Boros Di Aralom: Edisi Orang Hebat
Memaparkan catatan dengan label Edisi Orang Hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Orang Hebat. Papar semua catatan

Rabu, 19 Februari 2014

Budak perempuan 12 tahun ini pernah mengalami obesiti tapi lihatlah keadaannya sekarang..wow!

Memang tidak dinafikan bahawa jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti semakin meningkat saban tahun. Punca utama kepada masalah ini pastinya bersangkut paut dengan pemakanan yang tidak sihat dan kurangnya senaman.


Masalah obesiti ini turut dialami oleh Breanna Bond, 12, yang mempunyai berat sehingga 88kg dan sering menjadi mangsa buli di sekolah. Tapi itu dulu..kini dia berjaya melawan masalah obesiti yang ditanggung sejak dia berumur 2 tahun. 

Dalam tempoh 14 bulan sahaja, dia berjaya mengurangkan lebih 38kg dari berat badannya. Pastinya ada sesuatu yang membuatkan dia begitu tekad untuk mengurangkan berat.

Ya, Breanna mempunyai impian tinggi dalam arena sukan. Dia mahu menjadi atlet triathlete dan juga mahu menjadi cheerleader. 

Dengan bantuan ibunya, Heidi, kini Breanna semakin selesa dengan keadaan tubuhnya dan mampu beraksi dalam sukan kegemarannya. Jangan terkejut, Breanna sudahpun melayakkan diri dalam acara renang gaya bebas 500-ela dalam sukan Junior Olympic di Amerika.

Breanna telah menukar menu makanannya kepada yang lebih sihat dan sering melakukan senaman.
Berat badan Breanna meningkat mendadak sejak dia berumur 2 tahun
Heidi dan Breanna menyediakan makanan sihat
Brenna bersama keluarganya
Kisah Breanna ini memang menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana yang mahu melawan masalah obesiti. Jika anda mahu melihat bagaimana perjalanan Breanna dalam menurunkan berat badannya, boleh layari laman web Breanna Bond ini.

Sumber: Mirror


Ahad, 13 Oktober 2013

5 Wanita paling berpengaruh di Malaysia

Berikut antara 5 wanita paling berpengaruh di Malaysia.

1. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ketujuh sejak May 2000. Beliau juga merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting negara tersebut.



2. YB Nurul Izzah Anwar
Beliau merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah adalah anak sulung kepada ketua pembangakang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibunya, Wan Azizah Wan Ismail adalah presiden PKR.



3. Dato' Ambiga Sreenevasan
Ambiga adalah seorang peguam dan merupakan Presiden Malaysian Bar Council dari tahun 2007 hingga 2009. Dia juga pernah menjadi Pengetua. Selain itu Ambiga turut dikenali sebagai pengerusi pengajur kepada perhimpunan BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur  yang bertujuan untuk memaksa kerajaan supaya membersihkan negara dari rasuah, penipuan pilihanraya, dan serta memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara.



4. Datin Rosmah Mansor
Beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Mereka berkhawin pada tahun 1987. Romah selalu dikritik terutamanya di laman sosial mengenai sikap boros dan sering dikatakan mengawal tindak tanduk suaminya. Rosmah sebenarnya memegang banyak jawatan seperti Presiden BAKTI dan penaung kepada banyak badan amal dan badan sukan seperti PERMATA, Yayasan Talasemia, Yayasan Institut Jantung Negara dan juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).


5. Tan Sri Michelle Yeoh
Michelle Yeoh adalah seorang pelakon bertaraf antarabangsa yang sering berlakon dalam filem-filem aksi blokbuster Hong Kong yang poplar sekitar tahun 1990an. Di dunia barat, dia menjadi popular menerusi watak Wai Lin dalam filem sekuel James Bond pada tahun 1997, Tomorrow Never Dies, di samping pelakon popular, Pierce Brosnan. Antara filem lakonannya yang pernah memenangi anugerah berprestij ialah Crouching Tiger Hidden Dragon dan dari filem itulah dia mendapat pencalonan BAFTA.


Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...

Selasa, 23 Julai 2013

(EDISI COOL) Mari tengok si nenek ini main drum penuh gaya

Memang agak jarang kita lihat atau dengar orang tua yang berumur sekitar 70 - 80an bermain drum dengan baik..apalagi kalau orang itu seorang nenek..huhu..jom layan si nenek ini bermain drum dengan penuh gaya rokstar...

P/s: Serius...saya pun tak pandai main drum macam ini...main drum macam budak-bidak boleh lah... hehe..gua salute dengan nenek kat atas tu...