Boros Di Aralom

Sabtu, 30 Julai 2011

Memasukkan botol ke dalam dubur untuk melegakan sembelit

Ini lah gambar x-ray yang menunjukkan sebuah botol susu telah dimasukkan ke dalam dubur. Menurut laman web Metro.co.uk, seorang lelaki dari Zhuai, China telah melakukan hal tersebut untuk melegakan sembelit yang sedang dialaminya. Namun, apabila botol susu itu memasuki bahagian pelvis dan tidak dapat dibuka, lelaki itu menjadi panik lalu berkejar ke hospital untuk meminta bantuan.
Doktor sedang menunjukkan kedudukan botol melalui gambar x-ray. (Sumber: Metro.co.uk)
Lelaki ini sanggup melakukan cara unorthodox daripada menggunakan ubat-ubatan untuk melegakan penyakit sembelitnya. Mungkin jika metod yang dilakukan itu betul, mungkin ianya akan membantu. Tapi bila ia dilakukan salah, maka inilah yang terjadi. Botol masuk dubur!

Read more at http://www.nancypoh.com

Jumaat, 29 Julai 2011

Ditembak bakakuk secara tidak sengaja, budak perempuan 10 tahun maut

Bakakuk atau senapang buatan sendiri. (Sumber: kgsilou.blogspot.com)

Sebelum ini kita banyak digemparkan dengan berita-berita yang melibatkan senapang buatan sendiri atau bakakuk' ini. Ada kes yang melibatkan pergaduhan, kes tersalah tembak keliru antara manusia atau binatang, dan yang terbaru ini pula melibatkan kes seorang budak perempuan Orang Asli berumur 10 tahun yang maut kerana tertembak secara tidak sengaja. Kejadian berlaku apabila abangnya yang baru balik dari memburu membersihkan senapang patah yang secara tiba-tiba melepaskan tembakan dengan sendirinya. 

Malang bagi adik perempuannya yang terkena tembakan tersebut. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan maut di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Maran, Pahang. Abang dan bapa kepada mangsa kemudiannya ditahan oleh polis untuk membantu siasatan lanjut mengenai kes ini. (Sumber: Bernama)

Begitu lah satu lagi kisah benar tragis yang berpunca daripada senapang patah buatan sendiri 'bakakuk'. Sungguh 'malang tidak berbau'.

Read more at www.nancypoh.com