Sampai juga Sony Ericsson Xperia X10 Mini kat rumah.. | Boros Di Aralom

Khamis, 13 Disember 2012

Sampai juga Sony Ericsson Xperia X10 Mini kat rumah..

Sony Xperia X10 Mini

Sekitar dua minggu yang lalu, gua ada membeli handphone Sony Ericsson Xperia X10 mini secara online di sebuah laman jual beli yang agak popular juga. Biasalah, masa tu mereka sedang buat promosi dan banyak barang yang murah harganya. Pasal tak mahu terlepas peluang, terbeli jugak sebiji handphone Sony Xperia tu. Lagipun handphone gua sudah uzur..konon lah nak tukar baru..macam je banyak duit.. ;p

Selepas menunggu dengan sabar selama dua minggu, sampai juga Sony Xperia tu. Nasib baik tak kena tahan kat kastam. Biasanya, barangan berjenama dan bernilai tinggi dari luar negara ini kena held sekejap kat kastam. Maklumlah, pasal tax punya pasal. Nasib baik beli satu je. Kalau beli banyak, silap haribulan kena bayar tax yang berkali-kali ganda lebih mahal dari harga asal..'oh my kucing' la jadinya..

Saiz Xperia Mini yang kecil ini memang comel..mudah nak bawa..tapi senang hilang
Bila bukak..olololooo comel...keciknya Xperia mini ini. Dulu masa beli memang dah expect saiznya kecil. Screen hanya sebesar 2.5 inci je..lepas tu bila 'ON' keluar pulak bahasa yang gua sendiri pun tak pernah blajar seumur hidup gua..payah juga cari setting language handphone tu..hampir setengah jam cari..then lepas tu biasalah kan..kalau dapat barang baru, maka jadilah 'sakai' sikit. Tekan sana, tekan sini..check itu ini, mana tau ada yang tak kena. Tapi nasib baik la..semua okay. Sepatutnya, sebelum buat semua tu kena charge bateri sampai penuh dulu. Kata orang, untuk mengelakkan kerosakan bateri supaya handphone tahan lama..tapi, biasalah kalau dah 'sakai'..huhu

So, sedikit pasal spesifikasi Sony Experia X10 Mini ini adalah seperti berikut..

Network: 3G/3G
Weight: 88 gram
Internal Memory: 128MB
Data: EDGE/GPRS/ WLAN/Bluetooth/ USB
Camera: 5MP
Operation System: Android
Standby: up to 360hours
Features: SMS, HTML browser, radio, GPS, Java, video, dsbg

Pakage dia termasuklah USB cable, charger kereta dan wall, headphone, dan memory card 4GB. Kalau banding harga dengan kualiti Sony Xperia ini memang berbaloi la..original gitu. Kalau tak original boleh mintak balik duit 3 kali ganda dari harga asal..agak puas hati juga. Cuma, saiz dia saja yang kecil sangat..Ya la, dah namanya Xperia Mini, memanglah kecil..

Walaupun Sony Xperia ini bukan lah jenis yang high tech sangat macam iPhone dan Samsung Galaxy SIII tapi cukup la buat saya yang tak berapa mahir guna smartphone. Stakat boleh call orang dan SMS, kira ok lah..lagi pun kalau balik kat kampung bukannya ada line 3G pun..huhu..tunggu dulu la harga iphone tu jatuh merudum. Baru beli..biar orang kata ketinggalan zaman. Jangan saja jadi macam katak di bawah tempurung..tak tahu apa-apa pasal teknologi..Anyway, bersyukur dengan apa yang ada sekarang, hargai yang lama, terokai yang baru...

P/S: Suka beli barang masa promosi. Harga murah-murah belaka..kualiti tetap sama. :)



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: