Teramat malu kerana disimbah air tanda lamaran ditolak | Boros Di Aralom

Ahad, 22 Januari 2012

Teramat malu kerana disimbah air tanda lamaran ditolak


Wanita ini menyimbah air ke arah Zhu Lei yang cuba melamarnya. Zhu Lei merasa teramat malu ketika lamarannya itu ditolak malah disimbah pula dengan air. Zhu Lei telah menyewa sebuah kren untuk mengangkatnya naik sehingga ke tingkat 6 untuk melamar gadis idamannya di Fuyang, China. Sambil membawa bunga, Zhu Lei diangkat secara perlahan lahan dengan kren yang sudah dihiasi dengan dua skroll besar yang masing-masing bertulis "No car, no house, no savings" dan yang satu bertulis "True heart, true love, true feelings".

Apabila kren tersebut sampai ke tingkat enam, Zhu Lei menjerit "Na Na, I Love You! Please marry me!". Ketika tingkap dibuka, seorang wanita meluru kelluar dan menyimbah sebesen air ke arah Zhe Lei sebelum menutup semula tingkap.



Klik iklan ini kalau suka entri :)
Your Ad Here

3 ulasan:

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad berkata...

wahh... kesiannya, nampak sangat perempuan tu mata duitan..:((

masterxstory.blogspot.com

Jue berkata...

Huhu..Kesian juga..kena buat mcm tu...

Carl Zafran berkata...

Nampaknya lelaki ni kena mulakan hidup yang baru dengan mencari wanita idaman yang lain.

Memang kesian lelaki ni bila cintanya di tolak tapi apa leh buat. Rasanya kalau ia selidiki wanita tersebut dengan lebih teliti lagi tentu nasibnya tidak akan menjadi begitu menyedihkan... :)

Entri Terkini :
Tips Cinta Bahagia Cara Memikat Hati Wanita Idaman Anda