"kingkin" - Alat Tradisional Menghancur Isi kelapa | Boros Di Aralom

Jumaat, 3 Disember 2010

"kingkin" - Alat Tradisional Menghancur Isi kelapa

Adakah anda pernah melihat alat tradisional ini? Sekarang memang sangat susah untuk mencari benda ni tetapi jika pergi ke kampung-kampung pedalaman, memang senang nak cari. Kat rumah aku pun ada. Alat ini dipanggil dengan nama femesnya "kingkin" oleh masyarakat orang Dusun di Sabah. Namun nama sebenar dan bentuk alat ini adalah berbeza mengikut suku kaum. Ia digunakan khas untuk menghancurkan isi kelapa. 


Begini lah cara masyarakat dahulu untuk membuat santan kelapa dan membuat inti kuih. Jika diperhatikan, alat ini memerlukan masa yang lama untuk menghancurkan kelapa. Mungkin mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit untuk sebiji kelapa. Kalau tidak berpengalaman dalam menggunakannya, ia boleh menyebabkan tangan teluka. Oleh itu kena berhati-hati. Namun kini, alat ini sudah pun dipinggirkan kerana mesin yang mempunyai fungsi sama dan lebih pantas serta lebih selamat telah pun dicipta. Jadi, tak perlu lah susah-susah untuk menghancurkan isi kelapa lagi. Walaubagaimanapun, saya akan tetap simpan alat ini sebagai kenangan dan koleksi peribadi untuk tatapan generasi akan datang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wohoho kingkin ka pla nama tu?hehe..now i know. dulu2 kami ada jga ne, besar sikit la, bleh duduk slesa lagi smpai sa prnah p main2 drift2 knon atas tu kingkin hahaha...budak2 ba dulu. =Dhee~~

Miss PIJAOSIX berkata...

nancy,
aku penah je gune bende alah nih..ade lagi kat umah..