Pertandingan ratu cantik Miss World dan Miss Universe memang
dah sinonim dengan dunia kecantikan dan kita memang sudah biasa dengar. Tapi
terdapat juga beberapa pertandingan ratu cantik yang memang jarang
dipertandingkan dan hanya diadakan di tempat-tempat tertentu sahaja. Berikut
antara 5 pertandingan ratu cantik yang memang pelik.
1. Ratu Pondan transgender
Konsep pertandingan hampir sama dengan Miss World Cuma peserta
untuk ratu pondan transgender adalah terdiri dari mereka yang lahir sebagai
lelaki dan kemudian menjadi wanita. Dan kalau dilihat pesertanya, memang sangat
cantik mengalahkan wanita tulen. (link)
2. Pertandingan ratu cantik nenek tua
Di Brazil, salah satu acara tahunan yang mereka lakukan
sempena menyambut Mother’s Day ialah dengan mengadakan pertandingan ratu cantik
nenek tua yang disertai oleh wanita yang berumur 60 tahun ke atas. (link)
3. Ratu cantik Holocaust Survivor
Pertandingan ini disertai olah wanita-wanita Yahudi yang
terselamat dari peristiwa pembunuhan beramai-ramai puak Yahudi oleh tentera
Nazi atau lebih dikenali sebagai Holocaust. Para peserta berumur dalam
lingkungan 70 hingga 90 tahun. Tahun ini adalah edisi kedua pertandingan
Holocaust Survivor Beauty Pageant di Tel Aviv, Israel. (link)
4. Ratu Gemuk (Miss Large)
Kecantikan itu memang suatu yang agak subjektif untuk
dinilai. Jadi tidak hairanlah kenapa
wanita gemuk juga dilihat sebagai seorang wanita yang cantik bagi sesetengah
lelaki. Di Israel, pertandingan Miss Large hanya terbuka kepada wanita yang
mempunyai berat melebihi 80kg. (link)
5. Pertandingan ratu kudung (Miss Landmine)
Mungkin ini yang paling pelik. Pertandingan ratu cantik
kudung atau tidak berkaki ini dipanggil sebagai Miss Landmine dan hanya
diadakan di negara Algeria. Semasa perang saudara berlaku, berjuta-juta bom
telah ditanam di negara itu dan menyebabkan ramai penduduknya yang mati dan
jika terselamat pun mereka kehilangan anggota badan. Miss Landmine terbuka
kepada peserta wanita yang mana telah kehilangan salah satu dari kakinya.
Hadiah utama pertandingan ini ialah sebuah kaki palsu. (link)
.
Sebenarnya masih banyak lagi pertandingan ratu cantik yang pelik ini seperti Miss Artificial Beauty, Miss Jumbo Queen, Ms Senior Sweetheart, dan Miss Exotic World. Pertandingan muka hodoh pun ada...
>> Mari tengok model mengalahkan Miss World ini menggayakan pakaiannya yang seksi..Miranda Kerr
Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...