Boros Di Aralom: Edisi Pendidikan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Pendidikan. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2017

Tarikh Keputusan SPM 2016 ditunda kepada 16 Mac

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengesahkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, sebagaimana tular di media sosial.

Menerusi kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof pada petang Selasa, kementerian memaklumkan ia sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan SPM pada semua peringkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Keputusan SPM 2016 diumum pada 16 Mac 2017 depan

"Kementerian juga melaksanakan penjaminan berkualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada calon," katanya.

Dilaporkan, kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan, menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016.

Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan bertarikh 12 Februari 2017 yang ditandatangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP dalam keadaan uzur dan rosak, sekali gus menuntut untuk diganti.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/14/tarikh-spm/#ZQ2uAgixwzwdlbvg.99

Tags:
Keputusan SPM, keputusan spm 2016, tarikh keputusan spm 2016

Lagi info menarik:

Selasa, 10 November 2015

Tarikh Keputusan UPSR 2015 dan Cara semak keputusan UPSR melalui SMS


Tarikh Keputusan UPSR 2015 dan Cara semak keputusan UPSR melalui SMS. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 bakal diketahui pada 17 November 2015 (Selasa) depan. Menurut kementerian pendidikan Malaysia, semua calon boleh mengambil keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas jam10 pagi pada hari yang sama. 

Keputusan UPSR 2015 juga boleh disemak melalui sistem pesanan ringkas mySMS 15888. Caranya; Tapi UPSRAngka Giliran dan hantar ke 15888

Sistem mySMS ini akan mula diaktifkan seawal jam10 pagi pada 17 November sehingga jam 11.59malam 23 November.

Pada tahun ini, seramai 455 299 calon telah menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negara pada 8 hingga 10 September lalu.

Isnin, 24 Februari 2014

Guru lantang menentang PBS sah ditukar ke sekolah lain, Menteri pula nafi beri arahan

Seorang guru yang juga merupakan ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah mengesahkan dirinya menerima surat arahan pertukaran.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari (Foto: MalaysiaGazette)
SGMM sebelum ini adalah sebuah persatuan guru yang lantang menentang perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ramai guru yang kurang berpuas hati dengan perlaksanaan PBS kerana ia sangat membebankan guru apa lagi kalau jumlah murid yang perlu dikey-in datanya secara online itu terlalu banyak. Ini ditambah pula dengan sistem yang kurang 'mesra pengguna'.

Sistem PBS sekolah online mula diperkenalkan bagi menambaikbaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorentasikan peperiksaan. Sebenarnya, sistem PBS sekolah online dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014. Namun, perlaksanaannya masih lagi dalam peringkat perbincangan sehingga kini.
Surat arahan pertukaran guru  (Foto: Sinar Harian)
Ketika ditanya mengenai isu guru lantang menentang PBS yang ditukar ke sekolah lain ini, Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut. Alasan yang diberikan kementerian adalah mengikut keperluan perkhidmatan.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari pula berkata akan memberi surat rayuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri secepat mungkin agar pihak atasan menarik balik arahan tersebut sambil mengatakannya sebagai alasan tidak logik.


Lagi Info Menarik:

Khamis, 6 Februari 2014

Kisah lelaki berumur 91 tahun ini akan buatkan anda mahu kembali ke Universiti semula

Ramai cendekiawan berkata, tuntutlah ilmu sampai ke negara China..maksud mereka bukanlah menyuruh kita untuk belajar sampai pergi ke China..maksud tersirat dari kata-kata ini ialah meminta kita mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. 

Ramai orang yang kalau sudah berumur, mereka merasa diri sudah tidak sesuai untuk menuntut ilmu di sesebuah pusat pengajian. Alasannya banyak..ada yang cakap otak dah makin beku, ada yang cakap membuang masa, ada yang cakap, umur dah expire..dan macam-macam lagi. Tapi semua alasan itu tidak menghalang seorang lelaki emas ini yang walaupun sudah berusia 91 tahun, tapi dia berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat ijazah kedoktoran.
BANDUNG - INDONESIA. Seorang warga emas berusia 91 tahun mencatat sejarah apabila menjadi graduan tertua menerima ijazah kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) di Indonesia, kelmarin. Hermain Tjiknang yang berkerusi roda turut dikurniakan penghormatan tambahan iaitu ijazah doktor falsafah tertua yang belum pernah diberikan sebelum ini.
"Saya mengambil masa lima tahun untuk menamatkan pengajian dan terpaksa menyemak semula tesis sebanyak tujuh kali," katanya. 
Bapa kepada lima anak berasal dari Muntok, Bangka ini dilahirkan pada 22 June 1922, laporan dipetik dari Jakarta Globe. - Sinar Harian

Masihkan anda teringat dengan kisah seorang nenek yang menunggu hampir 40 tahun untuk mengambil peperiksaan SPM semula? 



Hasanah Abdullah, 55, telah menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak sebagai calon persendirian pada tahun 2012 lalu.


Lagi Info menarik:



Sabtu, 25 Januari 2014

Isu anak didenda 'macam' lembu: Siapa harus dipersalahkan?

Bila anak didenda 'macam' lembu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama 2 minggu, apa reaksi korang sebagai ibu bapa? Dan bila anak tak buat kerja sekolah kat rumah, apa pula tindakan yang korang akan buat terhadap anak korang tu? 

Sidang media ibu bapa yang tak puas hati (Foto: SinarHarian)
SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah pada Khamis lepas. Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.  
Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian  menggunakan telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook. 
Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini. Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.  
Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas. 
Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.  Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 
"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit. Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang. 
"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana  kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas. 
Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama

Sebagai ibu bapa memanglah akan rasa sedih dan marah bila anak kita tu disamakan dengan haiwan. Kalau nak denda sekalipun, guna lah pendekatan yang lebih sesuai. Pendekatan Reward and Punishment tu kena kaji betul-betul dulu sebelum dilaksanakan. Ibu bapa tu pun satu hal juga...yang dorang tak cek kerja rumah anak-anak apesal? Kenalah mainkan peranan juga. Tak kan nak sumbat semua tanggungjawab mendidik anak-anak dari segi akademik tu kepada guru saja.. bila kena denda, melenting salahkan guru. Guru buat macam tu pun supaya anak-anak tu tak jadi 'bodoh macam lembu'..ops!!

Gua terus teringat masa kat Form 2 dulu..ada guru tu kata kepada kami, "kamu ni memang bodoh macam kerbau...kerbau Sabah". Sampai sekarang gua tak lupa guru tu tau..macam nak lempar dengan gading gajah saja masa tu..eeee...geram. Masa gua tahun 4 dan 5 pula, hampir tiap-tiap hari kena rotan tapak tangan. Asal salah eja, salah ayat, salah penjodoh bilangan, memang kena rotan lah..pernah tu, gua kena rotan lebih 20 kali di tapak tangan..balik rumah, mengadu dengan mak..mak pula marah kita balik, "baguslah, cikgu rotan kamu supaya kamu jadi pandai.. nanti lain kali boleh jawab peperiksaan dengan baik"....hmm, memang ada benarnya juga kan..hoho..lepas tu kami satu kelas berpakat untuk curi rotan guru garang tu. Kami ambik dari tempat dia selalu simpan kat atas almari dalam kelas, kami patah-patahkan, dan kami buang kat tong sampah..besoknya, dia masuk kelas sambil bawa rotan laagi besar...kami pun facepalm!! But till now, I respect dengan guru tu, dah nak jadi Guru Besar dah..dulu, dia guru biasa-biasa jer yang takut dengan ulat bulu..hehe..


Oh ya, dulu sekolah saya tak lah cantik sangat..sekolah papan jer..but still seronok..nowadays, dah ada design untuk sekolah baru..nampak memang awesome. Tengoklah sekolah baru SMK Desa Mahkota ini..cool!!





10 Gambar senibina terbaru untuk sekolah di Malaysia..wow

Ini dia senibina terbaru untuk sekolah di Malaysia. Bukan sahaja kelihatan lebih ergonomik secara luaran malah ianya juga memiliki interior design yang lebih mesra pelajar. 





Kedudukan pintu dan jendela dibina menghala ke Utara dan Selatan untuk mengelakkan ruang dalam yang didiami pelajar terkena cahaya terik waktu pagi dan petang.
Ruang dalamnya pula dicat dengan warna yang lebih cerah. Lanscape untuk lapangan pula divariasikan dengan pelbagai warna natural supaya tidak kelihatan terlalu institusional.


Senibina baru ini digunakan untuk membina sebuah sekolah bandar, SMK Desa Mahkota yang mampu menampung 1200 pelajar dan 60 kakitangan. Sekolah ini terleta di Desa Par City, Kuala Lumpur. Ianya adalah hasil rekaan seorang arkitek tempatan iaitu Eleena Jamil, seorang arkitek lulusan UK serta memiliki PHD falsafah.

Nampaknya sekolah ini lebih awesome dari kebanyakan institut pengajian tinggi di Malaysia. Aganya kat luar bandar pun kena buat sekolah macam ni lah..kos tinggi pun tak per..lembu boleh dapat kondo, ini kan pula anak-anak manusia yang nak sekolah. Ops!!

Korang boleh baca lebih detail serta boleh tengok lebih banyak gambar sekolah baru ini di laman web Says. I tak berpeluang masuk sekolah macam ni..harap agar anak cucu boleh. Memang tidak dinafikan bahawa persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan intelek pelajar. Tapi kalau persekitaran saja yang baik tapi pentadbiran hancuss, ia akan mengundang masalah juga. 

So, kesimpulannya, jangan hanya pembangunan kelas pertama saja...intelek dan minda pun kena kelas pertama juga.

Sabtu, 4 Januari 2014

5 Teknik Rahsia Untuk Mahir Matematik

Laporan dari Program Penilaian Internasional tahun 2012 (Pisa) mengenai pencapaian 65 negara dalam bidang Matematik memang memeranjatkan. Daripada 65 buah negara tersebut, Malaysia berada di tempat ke 52. Untuk pengetahuan korang, Vietnam lebih jauh di depan Malaysia dengan menduduki tangga ke-17. Thailand pula di tangga ke-50. 

Tempat yang pertama ialah Shanghai (China) diikuti Singapura, Hongkong, Taiwan, Korea Selatan, Macau, dan Jepun. Semuanya dari negara-negara berbangsa Cina atau dari negara yang serumpun dengannya.  Cuba bayangkan kalau penduduk Malaysia ini adalah terdiri dari orang Melayu, India, orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja di manakah kedudukan Malaysia, tentu lebih rendah lagi. Jadi apakah tindakan kita? Sebagai warganegara bumiputera, memang saya rasa tercabar dengan kenyataan dari Sinar Harian ni.

Walaupun saya tidak mempunyai anak tapi saya mempunyai ramai anak buah dan anak saudara serta perlu menjadi tunjang kepada generasi baru. Seperti anda juga. Apa lagi kalau anda ini adalah ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah. Tentunya anda mahukan yang terbaik untuk mereka.

Mungkin saya tak perlu pergi dari rumah ke rumah untuk mengajar Matematik. Lagi pun saya bukan lah pakar sangat walaupun dulu dapat A Matematik. Tapi mungkin apa yang saya nak kongsikan ini boleh membantu mereka yang mahu menguasai ilmu hisab Matematik. Berikut antara 5 teknik rahsia untuk mahir Matematik:

1. Kenalpasti apa yang anda tidak tahu dan minta bantuan guru untuk menyelesaikan masalah Matematik tersebut. Pelajar perlu berjumpa dengan guru seberapa segera yang boleh dan jangan bertangguh.

2. Belajar secara berkumpulan (3 atau 4 orang satu kumpulan) - pembelajaran secara berkumpulan dapat membantu diri untuk menyelesaikan masalah matematik.

3. Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira.
Sebabnya; menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

4. Kurangkan mengguna SMS.
Sebabnya; dengan mengurangkan penggunaan SMS pula ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

5. Kurangkan bermain alat permainan video.
Sebabnya; penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

Teknik nombor 3 hingga 5 kat atas ini pernah dikongsikan oleh anak Melayu paling genius, Adi Putra, yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia.
Adi Putra
Adakah minda genius itu berlaku secara semulajadi atau secara pembelajaran? Jawapannya adalah kedua-dua sekali. Matematik adalah satu kemahiran. Kemahiran adalah suatu yang perlu dipelajari. Untuk mahir, anda perlu mempelajarinya dengan menggunakan teknik yang betul. 
Adakah anda seorang yang genius Matematik? cuba kira dan jawab soalan Matematik di bawah dalam masa 5 saat..

Dapat tak?? Kalau guna kalkulator memang cepat...tapi TANPA kalkulator, memang sangat sukar..mungkin ada yang mengambil masa sampai 5 minit untuk jawab satu soalan. Nah, cuba korang tonton video penerangan kat bawah yang menunjukkan cara pantas jawab sifir.

Belajar Matematik memang seronok. Ia adalah salah satu subjek paling saya suka masa zaman sekolah dulu-dulu. Memang tak bosan langsung kat kelas sampai masa habis subjek pun tak sedar. Kalau korang nak tengok jadi genius dalam Matematik atau pun nak jadikan anak genius dalam Matematik, sangat eloklah kalau anda menyertai program Alfa Genius secara online ni yang diasaskan oleh Dr. Sulaiman Daud. Terdapat banyak video yang disediakan untuk membantu anda menguasai Matematik dengan mudah. Program ini bakal dilancarkan pada 10 Januari 2014 depan. Bukan saja dapat membantu mengajar teknik pantas Matematik malah ibu bapa dan penjaga juga boleh mengabil peluang ini untuk menambah pendapatan dengan menjadi Affiliate. 


Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan