Tarikh Keputusan SPM 2016 ditunda kepada 16 Mac | Boros Di Aralom

Selasa, 14 Februari 2017

Tarikh Keputusan SPM 2016 ditunda kepada 16 Mac

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengesahkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, sebagaimana tular di media sosial.

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof pada petang Selasa, kementerian memaklumkan ia sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan SPM pada semua peringkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Keputusan SPM 2016 diumum pada 16 Mac 2017 depan

"Kementerian juga melaksanakan penjaminan berkualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada calon," katanya.

Dilaporkan, kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan, menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016.

Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan bertarikh 12 Februari 2017 yang ditandatangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP dalam keadaan uzur dan rosak, sekali gus menuntut untuk diganti.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/14/tarikh-spm/#ZQ2uAgixwzwdlbvg.99

Tags:
Keputusan SPM, keputusan spm 2016, tarikh keputusan spm 2016

Lagi info menarik:

Tiada ulasan: