuk dinilai.  Jadi tidak hairanlah kenapa wanita gemuk juga dilihat sebagai seorang wanita yang cantik bagi sesetengah lelaki. Di Israel, pertandingan Miss Large hanya terbuka kepada wanita yang mempunyai berat melebihi 80kg. (link


5. Pertandingan ratu kudung (Miss Landmine)
Mungkin ini yang paling pelik. Pertandingan ratu cantik kudung atau tidak berkaki ini dipanggil sebagai Miss Landmine dan hanya diadakan di negara Algeria. Semasa perang saudara berlaku, berjuta-juta bom telah ditanam di negara itu dan menyebabkan ramai penduduknya yang mati dan jika terselamat pun mereka kehilangan anggota badan. Miss Landmine terbuka kepada peserta wanita yang mana telah kehilangan salah satu dari kakinya. Hadiah utama pertandingan ini ialah sebuah kaki palsu. (link


Sebenarnya masih banyak lagi pertandingan ratu cantik yang pelik ini seperti Miss Artificial Beauty, Miss Jumbo Queen, Ms Senior Sweetheart, dan  Miss Exotic World. Pertandingan muka hodoh pun ada...

>> Mari tengok model mengalahkan Miss World ini menggayakan pakaiannya yang seksi..Miranda Kerr


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Ahad, 13 Oktober 2013

5 Wanita paling berpengaruh di Malaysia

Berikut antara 5 wanita paling berpengaruh di Malaysia.

1. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh sejak May 2000. Beliau juga merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting negara tersebut.



2. YB Nurul Izzah Anwar
Beliau merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah adalah anak sulung kepada ketua pembangakang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibunya, Wan Azizah Wan Ismail adalah presiden PKR.



3. Dato' Ambiga Sreenevasan
Ambiga adalah seorang peguam dan merupakan Presiden Malaysian Bar Council dari tahun 2007 hingga 2009. Dia juga pernah menjadi Pengetua. Selain itu Ambiga turut dikenali sebagai pengerusi pengajur kepada perhimpunan BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur  yang bertujuan untuk memaksa kerajaan supaya membersihkan negara dari rasuah, penipuan pilihanraya, dan serta memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara.



4. Datin Rosmah Mansor
Beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Mereka berkhawin pada tahun 1987. Romah selalu dikritik terutamanya di laman sosial mengenai sikap boros dan sering dikatakan mengawal tindak tanduk suaminya. Rosmah sebenarnya memegang banyak jawatan seperti Presiden BAKTI dan penaung kepada banyak badan amal dan badan sukan seperti PERMATA, Yayasan Talasemia, Yayasan Institut Jantung Negara dan juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


5. Tan Sri Michelle Yeoh
Michelle Yeoh adalah seorang pelakon bertaraf antarabangsa yang sering berlakon dalam filem-filem aksi blokbuster Hong Kong yang poplar sekitar tahun 1990an. Di dunia barat, dia menjadi popular menerusi watak Wai Lin dalam filem sekuel James Bond pada tahun 1997, Tomorrow Never Dies, di samping pelakon popular, Pierce Brosnan. Antara filem lakonannya yang pernah memenangi anugerah berprestij ialah Crouching Tiger Hidden Dragon dan dari filem itulah dia mendapat pencalonan BAFTA.


Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...