Ditembak bakakuk secara tidak sengaja, budak perempuan 10 tahun maut | Boros Di Aralom

Jumaat, 29 Julai 2011

Ditembak bakakuk secara tidak sengaja, budak perempuan 10 tahun maut

Bakakuk atau senapang buatan sendiri. (Sumber: kgsilou.blogspot.com)

Sebelum ini kita banyak digemparkan dengan berita-berita yang melibatkan senapang buatan sendiri atau bakakuk' ini. Ada kes yang melibatkan pergaduhan, kes tersalah tembak keliru antara manusia atau binatang, dan yang terbaru ini pula melibatkan kes seorang budak perempuan Orang Asli berumur 10 tahun yang maut kerana tertembak secara tidak sengaja. Kejadian berlaku apabila abangnya yang baru balik dari memburu membersihkan senapang patah yang secara tiba-tiba melepaskan tembakan dengan sendirinya. 

Malang bagi adik perempuannya yang terkena tembakan tersebut. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan maut di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital Maran, Pahang. Abang dan bapa kepada mangsa kemudiannya ditahan oleh polis untuk membantu siasatan lanjut mengenai kes ini. (Sumber: Bernama)

Begitu lah satu lagi kisah benar tragis yang berpunca daripada senapang patah buatan sendiri 'bakakuk'. Sungguh 'malang tidak berbau'.

Read more at www.nancypoh.com

4 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

wah di semenanjung pun ada bukakuk jg. ingat di sabah sama sarawak sj. di kpg kami ada jg kes yg tertembak rakan sendiri time memburu ... lain bah kalau badi di hutan, manusia pun buli di tingu mcm babi/payau.

Hairun Azmi berkata...

Simpati dan menyedihkan...

Nancypoh berkata...

MGB* haish..bahaya oo kan..d kg kmi ni pun femes ni bakakuk..mo pupus sdh tu babi hutan n payau..

Mie* malang sungguh nasih kanak-kanak itu...babi hutan yg diburu, manusia yg terkena..

Kak Imun berkata...

Alahai, kesiannya..... Abang dia lupa masih ada peluru dalam bakakuk kan. Palis-palis.....:(