Penulis asal Ombak Rindu terkilan tak puas hati dengan bayaran | Kontroversi filem Ombak Rindu | Boros Di Aralom

Jumaat, 9 Disember 2011

Penulis asal Ombak Rindu terkilan tak puas hati dengan bayaran | Kontroversi filem Ombak Rindu

Fuh..bila dah femes dan menjadi filem pecah panggung, sememangnya ada saja kontroversi yang akan timbul. Ini lah fenomena yang melanda filem Ombak Rindu di mana timbul ketidakpuasan penulis asal novel tersebut, Fauziah Ashari yang menyatakan rasa terkilan kerana tidak mendapat bayaran yang setimpal dengan kutipan filem tersebut. 

"Tiada apa yang tinggal," kata Fauziah lagi, " tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari "Ombak Rindu" hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Itu juga merupakan ayat yang ada di novel," ujar Fauziah.

Itulah kata-kata penulis asal Ombak Rindu terhadap media. Katanya lagi, "nasihat sebagai penulis selepas ini kepada organisasi yang telus dalam menguruskan kewangan, adalah untuk adil dan saksama untuk kepentingan menjaga hak masing-masing. Apa jua yang ingin dilakukan yang melibatkan hasil ciptaan pihak lain, perlu dibincang dari akar umbi. Fauziah juga mengambil contoh penerbit barat yang mengangkat martabat penulis setanding dengan nama besar yang lain. Ini yang perlu kita contohi." 
(Sumber: Yahoo)

*harap isu ni dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga martabat perfileman tanah air.

2 ulasan:

Miss PIJAOSIX berkata...

Salam,

Patutnye penulis aware benda ni dari awal..bukan bile filem ni dah naik. Ape2 pun kesian jugak dekat die..

http://emasriee.blogspot.com/ berkata...

kesian jugak kalo penulis asal tidak mendapat hak sepatutnya...