Adoi..macam-macam masalah yang menimpa hidup di persimpangan dilema gua ni. Haih..Pertama, adapter laptop gua meletup, gua tak der duit nak beli baru, gua ketandusan sumber. Grrr. Lepas tu, emel gua pulak kena hack. Tak boleh bukak. Berkali-kali letak emel dan pasword, tapi tetap tak dapat login. Dah lah emel tu yang gua pakai untuk benda-benda personal dan benda penting-penting. Last-last, gua pun buat akaun mel yahoo yang baru.
bila gua pikir-pikir kenapa boleh jadi macam ni, mungin sebab hacker facebook punya kerja ni. Dulu ada gua tertekan link si hacker tu, then tetiba bila gua bukak balik akaun facebook tadi, mereka kata ada orang lain yg login akaun FB gua dari lokasi yang berlainanan nun jauh kat Delhi. Hah! ni mesti kerja dia yang mintak emel gmail dari gua dahulu kala. Lepas tu dia bagi emel dan suruh gua bukak. Yang gua dok bingung dan pergi jugak ikut cakap dia tuk klik link emel tu, apa hal? kan dah kena. Ini kerana sikap ingin tahu punya pasal la. kotoh! baru gua tahu!
Orang yg mintak emel gmail tu pun dari India jugak...grrrr..tapi korang jangan lah generalise kan friends FB dari India sebagai hackers pulak. bukan semua macam tu. Jangan lah bak pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..kat malaysia pun banyak hackers juga pown..huhu..tak baik tau. Lagipun, tindakan gua juga yang memakan diri gua. Nasib baik bukan berkaitan dengan $$$$$. Kalau si hacker tu nak hack akaun paypal gua, dipersilakan saja sebab isi paypal tu bukannya banyak sangat pun..haha..$2 je. Nak ker?
P/s: menyusahkan betul. Padan muka gua. Pengajaran lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan