Boros Di Aralom: Tips SEO
Memaparkan catatan dengan label Tips SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips SEO. Papar semua catatan

Rabu, 27 Februari 2013

5 Sebab Kenapa Blog Tidak Mendapat Trafik dari Enjin Carian

Mendapat trafik dari enjin carian
Seringkali kita merasakan bahawa kita sudah buat perkara yang betul untuk menarik trafik dari enjin carian seperti google dan yahoo. Tapi realitinya tidak seperti yang diharapkan. Jika blog tidak mendapat hits atau pelawat yang ramai dalam masa sebulan, mungkin hanya sekitar seratus dua ratus saja, memang ada sesuatu yang tak kena dengan blog kita. Berikut antara sebab Kenapa Blog Tidak Mendapat Trafik dari Enjin Carian:

1. Blog tidak diindeks
Jika blog anda diideks, ianya boleh memberi trafik. Jadi, bagaimana sesuatu blog itu diindeks?

Google dan juga enjin carian lain akan mengindeks blog anda secara automatik tetapi untuk mempercepatkannya, perkara berikut harus dilakukan:
1. Bina XML sitemap dengan menggunakan Google XML Sitemap Plugin.
2. Submit sitemap anda ke Google dengan menggunakan Google Webmaster Tools.

2. Entri blog bukan sesuatu yang dicari oleh pembaca
Langkah pertama untuk menulis entri blog ialah dengan mengenalpasti apa yang orang lain mahukan. Sama juga seperti memulakan sesuatu perniagaan dimana si peniaga akan mengkaji terlebih dahulu apakah barang yang mahu dibeli oleh orang lain. Sebab ini juga, blog tidak dapat dicari oleh enjin carian kerana pembaca tidak mencarinya.

3. Keyword tidak diletak pada tajuk utama
Tajuk utama merupakan perkara terpenting dalam sesebuah entri blog untuk mendapatkan trafik dari enjin carian. Cuba cari sesuatu di Google, keyword yang anda taip itu akan keluar dahulu di bahagian tajuk entri sesebuah blog/laman web.

4. Penulisan tidak menyeluruh
Haru diingat bahawa Google adalah sama seperti cikgu karangan di sekolah yang memberi markah kepada pelajarnya. Apabila penulisan itu padat dengan kata kunci dan tidak lari daripada tajuk, pastinya ia akan menjadi pilihan enjin carian seperti Google ini.

Jika anda hanya menulis entri yang mengandungi sekitar 100 perkataan sahaja, bagaimana mahu bersaing dengan entri blog yang mempunyai jumlah perkataan sekitar 2000 hingga 3000 patah yang menceritakan sesuatu tajuk (yang hampir sama dengan anda) secara lebih mendalam dan menyeluruh.

5. Gambar di blog tidak dioptimum
Bila anda mengoptimumkan gambar di dalam blog, terdapat dua cara anda akan mendapat trafik dari enjin carian seperti Google:
i. Anda akan dapat trafik dari Google Image search
ii. Ini satu cara lagi untuk memberitahu Google apakah keyword entri anda.

Terdapat dua cara bagaimana mengoptimumkan gambar dalam blog anda:
i. Save gambar anda sebagai [keyword-frasa.png], keyword - kata kunci entri, frasa - yang menerangkan keyword. Lakukan ini sebelum upload gambar anda.
ii. Tambah tag tajuk sebagai [keyword frasa]. Bila kita upload gambar di entri blog, tambahkan keyword frasa anda di bahagaian add caption.

Saya harap dengan perkongsian ini boleh membantu blogger lain untuk mengelak blog tidak mendapat trafik dari enjin carian. Jika anda mempunyai buah fikiran mengenai perkara ini, eloklah dikongsi bersama di bahagian komen ya. Sekian dan selamat berblogging.

Isnin, 25 Februari 2013

Tips Mudah Tingkatkan SEO Blog Anda

SEO sangat penting jika anda mahukan trafik dari enjin carian seperti Google dan Yahoo. Berikut antara beberapa tips mudah untuk meningkatkan SEO blog kita. Tak kiralah apa jenis niche blog anda, elok lah dipraktikan perkara berikut:
Tingkatkan SEO blog anda

1.  Submit ke Google
Walaupun ramai yang berpendapat bahawa perkara ini tidak perlu tetapi ianya masih relevan dan berguna untuk dilakukan. Google mengindeks dan mengemaskini berbilion laman setiap hari. Bila anda ‘mengetuk’ pintu Google, pastinya si Google akan melayan dan mengenal blog anda. Seterusnya meletakkan blog anda di dalam senarai enjin carian. Tak susah pun nak submit blog anda ke Google ni, pergi saja ke Google webmaster tools.

2. Menulis untuk pembaca dan enjin carian

Perkara ini merujuk kepada pemilihan tajuk entri anda. Pemilihan teliti akan tajuk entri dengan menggunakan keyword yang sesuai adalah sebahagian daripada usaha mengoptimumkan enjin carian untuk mengenali blog anda. Dan pada masa yang sama, tajuk itu juga haruslah sebuah tajuk yang dicari oleh pembaca.
Asasnya, tajuk entri anda ialah apa yang pembaca nampak manakala tajuk blog ialah apa yang ‘robot’ enjin carian lihat. Memang agak susah nak faham mengenai SEO ini jika tidak melakukan banyak pembacaan sebenarnya.

3. Bina Sitemap
Sitemap berfungsi untuk memberitahu enjin carian di mana ia harus pergi. Terdapat dua kebaikan utama sitemap ini. Pertama, ia mempercepatkan enjin carian untuk proses mengindeks blog atau laman web kita. Kedua, ia memudahkan pembaca untuk mencari entri-entri yang berkaitan dalam sesebuah kategori yang ditulis dalam blog kita. Terdapat banyak panduan dan tutorial membina sitemap di alam maya ini. Cari saja di Google.

4. Update senarai “ping”
Apa itu ‘ping? Ianya merupakan satu sistem notifikasi untuk memberitahu enjin carian setiap kali kita buat entri baru dalam blog. Cara ini akan membantu meningkatkan lagi proses indeksasi blog kita. Berikut antara perkhidmatan ‘ping’ yang biasa digunakan:
http://rpc.pingomatic.com/
http://pingoat.com/goat/RPC2/
http://ping.feedburner.com

dan banyak lagi sebenarnya. Anda boleh dapatkan senarai penuh perkhidmatan ping ini di List of Ping Services.

Saya harap dengan perkongsian singkat ini dapat membantu anda mengetahui serba sedikit mengenai cara meningkatkan SEO blog. Jika anda nak kongsikan sesuatu yang anda tahu mengenai SEO ini, sila lah komen.