Boros Di Aralom: penderaan
Memaparkan catatan dengan label penderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penderaan. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2014

1001 Penderaan! Ibu tiri kejam dera anak tiri, siap sumbat cili ke dalam kemaluan

Masih ingat filem Bawang Putih Bawang Merah? (Kredit gambar untuk Zuldeanz)

Ibu tiri medera anak tiri biasanya banyak dilihat dalam kaca televisyen melalui drama dan lakonan. Tapi ironinya, kes ibu dera anak tiri juga banyak berlaku di dunia realiti. Sehinggakan ramai yang cop ibu tiri ini sebagai seorang yang kejam dan tidak penyayang seolah-olah memegang watak antagonis dalam kehidupan sebenar.

Sekiranya anda ada menonton berita Buletin Utama TV3 semalam, ada dilaporan mengenai satu kes penderaan kejam terhadap seorang anak perempuan berusia 11 tahun oleh ibu tirinya. Selain dipukul, anak malang ini diikat kemudian disumbat dengan cili tumbuk ke bahagian kemaluan dan mulutnya. Bayangkanlah kesakitan yang ditanggung. Dan yang paling sadis lagi apabila ianya dilakukan di depan lima lagi anak lain bersama nenek mereka. Disebabkan sudah uzur, si nenek tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas tidak dapat menahan kesikitan yang teramat sangat, si anak kecil yang didera ini mengadu kepada ibu saudaranya dan laporan polis telah dibuat. TV3 juga melaporan bahawa anak kecil yang didera itu akan diberikan bantuan yang sepatutnya oleh pihak Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.


Kita berharap supaya kes ini disiasat sepenuhnya dan tindakan yang wajar akan dikenakan kepada pihak yang terbabit. Jika dinilai dari segi psikologi pastinya pengalaman pahit ini akan memberi kesan jangka panjang terutamanya kepada anak kecil yang didera itu.

Bukan semua ibu tiri itu jahat malah sebenarnya banyak ibu tiri yang lebih penyayang kepada anak tiri mereka walaupun anak-anak itu bukan anak kandung. Begitu juga sebaliknya dengan ibu kandung. Semuanya bergantung kepada sifat dan sikap seseorang itu. Kalau dah jahat, memang jahatlah orang itu sampai anak sendiri pun di'makan'. Kalau dah baik, memang baiklah orang itu kepada semua orang tanpa mengira 'bulu'.

The moral of the real story is...korang boleh fikir sendiri...ajarlah anakmu cara hidup yang baik, supaya sampai kapan pun, dia akan melakukan hal yang baik-baik. Paling penting, sentiasalah bersandar kepada Dia Yang Esa.

>> Mohon jawatan kosong di Malaysia Airlines di sini
Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Jumaat, 13 Julai 2012

Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu

Ni ke hantunya??? 
KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.

Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.

Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

“Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.

“Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.

Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. - Sumber: myMetro

PS: nampaknya pengasuh itu yang macam 'hantu'