Sabtu, 4 Disember 2010
Malaysia Seri Dengan Thailand 0 - 0
Pasukan bola sepak Malaysia sekadar seri dengan Thailand dalam saingan Piala Suzuki (AFF) sebentar tadi. Walaupun mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun pasukan negara tidak dapat menghasilkan penyudah yang baik. Pasukan Thailand yang berada di bawah bimbingan bekas pengurus di Liga Perdana Inggeris, Bryan Robson, pula lebih banyak menyerang namun cubaan demi cubaan yang dilakukan gagal disempurnakan. Dengan keputusan ini, Malaysia menghidupkan sedikit peluang mereka untuk layak ke pusingan kedua setelah tewas 1 - 5 kepada pasuakan tuan rumah, Indonesia. Anak-anak buah K. Rajagopal ini akan bertemu dengan pasukan Laos pula pada perlawanan seterusnya. Mereka perlu menang untuk mencerahkan peluang untuk beraksi ke pusingan kedua. Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
arghhh...menci2!,,,seri pulak
Catat Ulasan