Boros Di Aralom

Sabtu, 31 Januari 2015

Restoran Oldtown White Coffee hidang babi? Betul ker bohong?

AUTA

SEJAK beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial satu resit makanan yang dipesan di sebuah kopitiam Oldtown White Coffe.

Pada resit tersebut, tertera tulisan 'taufu pork ball' dalam sajian mee kari yang dikatakan hanya disedari oleh seorang pelanggan selepas membayar hidangan tersebut.
Mesej yang tersebar itu turut mendakwa hidangan tersebut disahkan mengandungi babi oleh pelayan di kopitiam tersebut.

Dalam mesej itu turut mempersoalkan mengenai status halal Oldtown White Coffee walaupun telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

FAKTA

OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan di laman Facebook menafikan menghidangkan sajian babi di semua cawangan mereka.

Menurut kenyataan itu, terdapat kesilapan ejaan pada resit yang tersebar di laman sosial.

“Salah faham ini berpunca daripada kesilapan ejaan kakitangan di cawangan kami yang memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem.

“Apa yang kakitangan kami maksudkan ialah tau fu pok (taufu goreng), bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari. Tiada dalam menu kami hidangan yang dikenali sebagai taufu pork (babi),” kata kenyataan itu.

Oldtown White Coffee turut memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi pelanggan yang memiliki resit itu bagi mengenal pasti cawangan terlibat seterusnya mengelakkan peristiwa sama berulang.

Dalam pada itu, Oldtown White Coffee juga memberi jaminan akan terus bekerja rapat dengan Jakim dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan terus memenuhi keperluan halal oleh jabatan itu. - Sinarharian

Senarai peserta final #MaharajalawakMega 2014 memang terbaik..sorry #Virus tersingkir

Senari peserta final Maharajalawak Mega 2014. Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, Shiro
Peserta final MaharajaLawakMega 2014, Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, dan Shiro (Kredit gambar: FB MLM)
Jujur dari hati seorang penonton setia Maharajalawak Mega 2014 bahawa rata-rata persembahan semalam memang hambar yang teramat sangat. Hanya persembahan Nabil saja yang best. Peserta top lain seperti Virus, Sepahtu dan Shiro agak hambar macam hilang arah, punchlines tak kena. Mungkin juga kerana tema semalam iaitu prop dan loghat, menyebabkan para peserta kekeringan idea. Tema sukar tu. But seriously, expectation untuk persembahan semifinal memang jauh below the par.

Semalam juga merupakan persembahan terakhir kumpulan Virus yang dianggotai pelawak-pelawak paling top Malaysia iaitu Zizan, Tauke dan Yus. Tapi rasanya penyingkiran mereka ini memang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan penonton MLM2014 ekoran dari persembahan yang tidak konsisten dan below expectation saban minggu. Yer lah..mereka itu antara pelawak paling top kat Malaysia. So, kita sebagai penonton pun mengharapkan persembahan yang berpadanan dengan populariti. Namun seringkali dikecewakan dengan persembahan ala kadar yang banyak merapu. Kekadang lawak juga tapi kebanyakkannya memang tak lawak. Sampai ada yang kata populariti melebihi kualiti. Chemistry pun kurang. Ramai peminat yang sejak dari awal lebih suka kalau Zizan kekal dengan Jozan dan Tauke+Yus kekal dengan Jambu. Tapi nampaknya gandingan mereka kurang menyengat. Apa pun, mereka dah buat yang terbaik. Harap-harap Johan dapan join balik MLM tahun depan.

Anyway, tahniah kepada Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, dan Shiro kerana berjaya melangkah ke final Maharajalawak Mega 2014 minggu depan. Korang memang terbaik dari yang terbaik. 

Siapakah yang bakal jadi juara Maharajalawak Mega 2014? Tunggu minggu depan..harap-harap lawak mereka di final akan melatup..

#PantangUndurSebelumOperasi Gua minat Zero..walaupun tak sepopular Virus dan finalis yang lain, namun lawak mereka sentiasa mantap. Kalau tak jadi juara pun tak per..dapat masuk final pun dah kira hebat. 

Psst!! Hadiah MaharajaLawakMega hanya RM400,000 jer...kalau korang menang RM1juta, apa pulak yang korang akan buat? Terjah RM1,000,000 ini sekarang